Makan Malam Tahun Baru di Grand BlueWave Shah Alam | Jika masih tiada rancangan untuk sambut malam tahun baru, Naz nak rekomen anda membuat tempahan segera di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk jamuan makan malam. Ini kerana anda akan makan malam di tingkat 18 Club Lounge yang berlatar belakangkan pemandangan Dataran Shah Alam dan saksikan sambutan tahun baru dengan percikan bunga api.

Makan malam ini diadakan pada 31 Disember 2017 dari 6.30 petang sehingga 1.00 pagi. Hidangan makan malam ini disediakan khas oleh Chef Al-Hafiz Bin Redzuan (Senior Chef De Cuisine) untuk para pelanggan.
Seperti biasa, hidangan makan malam di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini terdiri dari pelbagai jenis hidangan. Bermula dengan appetizer seperti Parade of Cold Seafood on Ice, Cold cut Display, Italian Seafood Salad, Orzo Pasta Salad with Roasted Baby Roma and Basil, dan banyak lagi.

Manakala di Carving Station pula terdapat Braised Ribs, Roasted Lamb Leg, Roasted Chicken Whole with Italian Seasoning dan Beef Wellington yang menggiurkan. Seleksi daging yang meriah untuk dinikmati sepanjang malam. Juga terdapat Spicy Prawn with Crackers bagi yang inginkan sentuhan makanan laut.





Setelah selesai, anda boleh menikmati dessert dengan tenang sambil menunggu sambutan tahun baru dengan percikan bunga api. Anda boleh cuba pelbagai Assorted Pudding, Assorted Cookies, Christmas Stolen, Yule Log, Assorted French Pastries, Muffins, Tartlets, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain sambil menghirup kopi panas untuk menyegarkan mata.
Semua ini hanya dari RM90.00net seorang dan RM43.45net untuk kanak-kanak (4 – 11 tahun). Sambutlah tahun baru anda dengan keluarga sambil menikmati makan malam dan hiburan yang disediakan oleh Grand BlueWave Hotel Shah Alam.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Royale Songket Restaurant di talian 03-5511 8811 ext. 2612 or 2613. Semua harga tertakluk kepada 6% GST.
Info about Club Floor
The BlueWave Club Floor are located at level 18. It provides discerning travelers with an impeccable level of service and comfort.
Info about Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA), an international class hotel and convention centre located in Selangor, Malaysia has been granted the highest Halal Friendly Hotel rating of 7 by Crescentrating. It is the first hotel to get the highest rating in Malaysia and the region.