Pengembaraan Menyeronokkan untuk Si Cilik di the Curve | Tibalah masanya untuk berseronok dengan pelbagai aktiviti yang menarik sempena Cuti Sekolah Mac yang bakal tiba tidak lama lagi! Dibawakan khas oleh the Curve, bersedialah untuk menikmati pengembaraan mini dan bertemu dengan bintang-bintang daripada dua rancangan popular Nickelodeon, iaitu Dora the Explorer dan Paw Patrol.

Bermula dari 17 hingga 26 Mac 2017, pengunjung cilik pasti akan bergembira di Dora and Paw Patrol Holiday Adventure yang akan berlangsung di Centre Court pusat beli-belah the Curve, di mana terdapat empat permainan menarik yang menanti mereka. Menerapkan elemen keseronokan dan pendidikan, kanak-kanak boleh mempelajari mengenai kepentingan keselamatan jalan raya menerusi aktiviti Road Safety Puzzle, mengasah kemahiran navigasi dengan Skye’s String Maze, membantu Dora mengenal pasti mercu-mercu tanda di Malaysia melalui Adventure to Malaysia dan memadankan bendera setiap negeri dalam aktiviti Know Your States.


Selain daripada itu, watak-watak daripada kedua-dua rancangan berkenaan akan membuat penampilan khas untuk bertemu peminat-peminat mereka! Jangan lepaskan peluang untuk bersama Dora dan rakan karibnya, Boots, dari Dora the Explorer serta Chase dan Marshall dari Paw Patrol. Sesi bertemu peminat berkenaan akan diadakan sekali pada setiap hari Jumaat dan tiga kali sehari pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang kempen berlangsung.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Dikenali sebagai pusat beli-belah untuk seisi keluarga, kami sentiasa menganjurkan kempen-kempen khas khusus untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah. Melalui kempen-kempen ini, ibu bapa dan kanak-kanak mempunyai peluang untuk meluangkan masa yang lebih berkualiti bersama-sama sambil bergembira dengan aktiviti yang disediakan. Dengan Dora the Explorer dan Paw Patrol sebagai siri popular kanak-kanak pada masa ini, kami percaya bahawa kempen ini merupakan program yang menarik bagi menghiburkan kanak-kanak yang berkunjung ke the Curve.”

Sebagai pelengkap pengalaman istimewa ini, pengunjung cilik juga berpeluang untuk membawa pulang cenderahati istimewa! Para pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM200 dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai di the Curve untuk menebus Set Makan Minum Kanak-kanak Dora atau Set Alat Tulis Paw Patrol. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.
Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di the Curve sepanjang Cuti Sekolah Mac ini? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve di www.thecurve.com.my dan www.facebook.com/theCurveShoppingMall.