Sunny Queen Restoran Hipster di Sunway Pyramid | Tempat duduk pelbagai tema dengan dekorasi yang menarik memang hipster sangat. Ditambah pula hidangan fusion ala Itali memang menarik untuk dijadikan tempat untuk bersama keluarga dan teman-teman sambil menikmati hidangan menarik. Inilah restoran Sunny Queen sebuah restoran yang berasal dari Taiwan kini dibuka di Sunway Pyramid.

Restoran Sunny Queen ini teretak di Blue Atrium LG1 berhadapan dengan Starbucks, berdekatan dengan pintu keluar ke Sunway Lagoon. Anda cari saja pintu gerbang yang mempunyai huruf SQ yang besar di pintu masuk utama mereka.
Bagi pengemar makanan Itali, anda akan rambang mata sebab terdapat 21 jenis pasta, 7 jenis pizza, 6 jenis Risotto dan 6 jenis Steak. Jadi tiada alasan nak makan apa kan!

Sebelum Naz tunjuk apa yang dijamu pada geng blogger, nak cerita sikit dekorasi dalaman di Sunny Queen ini. Di sini terdapat beberapa jenis tempat duduk untuk 2 orang, 4 orang, 6 orang, 8 orang dan sehingga 12 orang dengan siap ruang khas untuk acara istimewa seperti sambutan harijadi, lain-lain keraian dan sebagainya.





Dekorasi di sini memang menarik dan anak-anak pasti suka sebab ada bangku berbentuk haiwan untuk mereka guna.

Ok sekarang jom tengok apa yang dihidangkan. Bagi menyegarkan tekak yang haus, terdapat pelbagai air buah-buahan untuk anda rasai. Fuh terlioq tengok Mango Smoothie dan Berry Smoothie nie.

Lihat sahaja pasta yang dihidangkan kepada kami….5 jenis pasta iaitu…





Dari segi rasa menarik dah ada sentuhan rasa Malaysia iaitu pedas. Nak pedas lagi, jangan lupa bagitau masa membuat pesanan.
Nie pula nasi, orang Itali panggil Risotto. Ada pelbagai rasa yang boleh anda pilih….ingat ada 6 jenis tau dan yang gemar cheese boleh cuba Truffle Parmesan Cheese Risotto.

Tak makan spaghetti dan nasi, ayam pun ada! Boleh pilih Dancing Queen atau Monreal Roast, separuh ayam yang dihidangkan bersama fries dan salad.


Dari segi harga, hidangan bermula dari RM10 hingga ke RM60…

Jadi kalau ke Sunway Pyramid, bertambah pilihan lagi nak makan kat mana kan…. Jom cuba Sunny Queen.
Untuk mengetahui promosi terkini dari Sunny Queen, sila follow facebook page mereka di www.facebook.com/SunnyQueenMalaysia