Kemudahan Rekreasi di Grand BlueWave Hotel | Bersambung balik dengan cerita GBWHSA Media Gathering 2017 yang lalu. Kali ini Naz nak kongsikan kemudahan rekreasi yang ada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Kesemua kemudahan rekreasi terletak di tingkat 4 hotel. Jadi mudah bagi tetamu untuk menggunakan dari satu kemudahan ke satu kemudahan yang lain. Antara kemudahan yang ada:
Gimnasium

Gimnasium ini tidak lah terlalu besar tetapi mempunyai peralatan asas seperti treadmill, set dumbell dan lain-lain lagi.



Kolam Renang (Swimming Pool)
Terdapat 2 kolam renang di sini, untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi anda tak perlu risau anak-anak kecil anda jika nak mandi bersendirian di kolam kanak-kanak.


Bagi wanita yang inginkan privasi menggunakan kolam renang dan selaras dengan Hotel Mesra Halal, pihak hotel telah mewartakan 1 jam khas (dari 2.30 petang hingga 3.30 petang) untuk kegunaan wanita sahaja.

Bilik Jacuzzi dan Sauna

Setelah penat bekerja, anda boleh ke bilik jacuzzi dan sauna untuk merehatkan diri sambil megeluarkan peluh jantan anda. Bilik jacuzzi dan sauna ini berasingan untuk lelaki dan wanita, jadi tidak perlu segan dan silu menggunakan kemudahan ini. Sila la lihat klip video ini….
Bilik Mainan Kanak-Kanak

Bagi yang ada anak-anak kecil boleh ke sini untuk membiarkan mereka bermain. Bilik yang ceria dan sejuk akan menceriakan mereka di sini.


Dr. Azimuth Spa Centre
Dr. Azimuth Spa Centre ini menawarkan kemudahan spa hanya untuk wanita sahaja ya. Antara rawatan yang ditawarkan adalah terapi laser rambut, terapi kelangsingan, urutan badan penuh, scrub badan, mandian susu, rawatan muka, terapi detox ionic, dan bermacam-macam lagi.



Spa Dr. Azimuth ini bukan sahaja untuk yang menginap di hotel ini sahaja bahkan orang luar juga boleh menikmati perkhidmatan spa ini. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-55110506 atau 016-2718444.
Golf
Bagi tetamu yang ingin bermain golf, anda boleh menghubungi dengan pihak hotel untuk untuk membuat tempahan untuk bermain. Di sekitar Lembah Klang sahaja terdapat kurang lebih 50 padang golf untuk dipilih.
Bersambung nanti untuk blog post akan datang tentang GBWHSA.