Promosi Baby Lobster di Tung Yuen Grand BlueWave │ Selepas tamat promosi hidangan Ho Ho Chiak , kini Restoran Cina Tung Yuen (Level 1) di Grand BlueWave Hotel Shah Alam menampilkan masakan Cina yang menggiurkan melalui promosi khas ‘Baby Lobster Meets Hai Xian Delight’. Hidangan yang kaya dengan rasa yang menarik, dan semestinya hidangan Halal yang disahkan oleh JAKIM.

Promosi ‘Baby Lobster Meets Hai Xian Delight’ ini disediakan oleh tak lain dan tak bukan, Chef Patrick Ng. Promosi ini berlansung dari 15 Julai sehingga 30 September 2017, dan disajikan setiap hari untuk makan tengahari dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan untuk makan malam dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Promosi ‘Baby Lobster Meets Hai Xian Delight’
Promosi kali ini menyajikan hidangan utama iaitu Baby Lobster atau anak udang karang yang diberikan dalam 2 pilihan masakan. Anda boleh memilih Baby Lobster @150gm setiap satu (1/2 bahagian setiap orang) samada dimasak secara di bakar (baked) dengan sos krim mentega ataupun di goreng (pan fried) dengan sos cili khas.


Hidangan Baby Lobster ini disajikan bersama 6 hidangan masakan Cina yang lain iaitu Daily Special of Chinese Chilled Appetizer, Pan Fried Trio Seafood with Spicy Sauce on Hot Plate, Steam Garoupa Fish with Spicy Bean Paste, Braised Top Shell Abalone Slice with Hong Kong Kai Lan and Roast Garlic, Fried Rice with Seafood and Anchovies dan bersama pemanis mulut, Pan Fried Chinese Pan Cake.






Ada lagi, 1 sup istimewa untuk melengkapkan sajian mewah ini, pilih samada anda mahukan sup Boiled Szechuan atau sup Double Boiled Fish Maw. Juga set Mantou goreng dihidang bersama.


Naz dah cuba setiap sajian ini, memang memberikan keseronokkan deria rasa lidah dan membahagiakan perut yang kenyang. Lihat saja aksi bersahaja food blogger Shakiddo merakamkan detik-detik mengembirakan ini….

Harga untuk set promosi ini adalah RM75+ seorang dan set ini untuk minimum 5 orang.
Tetamu digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu melalui Restoran Cina Tung Yuen di talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau di bahagian telemarketing ext. 2724. Harga tertakluk kepada 6% GST. Restoran Cina Tung Yuen dilengkapi dengan sijil Halal disahkan oleh JAKIM.