Pizza Hut PANtriotic dengan Bunkface Semarakkan Cinta Pada Malaysia

Pizza Hut PANtriotic

Pizza Hut PANtriotic dengan Bunkface Semarakkan Cinta Pada Malaysia |  Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian Piza No. 1 Malaysia meraikan Malaysia secara besar-besaran pada 2 September. Parti ‘PANtriotic’ Pizza Hut telah berlangsung di Pusat Beli-belah Sunway Velocity di mana 60 penggemar piza bertuah disajikan dengan persembahan istimewa oleh kumpulan band tempatan yang telah meraih pelbagai anugerah, Bunkface.

Pizza Hut PANtriotic

Selain mempersembahkan beberapa lagu popular, Bunkface turut menghiburkan para tetamu dengan lagu terbaru mereka berjudul “Kita Punya Malaysia” bagi memeriahkan lagi suasana dan berkongsi minat terhadap muzik serta rasa cinta pada Malaysia. “Kita Punya Malaysia” yang direka khas sebagai lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini juga telah dinyanyikan oleh Bunkface pada sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 31 Ogos, Jumaat yang lepas.

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata: “Satu perkara yang boleh dipersetujui oleh setiap rakyat Malaysia adalah rasa cinta mereka terhadap Malaysia. Dan cara yang paling baik bagi penggemar piza untuk meraikan kedua-dua rasa cinta mereka terhadap negara dan piza secara sekaligus adalah melalui parti ‘PANtriotic’ piza yang dimeriahkan lagi dengan kunjungan istimewa oleh Bunkface – artis tempatan di sebalik lagu tema Hari Kemerdekaan tahun ini.”

“Bunkface merupakan pilihan yang tepat, lebih-lebih lagi dengan lagu baru mereka. Lagu tersebut bukan sahaja penuh dengan semangat, terdapat juga mesej positif yang disampaikan kepada generasi baru sekaligus menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia. Di Pizza Hut, kami percaya dengan setiap semangat yang ditonjolkan – dari semangat syarikat kami untuk menyajikan anda piza yang terbaik, semangat rakyat terhadap negara dan semangat Bunkface terhadap muzik mereka, walau di mana punca semangat tersebut ia wajar diketengahkan dan diraikan oleh semua,” tambah beliau.

Raikannya pada sepanjang bulan September!

Bagi mereka yang tidak berpeluang menyertai parti piza semalam, usah khuatir, Pizza Hut telah merancang bulan yang menarik bagi anda. Bermula 7 September dan akan berlangsung selama sebulan, Pizza Hut akan memberikan piza percuma* kepada setiap pelanggan yang makan di restoran atau melalui servis penghantaran. Sejajar dengan sambutan yang diadakan, Pizza Hut ingin membawakan keriangan menerusi piza yang enak sepanjang bulan patriotik ini.

Tidak lupa kepada peminat Bunkface (atau Bunkers) Pizza Hut akan membawakan band kegemaran anda buat kali kedua bagi satu lagi sesi penuh semangat pada bulan Oktober, kali ini dengan sesi istimewa bertemu peminat buat 30 peminat bertuah dan rakan mereka! Tunggu apa lagi, ekspresikan semangat patriotisme anda dengan menangkap gambar atau berswafoto dengan Piza Pan, hiaskan dengan perekat, contengan atau filter dan sertakan hashtag #PizzaHutPANtriotic.

Bagi maklumat lanjut mengenai piza terbaru serta promosi piza* kami, sila layari https://www.pizzahut.com.my/en/newpanpizza.

Untuk mengetahui mengenai peluang bertemu Bunkface pada bulan Oktober, ikuti laman Facebook Pizza Hut Malaysia: https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia.

*Promosi Beli 1, percuma 1 promo bermula 7 September sehingga 7 October

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *