Restoran China Treasures SDCC Tampilkan Sajian CNY 2019

Restoran China Treasures SDCC Tampilkan Sajian CNY 2019 | Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober iaitu suku terakhir buat tahun 2018. Menjadi pendahulu, Sime Darby Convention Centre (SDCC) melalui restoran China Treasures nya telah membuat food preview untuk hidangan makan malam Tahun Baru Cina 2019. Dan seperti biasa tawaran harga sangat menarik melalui penjualan baucar CNY 2019 bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2018.

Hidangan istimewa makan malam CNY 2019 di Restoran China Treasures SDCC

Seperti hidangan Ramadan tahun ini, pihak SDCC menawarkan harga yang cukup menarik bagi hidangan makan malam Tahun Baru Cina, di mana pembeli baucar terawal akan mendapat diskaun harga yang sungguh menarik di antara Oktober hingga Disember tahun ini. Dengan ini anda dapat merancang perbelanjaan dengan lebih baik supaya perayaan Tahun Baru Cina nanti akan lebih meriah.

Alunan instrumen tradisional masyarakat Cina

Pakej Makan Malam CNY 2019
Tahun ini terdapat 2 pilihan meja iaitu untuk 5 orang dan 10 orang. Bagi keluarga yang kecil dapat atau yang ingin meraikan bersama rakan-rakan rapat tidak perlu untuk menempah meja yang besar. Di bawah ini disenaraikan harga baucar dengan harga diskaun mengikut tarikh pembelian:

Meja 5 OrangMeja 10 Orang
Okt 2018RM498 nettRM698 nett
Nov 2018RM598 nettRM798 nett
Dis 2018RM698 nettRM898 nett
Jan & Feb 2019RM888 nettRM1388 nett
Harga Istimewa dari Restoran China Treasures SDCC

Untuk makan malam Tahun Baru Cina nanti, anda akan disajikan dengan hidangan istimewa dari Restoran China Treasures SDCC (yang terkenal dengan keenakkan dim sum nya). Antara sajian yang disediakan adalah Fortune “Yee Sang” with Golden Sea Whelk & Golden Corn, Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop Wild Red Mushroom & Cordyceps Flower, Steamed Lotus Leaf Chicken, Steamed Sea Grouper with Premium Soy Sauce & Golden Garlic, Baked Crystal Prawns with Nyonya Sauce in ‘NanYang’ Style, Braised Black Moss Roll & Bean Curd Puff with Seasonal Vegetables, Steamed Rice with Baby Abalone Dried Octopus, Yam & Mushroom, Chilled Snow Lotus & Ginseng Root with Red Dates & Dried Longan.

Naz dah mencuba set hidangan makan malam dan paling Naz suka adalah Steamed Lotus Leaf Chicken dan Steamed Sea Grouper with Premium Soy Sauce & Golden Garlic.h

Selain dari sajian makan malam tersebut, Restoran China Treasures juga menawarkan promosi hidangan CNY Eve International Buffet pada malam sebelum Tahun Baru Cina.

International Buffet Dinner

Baucar untuk promosi ini juga menjanjikan diskaun menarik seperti berikut:

Okt 2018RM60 nett/orang
Nov 2018RM70 nett/orang
Dis 2018RM80 nett/orang
Jan & Feb 2019RM98 nett/orang

Kesemua baucar ini hanya boleh ditebus pada 4 Febuari 2019 dari jam 6 petang sehingga 10 malam. Anda digalakkan untuk membuat tempahan awal.

Sekiranya anda inginkan privasi, bilik khas juga terdapat di Restoran China Treasures bagi acara persendirian atau korporat. Restoran ini dibuka setiap hari untuk makan tengahari dari 11.30 pagi sehingga 2.30 petang pada hari biasa dan dari pukul 10.00 pagi hingga 4.30 petang pada hari minggu atau cuti umum. Untuk makan malam pula ia bermula dari jam 6.30 petang sehingg 10.30 malam. Restoran China Treasures ini mendapat sijil HALAL dari JAKIM dan boleh menampung sehingga 200 orang dalam satu satu masa, dengan 6 bilik khas yang boleh menampung antara 8 hingga 70 orang.

Selain dari itu, bahagian banquet SDCC juga bersedia untuk menerima tempahan kumpulan dan menawarkan anda ‘build your own’ set menu pakej Tahun Baru Cina untuk majlis persendirian anda. Harga yang ditawarkan untuk meja 10 orang adalah seperti berikut:

Okt 2018RM698 nett
Nov 2018RM798 nett
Dis 2018RM898 nett
Jan & Feb 2019RM1,388 nett

*harga yang ditawarkan untuk meja 10 orang dan berdasarkan tempahan mengikut bulan yang dinyatakan.

Pakej yang berbaloi ini sah untuk tempahan yang dibuat antara 1 Januari 2019 sehingga 28 Febuari 2019. Tertakluk kepada pax minima untuk penggunaan Grand Ballroom di SDCC.

Untuk tempahan, anda boleh menelefon Restoran China Treasures di talian 03-2089 3788 atau emel kepada chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com atau untuk sebarang pertanyaan boleh dibuat di 03-2089 3688 atau emel enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *