‘Dari Dapur Saya ke Dapur Anda’ Eksperimentasi Sharifah Shahira Dengan #KepciKitchen | Ikuti rancangan masakan terbaru bersama hos Sharifah Shahira bersama keluarga, istimewa dari dapur rumahnya. Pelbagai hidangan unik yang bakal disajikan seperti Tauhu Begedil, Nasi Ayam, Murtabak dengan Kari Atuk dan Bubur Lambuk yang diadun bersama perisa-perisa terbaik sepanjang zaman khas dari KFC.

Primeworks Studios telah bekerjasama dengan Motion Content Group dan KFC untuk membawakan siri masakan empat episod ini yang akan disertakan tanda pagar #KepciKitchen bagi mengalakkan penonton bereksperimentasi dengan menu istimewa KFC.
Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda telah bersiaran di laman rasmi Youtube TV3Malaysia pada 29 April. Saksikan episod terbarunya di Youtube atau Facebook pada 6, 13 dan 20 Mei pada jam 6.00 petang.
#KepciKitchen
MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS
Primeworks Studios adalah syarikat produksi terkemuka di Asia Tenggara yang bergiat dengan pelbagai pengolahan kandungan kreatif seperti penerbitan TV dan filem, jualan kandungan syarikat, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, pengurusan bakat serta perlesenan dan perdagangan. Ia merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang telah menghasilkan lebih 3,000 jam isi kandungan hebat untuk pelbagai platform televisyen, pawagam dan digital setiap tahun. Juga, sebagai rumah produksi, Primeworks Studios adalah lambang mutu kreatif disamping pelbagai genre kandungan termasuklah hiburan, majalah, dokumentari, sukan, dan drama.
MENGENAI QSR BRANDS (M) HOLDINGS BHD (QSR BRANDS)
QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009.





