Promosi Agehan “All You Can Eat” Kembali Lagi

Chef Christopher Leong

Promosi Agehan “All You Can Eat” Kembali Lagi |  Teppanyaki, Teriyaki dan Sushi yang mana satu jadi pilihan anda? Kalau kesemuanya adalah pilihan anda, ini ada berita baik untuk penggemar hidangan masakan Jepun. Restoran Jepun Agehan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam kini kembali dengan promosi “All You Can Eat”.

ALL YOU CAN EAT

Promosi Agehan “All You Can Eat” ini berlansung setiap Jumaat & Sabtu malam bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Pada waktu ini, anda boleh merasai semua jenis Teppanyaki, Teriyaki, Sushi, Mee, Temaki, Makimono dan bermacam lagi. Makan lah sepuas-puasnya pada harga RM78.00 untuk dewasa dan RM45.00 untuk kanak-kanak (4-11 tahun). Oh ya, hidangan yang menarik ini disediakan oleh Chef Christopher Leong, Japanese Sous Chef.

Promosi Agehan All You Can Eat

Jom Naz kongsikan apa yang Naz nikmati di Restoran Jepun Agehan ini…

Seleksi sushi

Bagi yang meminati hidangan Sushi, terdapat Tobikko Sushi, Chuka Kurage Sushi, Tako Sushi, Salmon Sushi, Tuna Sushi, Chuka Idako Sushi dan White Tuna Sushi.

Sushi segar

Makan Sushi sampai kenyang

Seleksi Temaki pula terdapat California Temaki, Ebi Temaki, Tuna Temaki, and Salmon Temaki. Seleksi Mee menyajikan Kake Udon, Tsukimi Udon, Tanuki Udon, and Zaru Udon.

Mee Udon

Seleksi Teriyaki menanti anda adalah Tori Teriyaki and Saba Teriyaki. Selain dari itu, seleksi Makimono juga ada Futo Maki, Tuna Mayo Sushi, Kani Maki, California Maki, Tuna Maki, Kappa Maki, Salmon Maki, and Kani Sushi.

Yang tak biasa makan mentah, terdapat seleksi Teppanyaki seperti Daging Lembu, Sotong, Sosej Ayam, potongan daging Ayam dan sayur-sayuran.

Teppanyaki Ayam

Teppanyaki Daging

Teppanyaki Makeral

Teppanyaki Sotong

Lihat saja lah muka-muka #kakimakan nie….happy aje kan, ini baru round kedua….tah berapa round lagi diaorang nak makan lagi….. tapi yang penting jangan membazir!

Kaki Makan

Restoran Jepun Agehan ini adalah restoran Jepun di Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan Jepun. Restoran memperoleh pengesahan rasmi HALAL dari JAKIM pada 1 November 2009. Inilah restoran Jepun menyajikan 100% masakan Jepun Halal di Hotel Lima Bintang di Asia Tenggara.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut tentang promosi Agehan ini, anda boleh hubungi restoran ini di talian 03-55118811 ext, 2723 atau 2724 atau emel di e-marketing@bluewavehotels.com . Semua harga tertakluk kepada 6% GST.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *