Promosi Istimewa Ho Ho Chiak di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Media Food Review Promosi Istimewa Ho Ho Chiak

Promosi Istimewa Ho Ho Chiak di Grand BlueWave Hotel Shah Alam |  Selepas Kempen Love Food, Hate Waste di Restoran Jepun Agehan kini Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan pula Promosi Istimewa Ho Ho Chiak mewah yang disahkan Halal untuk tetamu dan pengunjung bagi membolehkan mereka mempunyai lebih banyak pilihan jenis makanan dengan harga yang berpatutan. Ho Chiak ialah dialek Hokkien bermaksud makanan yang bagus dan lazat. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan makanan yang lazat di restoran atau mana-mana kedai makan.

Tung Yuen Chinese Restaurant GBWHSA

Promosi Ho Ho Chiak ini disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick Ng di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 dan disajikan pada setiap hari untuk makan tengah hari dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Chef Patrick Ng dengan hidangan Ho Ho Chiak

Promosi Istimewa Ho Ho Chiak

Promosi Ho Ho Chiak disediakan untuk minimum 2 orang, yang berharga RM57.00+ setiap orang dan disertakan dengan 10 jenis dim sum stim dan goreng, 4 jenis hidangan claypot dan pencuci mulut. Terdapat variasi dimsum dari Chicken Dumpling, Fresh Prawn Crystal Dumpling, Golden Ocean Leaf Dumpling, Phoenix Eye Dumpling, Steam Seafood Dumpling with Crab Roll, Steam BBQ Chicken Bun, Deep Fried Yam Ball, Deep Fried Vietnamese Spring Roll, Pan Fried Shanghai Gua Tie dan akhir sekali, Nasi Pulut Stim dengan Ayam dan Cendawan (Loh Mai Kai).

Dim Sum

Dim Sum 2

Deep Fried Ho Ho Chiak

Set ini disusuli oleh hidangan claypot yang merupakan Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet, Braised Sliced Top Shell Abalone with Seasonal Vegetables, Baked Cheese Prawn with Mantao dan Fried Rice with Crab Meat. Sebagai pelengkap kepada set hidangan ini juga dihidangkan dengan manisan Longan dengan Kelapa Laut sejuk yang menyegarkan.

Claypot Dishes

Longan dan Kelapa Laut

Bagi tetamu yang ingin mencuba set hidangan ini digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu melalui Tung Yuen Chinese Restaurant di 03-5511 8811 ext. 2616 atau di Jabatan Telemarketing ext. 2724. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. Tung Yuen Chinese Restaurant adalah restoran menyajikan masakan cina yang Halal dan disahkan oleh JAKIM.

Tentang Tung Yuen Chinese Restaurant

Tung Yuen Chinese Restaurant ialah restoran Cina yang terletak di tingkat 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan Cina. Restoran ini memperolehi pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009 dan merupakan restoran yang menyajikan 100% masakan Cina Halal di First Southeast Asian Five Star Hotel yang mesra Halal.

Tentang Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA), sebuah hotel lima bintang yang terletak di Selangor, Malaysia telah diberikan Halal Friendly Hotel penilaian tertinggi daripada 7 Crescentrating. Ini adalah hotel yang pertama mendapat pengiktirafan yang tertinggi di Malaysia dan rantau ini.

Harga :
RM57.00 + seorang (minimum 2 orang)

Waktu Operasi :
Isnin – Ahad
11.30 pagi – 2.30 petang (Makan Tengahari) & 6.30 petang – 10.30 malam (Makan Malam)

Tempahan  :
(603) 5511 8811 ext.2616 [Tung Yuen Chinese Restaurant]
(603) 5511 8811 ext.2724 [Jabatan TeleMarketing]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *