GV5 Tampilkan Peserta Duo Dan Berkumpulan | Kembali mengusik emosi penonton dengan tagline ‘Masih Membara Rentaknya, penganjuran edisi kelima atau GV5 menyuntik nafas baharu apabila buat julung kalinya turut membuka penyertaan kepada peserta duo dan berkumpulan sebagai kelainan.

Seramai 12 peserta yang terdiri daripada tujuh peserta solo, dua peserta berkumpulan dan seorang peserta duo yang bakal berentap untuk merebut kejuaraan musim ini.
PESERTA SOLO WANITA
HETTY SARLENE
AMELINA
FARAHWAHIDA
NORYN AZIZ
DIA FADILA
SAFURA YAACOB
MAYA MATAHARI
PESERTA SOLO LELAKI
SHAFIE RIO
ZAMANI
PESERTA BERKUMPULAN/DUO
ELITE
FORTEEN
BILLY ZULKARNAIN
GV5 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.


Sebelum ini, penyanyi Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3) dan Aishah (GV4) juga pernah dinobatkan sebagai juara GV untuk musim-musim yang terdahulu.
“Sejak penerbitan edisi pertama pada 2014 sehingga kini, GV berjaya mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan penggiat seni tanah air sekaligus membawa impak yang besar terhadap perkembangan industri muzik tempatan”, menurut Raqim Ahmad, Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro

Pengaruh jenama GV terus kukuh sebagai platform utama yang berprestij untuk mengembalikan semula kegemilangan penyanyi senior’ dan nostalgia one-hit-wonder yang pernah menjadi kegilaan masyarakat di pentas komersial arus perdana.
Justeru, tidak hairan jika barisan peserta yang terpilih untuk bertanding di pentas GV begitu bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan kembali kehebatan vokal dan persembahan mereka yang mungkin sudah lama tidak dipertontonkan demi memenangi hati juri dan juga penonton.
Selain nilai prestij yang ada pada GV, kami juga sedia maklum bahawa penganjuran program ini tidak pernah lekang daripada dihujani pelbagai kontroversi dan isu panas saban musim. Namun, kami menyambut positif perkara ini dan menjadikan ia sebagai perkara rutin yang perlu diuruskan dengan bijak kerana di sebalik setiap kontroversi yang melanda itu sebenarnya mampu menyuntik percikan warna indah yang berbeza-beza untuk setiap edisi yang dianjurkan.
“Ia juga sebenarnya melatih kami untuk berfikir di luar kotak dengan pantas untuk mencari penyelesaian secara profesional tanpa menjejaskan keyakinan ramai pihak terutamanya barisan penaja dan peminat. Kami juga sentiasa berusaha mencari langkah bagi memperbaiki kekurangan yang ada untuk menerbitkan edisi yang lebih berkualiti pada masa akan datang”, tambah Raqib
TRIVIA MENGENAI GV5’
- Penerbitan GV5 turut disokong Dherbs yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Cuckoo dan Adabi selaku Penaja Bersama.
- Aplikasi Astro Go dan portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala SINAR dan Raku pula sebagai Rakan Radio Rasmi dan Rakan Radio Digital selain Astro Circle selaku Rakan Gegar Vaganza.
- Turut membanggakan, GV masih mengekalkan rekod cemerlang sebagai program hiburan realiti nyanyian terbaik Malaysia di platfrom Astro. Penerimaan di ruang digital juga menyaksikan peningkatan sebanyak 200% bagi jumlah penonton menerusi penstriman secara online berbanding musim sebelumnya.
- Maestro tersohor, Datuk Haji Ramli MS masih lagi dikekalkan sebagai juri tetap yang akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
- Dengan pengalaman lebih 44 tahun berkecimpung sebagai individu penting belakang tabir dunia hiburan tanah air, kredibiliti dan reputasi cemerlang beliau sebagai konduktor dan pengarah muzik disegani meletakkan Ramli MS sebagai karyawan seni yang paling layak untuk menduduki kerusi ketua juri.
- Malah, Ramli MS yang juga telah terlibat dengan penganjuran GV sebagai juri tetap sejak musim pertama turut menjadi antara tarikan utama program ini selain pasangan juri dan barisan peserta yang sering ditunggu-tunggu.
- Manakala penghibur ternama negara, Datuk Khadijah Ibrahim pula kembali menduduki kerusi juri tetap GV5 di samping Ramli MS setelah setahun berehat daripada tugas penjurian GV musim lalu.
- Khadijah tidak memerlukan pengenalan yang panjang lebar kerana direktori seni beliau telah memahatkan namanya sebagai antara penghibur terbilang tanah air selain reputasi beliau yang sangat disegani oleh pihak kawan dan lawan. Pengalaman dan ilmu seni selama lebih 4 dekad menjadikan Khadijah pilihan terbaik untuk menjayakan musim terbaharu ini.
- Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.
- Melihat kepada portfolio pengacaraan dan keserasian luar biasa gandingan selebriti popular; Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih dipercayai dengan mandat yang sama untuk mengendalikan pentas utama GV5 sebagai pengacara program.
- Juara GV5 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM30 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.
Rangkaian program GV5 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza. Untuk lima episod pertama, Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.55 malam bermula 24 September 2018. Seterusnya diikuti dengan siaran tiga kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada waktu yang sama.

Manakala konsert mingguan ‘GV5 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 30 September 2018.
Untuk pengisian di platform digital, program Live Plus Gegar Vaganza akan disiarkan secara serentak di www.gegarvaganza.com.my ketika berlangsungnya konsert mingguan GV5 bermula 30 September 2019.
Untuk GV5 kali ini, penaja utama adalah D’Herbs, jenama seisi rumah melalui penghasilan hampir 200 jenis rangkaian produk baru D’herbs. Manakala penaja bersama pula adalah CUCKOO, jenama terulung peralatan rumah di Korea.











