Promosi Garoupa Delight di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Garoupa Delight

Promosi Garoupa Delight di Grand BlueWave Hotel Shah Alam |  Selepas promosi Bufet Makan Tengahari di Club Lounge, kali ini Grand BlueWave Hotel Shah Alam membawa promosi terbaru iaitu Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant sepanjang Oktober ini. Para pengemar masakan Cina, inilah masanya untuk merasai hidangan yang kaya dengan rasa yang sungguh menyelerakan.

Promosi Garoupa Delight di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Untuk promosi Garoupa Delight kali ini, ia tersedia untuk pek minimum 5 orang pada harga RM68.00+ seorang. Untuk set ini akan dihidangkan dengan 5 menu masakan Cina dan 4 darinya terdiri daripada Steam Dim Sum. Promosi ini menawarkan ikan Kerapu dan anda boleh memilih samada memasaknya dengan cara Deep Fried with Spicy Plum Seeds and Lime Sauce  atau Steam with ‘Teoh Chew’ style and Glass Noodles.

Steam with 'Teoh Chew' style and Glass Noodles

Steam with ‘Teoh Chew’ style and Glass Noodles

Selain dari itu, promosi ini juga menghidangkan Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on hot plateBraised Sliced Top Shell Abalone and Bean Curd Skin on Siew Pak Choy, dan anda boleh memilih samada Fried Rice with Chicken Cube in BambooBasket and Lotus Leaf atau Nasi Putih Kukus.

Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on hot plate

Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on hot plate
Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean Curd Skin on Siew Pak Choy

Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean Curd Skin on Siew Pak Choy
Fried Rice with Chicken Cube in BambooBasket and Lotus Leaf

Fried Rice with Chicken Cube in BambooBasket and Lotus Leaf 

Promosi ini terdapat 4 jenis Dim Sum iaitu Steam Chicken Siew Mai with Ebiko, Steam Black Mushroom Chicken Dumpling, Pan Fried Shanghai Dumpling dan Steam Beancurd Roll (seen Chuk Roll) with Thai Chilli Sauce.

Ini menambahkan lagi pilihan kepada seleksi makanan dengan tawaran harga yang berpatutan di hotel 5 bintang yang sungguh selesa ini. Tung Yuen Chinese Restaurant ini terletak di tingkat 1 dan beroperasi 7 hari seminggu, dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang untuk makan tengahari dan dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam untuk makan malam.

Para pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu dengan menelefon Tung Yuen Chinese Restaurant di talian 03-5511 8811 samb. 2616 atau dengan bahagian Telemarketing di sambungan 2724, atau emel kepada telemarketing@bluewavehotels.com. Semua harga tertakluk kepada 6% SST. Tung Yuen Chinese Restaurant ini telah disahkan HALAL oleh JAKIM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *