Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Bufet Iftar di Seri Pacific KL | Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet iftar yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk. Pada tahun ini, konsep makanan trasidisional masih dikekalkan malah diwarna warnikan Iagi dengan selera terkini mengikut zaman ke zaman. Kali ini lokasi bufet iftar akan berada di Tingkat 4, Atrium sehinggalah ke kolam renang dan juga Restoran Zende, di aras lobi.

Para pengunjung yang menantikan bufet iftar di Seri Pacific Hotel pasti tidak akan kecewa dengan ‘Sajian Tradisi Zaman ke Zaman’ yang disediakan khas oleh barisan chef yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur iaitu gandingan kerjasama pasukan mantap yang diketuai oleh Chef Eksekutif Steven G. dan Chef Saad daripada dapur sajian Melayu.
Sesuai dengan nama yang diberi, ‘Sajian Tradisi Zaman ke Zaman’ menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri-negeri di Malaysia (termasuk Wilayah Persekutuan) bermula dari Utara, Selatan, Timur hinggalah ke Barat Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga juadah-juadah kesukaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India.
Antara yang menarik adalah Sup Gear Box “Power” dan Sup Ekor Bakar, Kambing Bakar Abang Burn, Warong Mee Padang Tembak, Shell ln Pantai Remis, Nasi Daun Pisang Uncle Chandra, Hinava Ginapan (Sarawak) dan Umai Ikan Merah (Sabah). Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur mempamerkan Sajian Tradisi Zaman ke Zaman dengan konsep gerai-gerai yang beratapkan nipah untuk menyerlahkan lagi suasana kampung.








Sejak berzaman lagi Hotel Seri Pacific memang terkenal dengan sajian iftar yang pasti dapat memuaskan hati para pengunjung yang bertandang. Bermula dengan pembuka selera, halaman ulam-ulaman, pelbagai jeruk dan hidangan utama berdasarkan makanan tradisi negeri-negeri di Malaysia. Pengunjung juga boleh mencuba pizza, pasta dan sushi. Bagi yang menggemari hidangan manis, bolehlah mencuba pelbagai jenis manisan serperti aneka kuih Melayu, agar-agar, pelbagai kek, buah-buahan dan bubur manis pelbagai perasa.
Harga Bufet Sa’ian Tradisi Zaman ke Zaman:
- RM90 bersih untuk dewasa, RM45 bersih untuk kanak-kanak (5-12 tahun) harga baucar awal sebelum 15hb April 2019.
- RM120 bersih untuk dewasa, RM60 bersih untuk kanak-kanak (5-12 tahun) harga jualan baucar biasa selepas 15hb April 2019.

Para pengunjung tidak perlu risau untuk tergesa-gesa meninggalkan bufet iftar di bulan Ramadhan kelak kerana pihak hotel ada menyediakan surau untuk menunaikan sholat Maghrib dan Isyak.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, di www.seripacifichotel.com dan panggilan telefon ke +603-4042 5555.












