Pengumuman Lokasi Baru Untuk ASICS Relay Malaysia 2018

ASICS Relay Malaysia 2018

ASICS Relay Malaysia 2018 hari ini mengumumkan perubahan lokasi untuk acara larian pada 29 September yang akan datang. Pada awalnya dijadualkan berlepas dari Dataran Merdeka di Jalan Raja, lokasi tersebut telah ditukar ke Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil (KLSC).

ASICS Relay Malaysia 2018

Perubahan lokasi itu berikutan keputusan baru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak mengadakan acara besar pada belah malam di sekitar pusat bandar Kuala Lunpur. KLSC, yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, telah dipilih sebagai lokasi baru acara ASICS Relay Malaysia kerana laluan larian yang baik, aspek keselamatan dan reputasi sebagai pusat sukan dan hiburan antarabangsa yang paling ikonik dan tersendiri di Asia.

KUALA LUMPUR SPORTS CITY, BUKIT JALIL (KLSC) akan menjadi lokasi baru untuk acara pelepasan ASICS Relay Malaysia 2018 pada 29 September 2018

“Kami dengan senang hati dapat mempamerkan konsep larian relay di Malaysia sekali lagi tahun ini dan kami yakin bahawa perubahan lokasi ke KLSC akan membawa nafas baru dan juga lebih teruja dengan agenda kendalian kami,” kata Encik Boon Tib Som Nik, Pengurus Negara, ASICS Malaysia.

Kembali untuk tahun ketiga berturut-turut, ASICS Relay Malaysia 2018 bertujuan untuk menarik 1,000 pasukan dengan 4-orang sepasukan manakala menyediakan setiap peserta dengan pengalaman berjalan malam yang memuaskan. Pendaftaran untuk ASICS Relay Malaysia 2018 telah dilanjutkan dan peserta yang berminat boleh mendaftar di http://www.asicsrelayreg.com/2018-my/army18/reg_army18/ sehingga 14 September 2018.

ASICS Malaysia akan menawarkan bayaran balik sepenuhnya kepada semua pendaftar awal dan pasukan yang telah mendaftar tetapi tidak dapat menyertai larian akibat perubahan lokasi ini. Pilihan untuk menggantikan ahli dalam pasukan berdaftar juga dibenarkan. Tidak akan ada perubahan pada tarikh larian, waktu atau jarak dan kategori yang tersedia.

Semua peserta dinasihatkan untuk memeriksa laman web rasmi dan platform media sosial ASICS Malaysia yang dinyatakan di bawah untuk kemas kini mengenai laluan, masa bendera dan butiran lain.

ASICS Relay Malaysia 2018: https://www.asics.com/sg/en-sg/asics-relay/relay-info-malaysia

ASICS Malaysia
Laman Web: www.asics.com
Instagram: https://www.instagram.com/asicsmalaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/ASICSMalaysia/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *