Selera Nostalgia Ramadhan di Utara Coffee House

elera Nostalgia Ramadha Utara Coffee House

Selera Nostalgia Ramadhan di Utara Coffee House |  Seperti tahun-tahun yang lepas, Utara Coffee House, Armada Petaling Jaya tidak ketinggalan untuk mengadakan food review sempena bulan Ramadhan untuk para media dan tahun ini Naz baru berpeluang untuk menghadiri food review berbuka puasa tersebut. Bertemakan “Selera Nostalgia Ramadhan”, Utara Coffee House akan menyajikan lebih dari 100 jenis hidangan pelbagai rasa yang akan mengamit kenangan sepanjang zaman.

Selera Nostalgia Ramadha Utara Coffee House Armada PJ
Selera Nostalgia Ramadha Utara Coffee House Armada PJ

Tahun ini, Eksekutif Chef Chew Teik Chye dan Chef Mummy, telah menyenaraikan pelbagai hidangan yang pasti mengimbau kenangan masakan emak kita di kampung bertepatan dengan tema Selera Nostalgia kali ini.

Speakers SBB2017
Dapat semeja dengan 2 speaker #SBB2017, memang gamat la…

Yang menariknya untuk food review Selera Nostalgia Ramadhan kali ini, para media disuruh duduk di meja yang disediakan dan hidangan akan dihantar terus ke meja masing-masing. Alangkah terkejutnya, kami dengan terpaksa relanya kena merasakan 16 hidangan yang telah dipilih oleh Chef. Sajian kami dimulakan dengan Nasi Ulam & Sayur Keladi, Keraby Soo Hoon dan Kerabu Mangga. Sungguh menyelerakan 3 hidangan ini yang telah membangkitkan deria rasa lidah Naz.

Nasi Ulam & Sayur Keladi
Nasi Ulam & Sayur Keladi
Kerabu Mangga
Kerabu Mangga
Kerabu Soo Hoon
Kerabu Soo Hoon

Selain dari 2 jenis kerabu di atas, terdapat juga Kerabu Sotong dan Kerabu Kacang Botol. Tak lengkap kalau tak ada pelbagai sambal untuk cicahan seperti Sambal Belacan, Sambal Tempoyak, Cencaluk, Budu, dan lain-lain lagi.

Pelbagai sambal
Pelbagai sambal untuk cicahan

Sajian Selera Nostalgia diteruskan dengan hidangan Bubur Lambuk dan Sup Tulang Rusuk. Naz suka dengan sup ini yang pekat dengan rempah ratusnya.

Bubur Lambuk
Bubur Lambuk
Sup Tulang Rusuk
Sup Tulang Rusuk

Kemudian 2 jenis laksa dihidangkan; Asam Laksa dan Thai Laksa. Dua rasa yang menarik tapi Naz prefer lagi rasa Thai Laksa yang berlemak pedas. Setakat ini semua yang dihidangkan memang sedap.

Asam Laksa with Condiments
Asam Laksa
Thai Laksa with Condiments
Thai Laksa

Hidangan diteruskan dengan menu yang berat, Ekor Lembu Masak Asam Pedas (Kawah), Itik Berlado, Rendang Daging, Ayam Golek, Kari Kepala Ikan Salmon, Ketam Masak Nangka Muda, Kacang Botol Goreng Sambal Belacan, Sayur Lemak Labu Sambak Udang Petai dan yang paling dinantikan Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi.

Ayam Golek
Ayam Golek
Ekor Lembu Masak Asam Pedas (Kawah)
Ekor Lembu Masak Asam Pedas (Kawah)
Itik Berlado
Itik Berlado
Kari Kepala Ikan Salmon
Kari Kepala Ikan Salmon
Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit
Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit
Rendang Daging
Rendang Daging
Sambal Udang Petai
Sambal Udang Petai
Sayur Lemak Labu
Sayur Lemak Labu
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Betul-betul mengimbau selera nostalgia dan kami pun meminta air basuh tangan untuk menikmati lauk pauk kampung ini dengan tangan. Bab ni Naz tak sempat nak ambil gambar sebab sibuk menggunakan tangan untuk menyuap ke mulut.

Hidangan Selera Nostalgia Ramadan
Penuh meja dengan lauk pauk…

Antara hidangan lain yang akan ada nanti seperti Daging Masak Serai, Ikan Sembilang Panggang Berlada, Sotong Masak Kunyit dan Serai, Kambing Panggang, aneka Sate, Lidah Sapi dengan Air Asam, Murtabak dan banyak lagi.

Assorted Malay Kuih, Cake & Pastries
Pelbagai kuih muih dan pastri
Roti Durian
Roti Durian

Tak lupa dengan aneka kuih muih Melayu seperti Tepung Talam, Apam Balik, Buah Melaka, Lopes, Kuih Lapis, Kuih Cara Berlauk, Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha-Cha berserta pastri-pastri yang manis.

Harga Selera Nostalgia Bufet Ramadhan

Bufet Selera Nostalgia Ramadhan ini akan bermula dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017. Setiap dewasa akan dikenakan bayaran RM80+ seorang manakala kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) dikenakan bayaran RM40+ seorang.

Bagi yang menempah baucar awal (EARLY BIRD) antara 2 Mei hingga 31 Mei 2017 ada ganjaran yang disediakan. Jika anda tempah 5 baucar, anda akan mendapat 1 baucar PERCUMA. Jika terlepas ganjaran EARLY BIRD, anda boleh tempah baucar SUPER VALUE di mana setiap 10 baucar yang di beli anda akan mendapat 1 baucar PERCUMA (belian selepas 1 Jun ke atas).

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi Utara Coffee House, Armada PJ di talian 03-7954 6888 sambungan 4557 atau 4630.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *