View2 Pro Telefon Pintar Segmen Pertengahan Dari Wiko

Banner View2 Pro

View2 Pro Telefon Pintar Segmen Pertengahan Dari Wiko |  View2 Pro telah diperkenalkan di MWC2018 Barcelona seperti blog post Naz sebelum ini. Kali ini View2 Pro telah masuk ke pasaran Malaysia pada Jun yang lalu. Ini merupakan antara peranti terbaru dari siri View.

View2 Pro dari Wiko

View2 Pro merupakan antara peranti berprestasi tinggi di kalangan peranti yang diperkenalkan oleh Wiko Malaysia setakat ini.

 Antara spesifikasi yang membuatkan ia diklasifikasikan berprestasi tinggi seperti berikut:

Sistem Operasi:  Android™ 8.0 (Oreo)
Prosesor:  Qualcomm® Snapdragon™ 450, Octa-Core 1.8 GHz, Cortex-A53
Paparan:  6” IPS Technology, 19:9 Paparan Penuh, 2.5D, HD+
RAM / ROM:  4GB / 64GB (storan luar kad microSD sehingga 256GB)
Saiz / Berat:  153 x 72.6 x 8.3 mm / 164 gm
Kamera:  Belakang Dwi-kamera 16 Megapixels, f/1.75:  Depan 16 Megapixels, f/2.0

Untuk kali ini Naz merakam video melalui dua fungsi yang ada pada View2 Pro ini iaitu Time Lapse dan Slow Motion.

Untuk fungsi Time Lapse ini, Naz menggunakan kadar x5 iaitu 5 saat video bersamaan 1 saat time lapse dihasilkan. Untuk fungsi Slow Motion pula ia pada kadar standard yang telah ditetapkan.

Kalau kita lihat video di atas terdapat gegaran (maklumla shooting ketika memandu menggunakan handsfree), tetapi imejnya telah diperbaiki melalui fungsi video stabilizer yang dimuatkan ke dalam fungsi Wiko View2 Pro ini. Nak tahu tentang fungsi ini, sila lihat video penerangan ini ketika di MWC2018:

Promosi Wiko Sempena Merdeka

Promosi Merdeka Wiko
Promosi Siri View dan Siri U
Promosi Siri Y

Bagi yang bercadang untuk membeli telefon pintar, rebutlah peluang ini di mana Wiko Malaysia akan mengadakan promosi Merdeka untuk siri View, siri U dan juga siri Y mereka.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut tentang promosi ini, boleh la ke Facebook Wiko Malaysia atau Instagram Wiko Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *