Jom Zumba Bersama Francesca Maria

Francesca Maria

Jom Zumba Bersama Francesca Maria |  Buat julung kalinya, Popcorn Studio Sdn Bhd akan menganjurkan Francesca Maria, Be Yourself Tour 2018 pada 24 hingga 25 Mac 2018 di Malaysia.

LATEST POSTER

Bertemakan “Fitness, Zumba & Yoga Party”, acara ini bertujuan menarik minat orang ramai untuk mengamalkan cara hidup yang sihat melalui gabungan persembahan yang berbeza. Selain itu, ia juga bertindak memenuhi permintaan peminat dan pengamal zumba serta yoga yang semakin meningkat.

Zumba bersama Balang

Acara ini bakal menampilkan Francesca Maria, seorang artis rakaman, juru tari dan pelatih Zumba antarabangsa mengadakan persembahan selama 2 jam. Francesca Maria yang berasal dari Itali adalah satu-satunya artist yang menyanyi dan melatih Zumba pada masa yang sama. Dia telah mengeluarkan beberapa lagu bertema Zumba yang amat popular seperti lagu “Dale Dale”, “Zumba High” dan lagu terkini “The Bombay”. Beliau sangat aktif menjelajah dan mengadakan persembahan di Amerika Syarikat dan Eropah dan mempunyai pengikut seramai 34 ribu orang di Instagram.

Sidang Media Zumba Be Yourself 2018

Turut sama memeriahkan acara ialah persembahan artis cilik sensasi dari Filipina, John Philip Bughaw atau lebih dikenali sebagai Balang. Bakat luar biasa beliau dalam bidang tarian dan berzumba ketika berusia 4 tahun tular dan berjaya menarik perhatian ramai sehingga beliau dijemput menjadi tetamu jemputan dalam program Ellen Degeneres Show sebanyak dua kali. Beliau juga diiktiraf sebagai tenaga pengajar di Zumba Instructor Convention 2016.

Acara ini juga turut menampilkan pelatih Zumba tempatan dan luar negara yang mempunyai ramai pengikut.

MasterKamal1

Selain itu, Popcorn Studio juga menganjurkan “Yoga with Master Kamal”. Master Kamal adalah salah satu daripada 8 guru yoga terhebat di dunia dan berasal dari India Selatan. Master Kamal atau nama sebenar Sri Srinivas Suresh Kamal juga pengasas “Kri Yoga” dan “Andhra Ashtanga” dan mempunyai lebih kurang 40 tahun pengalaman dalam dunia Yoga.

Penang_FM ZUMBA_preview

Program anjuran Popcorn Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Erik Talent selama dua (2) hari ini akan diadakan di SJK (C) Shang Wu, Pulau Pinang (24 Mac 2018) dan HGH Convention Centre, Kuala Lumpur (25 Mac 2018). Tiket telah mula dijual pada 8 Januari 2018 dengan harga RM110 dan RM90 bagi pembelian secara pukal sebanyak 10 keping (minimum).

Kuala Lumpur_FM ZUMBA_preview

Selain itu, istimewa buat pembeli terawal, tiket boleh dibeli pada harga promosi iaitu RM98. Maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.vip.my.

Pastinya peminat Zumba dan Yoga tanah air tidak mahu ketinggalan menyaksikan acara yang menggabungkan satu persembahan berbeza buat peminat dan pengamal aktiviti kecergasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *