SF Coffee Raikan Perayaan Dengan Sajian Enak

SF Coffee Raikan Perayaan Dengan Sajian Enak |  Di musim perayaan seperti mana kita tahu, banyak hotel-hotel mengadakan hidangan makan malam pra-perayaan (Christmas Eve Dinner). SF Coffee tak ketinggalan juga untuk meraikan musim perayaan ini dengan hidangan sempena Christmas yang bakal tiba.

Menu Perayaan SF Coffee
Citarasa Butterscotch, Ayam Belanda dan Kranberi sempena musim perayaan di SF Coffee…

Baru-baru ini Naz ke SF Coffee untuk menebus voucher untuk mendapatkan Frappe. Semasa nak buat pesanan, staff SF memperkenalkan menu perayaan mereka “In The Mood For Celebration” yang menampilkan rasa sensasi perayaan iaitu Butterscotch, Ayam Belanda dan Kranberi. Sebab ingin tahu, Naz pun order lah….

Minuman istimewa itu adalah Macchiato Latte yang dicampur dengan Butterscotch, dilengkapkan dengan sos karamel penuh krim dan dinamakan Butterscotch Macchiato. Seperti biasa 3 jenis hidangan boleh disediakan untuk minuman ini iaitu panas, sejuk dan frappe dan berharga antara RM13 hingga RM16.50. Naz suka Butterscotch Macchiato Frappe.

Butterscotch Macchiato Hot
Butterscotch Macchiato panas yang menyegarkan…
Butterscotch Macchiato Frappe
Butterscotch Macchiato sejuk dan melegakan…
Butterscotch Macchiato Frappe yang menyamankan
Butterscotch Macchiato Frappe yang menyamankan…

Untuk menu makanannya pula, terdapat 2 hidangan iaitu Creamy Turkey Pasta dan Merry Turkey Focaccia. Yang meminati pasta semestinya akan menyukai Creamy Turkey Pasta kerana ia menampilkan pasta penne, daging ayam Belanda, cendawan butang serta tomato ceri dalam sos krim, ditaburi keju Parmesan dan daun parsli serta kepingan Ayam Belanda ranggup. Sos krim yang pekat dan enak ini memang sangat sesuai bukan sahaja untuk orang dewasa malah untuk kanak-kanak juga.

Creamy Turkey Pasta
Creamy Turkey Pasta yang penuh berkrim dan mengenyangkan…

Manakala Merry Turkey Focaccia pula sesuai untuk yang suka kan roti. Roti Fucaccia yang ranggup dan lembut ditengah, diisi dengan gulungan isi Ayam Belanda serta keju Cheddar asli yang ditaburkan di atas lapisan salad dan tomato dengan sapuan sos kranberi yang manis. Pada mulanya agak pelik makan daging ayam dengan sos kranberi, tetapi bila dah makan memang kombinasi yang tepat dan menyelerakan. Ini memang menjadi pilihan Naz. Oh ya, harga untuk kedua-dua hidangan ini berharga RM18.90 dan portion nya memang besar.

Merry Turkey Focaccia
Merry Turkey Focaccia dengan roti Focaccia yang ranggup diluar dan lembut di dalam…
Sliced Merry Turkey Fucaccia
kombinasi daging Ayam Belanda dan sos Kranberi yang mantap dan enak…

Masa membuat pesanan tadi, Naz ada terdengar pelanggan meminta Creamy Turkey Pasta tapi ala-ala vegetarian sebab dia tak makan daging. Rupanya boleh juga di customise kan mengikut citarasa pelanggan…baguskan! Sebabkan ingin tahu sangat apa yang akan digantikan untuk daging Ayam Belanda tersebut, Naz kepochi sikit dan mohon untuk ambil gambar hidangan tersebut. Ohhh rupanya daging tersebut digantikan dengan Spinach Puree dan hirisan Zucchini.

Vegetarian
bagi yang Vegetarian, boleh minta untuk dicustomiskan…

Di musim perayaan ini jika anda nak beli hadiah, Naz rekomenkan anda berikan bekas minuman SF Coffee Graffiti berharga RM75.90 dan anda akan dapat biji kopi segar dalm beg 100gram secara Percuma! Memang hadiah yang sesuai sangat untuk orang yang gemarkan minum kopi.

Promo SF Coffee
Sesuai dijadikan hadiah dimusim perayaan ini…

SF Coffee menyediakan menu perayaan enak ini sehingga hujung tahun 2017 di kesemua 38 buah outletnya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk butiran lanjut mengenai promo perayaan dan menu, anda boleh melayari laman Instagram www.instagram.com/SFCoffee dan Facebook www.facebook.com/SFCoffee atau laman web SF Coffee di www.sfcoffee.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *