Jualan Cuci Gudang HABIB Termasuk Ice Watch, Pandora dan Chantique

Jualan Cuci Gudang Key Visual

Jualan Cuci Gudang HABIB Termasuk Ice Watch, Pandora dan Chantique | Tadi masa ke Ampang Point, Naz lalu di outlet HABIB dan punya la ramai orang di situ. Bila jengah-jengah ke HABIB, rupa-rupanya ada Jualan Cuci Gudang HABIB bermula 24 sehingga 27 Disember, dari 10 pagi sehingga 10 malam. Banyak sungguh diskaun dan tawaran hebat sempena Jualan Cuci Gudang HABIB nie…… cuci jangan tak cuci kan….

Jualan Cuci Gudang HABIB banner promo

Yang menariknya lagi, bukan setakat barangan kemas HABIB sahaja, bahkan juga Jualan Cuci Gudang ini turut mendapat tempias untuk produk Ice Watch, Pandora dan Chantique sekali. Bagi yang mencari hadiah untuk yang tersayang ataupun buat pemberian hadiah hujung tahun untuk ahli keluarga…… haaaa ini lah masanya!

Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James and Miss Habib, Neha Verma

Bagi yang gemar membeli barangan kemas, HABIB menawarkan:

  • Diskaun sehingga 80% untuk batu permata dan barangan berlian;
  • Potongan RM10 – RM25 per gram untuk barangan emas 999/916;
  • Beg Tote percuma dengan pembelian RM2,000 ke atas dalam satu resit;
  • Hadiah Jam Tangan Percuma – Ice Watch dengan pembelian bernilai RM8,000 ke atas untuk barangan kemas berlian dan batu permata dalam satu resit;
  • Wafer Emas Edisi Terhad (Upin Ipin & Zoo Negara) untuk setipa pembelian Wafer Emas Zoo Negara,

Bagi yang suka kumpul Wafer Emas, ini antara yang ditawarkan….

Memang lip lap lip lap barangan kemas HABIB ni dengan rekaan yang cantik dan design baru membuatkan si pembeli buntu dalam membuat pilihan. Tu sebab panjang que untuk masuk ke kedai HABIB di Ampang Point ini.

Memang dah niat ke Ampang Point nak beli hadiah hari jadi, sekali bila tahu ada Jualan Cuci Gudang HABIB nie terus la ke kedai Ice Watch (Time Zone, yang berdekatan dengan kedai HABIB ni). Memang rambang mata, sebab ada diskaun sehingga 70% untuk produk Ice Watch. Itu la rezeki penerima dapat jam Ice Watch yang cantik dan bergaya…….. siap anak bujang mintak satu jam merah lagi untuk dia……

Ice Watch - Jualan Cuci Gudang HABIB

Since tak dapat nak masuk ke kedai HABIB tadi, jadi kena la repeat keesokkan hari untuk lihat mana yang berkenan di hati untuk permaisuri ku hehehehehe.

Jadi korang yang berhasrat untuk membeli barangan kemas mahupun jam tangan, harus la ke Jualan Cuci Gudang Habib:

Tarikh & Masa

24 – 27 Disember 2020, 10.00 pagi sehingga 10.00 malam (masa dilanjutkan)

Lokasi:

Showroom HABIB, Ampang Point

Unutk keterangan lanjut tentang Jualan Cuci Gudang HABIB ini, boleh dapatkan maklumat di https://www.facebook.com/habibjewels atau boleh juga tengok brosur di https://tinyurl.com/HABIBBrochure

#HABIB #HABIBJewels #JualanCuciGudangHABIB #GiftOfHappiness #HABIBSale #Gold #Diamond #Gemstone #IceWatch #Pandora #Chantique

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *