Promosi “Crab Yummy Combo” di Grand BlueWave Hotel Shah Alam | Penggemar tegar ketam, sila ambil perhatian! Restoran Cina Tung Yuen, di Tingkat 1 Grand BlueWave Hotel Shah Alam kini mengadakan promosi “Crab Yummy Combo” bermula 1 Mac sehingga 30 April 2018. Apa yang istimewa mengenai Crab Yummy Combo adalah promosi ini disertai dengan dua (2) gaya masakan oleh chef restoran Cina kami dan 100% halal.

Chef Patrick Ng memperkenalkan 2 gaya masakan, iaitu Baked Spicy Mud Spicy atau Pan Fried Hot And Mour Mud Crab Dengan Mantou. Promosi ini berharga RM95.00nett setiap orang (minimum 5 orang).

Anda pasti terpukau dengan hidangan ketam yang lazat di mana menu yang ditawarkan ialah Sup Crab Meat, Kailan dengan Isi Ketam, dan Mud Crab.


Anda juga pasti sukakan hidangan Yee Mee, dan Chicken Pei Pa. Sebagai hidangan pencuci mulut, anda akan menikmati Pamelo Mango Pudding.


Promosi ini bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2018. Hidangan yang sungguh menyelerakan ini akan dihidangkan setiap hari untuk makan tengahari pada jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada 6.30 malam hingga 10.30 malam di Restoran Ciina Tung Yuen.

Ya tahu dah telan air liur kan, apa-apa pun sila buat tempahan terlebih dahulu melalui Tung Yuen Chinese Restaurant di 03-5511 8811 ext. 2616 atau jabatan telemarketing ext. 2724. Semua harga hanya tertakluk kepada 6% GST.