Hi-Tea Di Royale Songket Grand BlueWave Shah Alam Hari Malaysia Ini │ Hari Malaysia tahun ini akan jatuh pada hari Ahad, sudah ada apa-apa perancangan yang dibuat? Jika belum lagi, Naz nak suggest anda ke Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA). Kenapa??? Sebab di Restoran Royale Songket akan ada Hi-Tea sempena Hari Malaysia ini.

Grand BlueWave Hotel mengadakan program Hi-Tea Hari Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia 2017. Mari kita bersatu untuk menjadikan negara ini lebih baik dan lebih adil untuk semua. Hi-Tea kali ini anda akan disajikan dengan hidangan yang mewah dan beraroma dari Restoran Royale Songket bermula dari RM68.00+ untuk orang dewasa, RM55.00+ untuk warga emas dan RM35.00+ untuk kanak-kanak. Sajian ini dapat dimenikmati mulai jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

Sebagai pembuka selera Hi–Tea ini, anda akan dimanjakan dengan Assorted Finger Sandwiches dan Mini Open Face Sandwiches, Assorted Cheese Platter with Cracker, Cold Chinese Salad of the Day, Sotong Kangkung Padang Kota dan pembuka selera lain. Bagi yang suka pembuka selera yang panas, tersedia untuk anda Sup Cendawan dan Sup Ekor Assam Pedas dan roti bun dan pelbagai mentega.

Untuk promosi ini, Restoran Royale Songket menawarkan hidangan panas yang menarik seperti Laksa Johor, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Kari Devil, Ikan Patin Masak Tempoyak, Burasak dan banyak lagi. Mereka juga menawarkan Show Kitchen dengan Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper dengan kuah kacang dan bahan-bahan lain serta Otak-otak Kempas. Di samping itu, Bahagian Kanak-kanak juga disediakan Fish Finger dengan sos Tartare, Golden Chicken Nugget, dan banyak lagi. Akhir sekali, untuk pencuci mulut, mereka mempunyai pelbagai masakan Perancis, pelbagai buah-buahan segar, warung ABC dengan pelbagai perisa dan banyak lagi.



Jadikan Hari Malaysia tahun ini satu kenangan yang berharga buat anda kerana tiada yang lebih baik jika dapat meluang masa hari cuti bersama keluarga. Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Restoran Royale Songket 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga tertakluk kepada 6% GST.
| Harga | : RM 68.00+ (Dewasa) RM 55.00+ (Warga Emas) 60 tahun ke atas RM 35.00+ (Kanak-kanak) 4 – 11 tahun |
| Tarikh | : 16th September 2017 (Sabtu) |
| Masa | : 12.00 tengahari – 4.00 petang |
| Lokasi | : Royale Songket Restaurant, Aras Bawah |
| Pengurus Hotel | : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim |
| Eksekutif Sous Chef | : Chef Firdaus bin Ismail |
| Chef Bertugas (Chef De Cuisine Kanan) |
: Chef Al-Hafiz Bin Redzuan |