Adraa by Rosyam Produk Berasaskan Durian Belanda Dilancarkan

Adraa by Rosyam

Adraa by Rosyam Produk Berasaskan Durian Belanda Dilancarkan |  Walaupun telah dikatakan berjaya dalam bidang lakonan, Datuk Rosyam Nor sememangnya seorang yang mempunyai semangat tinggi dan sukakan cabaran. Beliau yang baru sahaja membuka sebuah pasaraya di bawah jenama ST Rosyam Mart telah mencabar dirinya sebelum itu untuk menceburi bidang pertanian. Meskipun ia adalah bidang yang terlalu asing buatnya, bermula dengan bercita-cita untuk menjadi Ikon Pertanian yang sekaligus dapat memberikan motivasi kepada golongan muda bahawa industri pertanian juga mampu meraih pendapatan lumayan, Datuk Rosyam yang mempunyai tanah pertanian seluas 175 ekar di Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Pahang nekad menanam pohon Durian Belanda di samping pokok Nangka Madu.

Adraa by Rosyam bersama Datuk Rosyam Nor dan Stokis-Stokis

Dengan kerjasama Teknologi Park Malaysia (TPM), Datuk Rosyam melakukan penyelidikan tentang khasiat durian belanda sebelum memutuskan untuk mengeluarkan produk berasaskan pohon tersebut. Tidak cukup dengan itu, penyelidikan turut dijalankan bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk setiap produk yang dihasilkan bagi menjamin mutu dan khasiat produk.

Datuk Rosyam Nor

Datuk Rosyam pada awalnya menanam 3,000 batang pohon Durian Belanda. Namun bukanlah namanya manusia jika tidak diberikan ujian. Hanya 200 pohon yang menjadi dan selebihnya mati kerana pelbagai faktor. Namun itu tidak mematahkan semangat malah beliau terus menanam semula dan kini mempunyai lebih dari 10,000 pohon yang mula mengeluarkan hasil.

Durian Belanda sangat tinggi antioksidan dan Datuk Rosyam mengambil peluang ini untuk komersil kan
Buah Durian Belanda banyak khasiat
Kaya dengan Vitamin C dan Vitamin B

Setelah 5 tahun menanam dan 3 tahun membuat penyelidikan melalui Suhan Biotech Sdn Bhd, kini, Datuk Rosyam Nor dengan bangganya melancarkan 3 produk ADRAA yang berasaskan Durian Belanda iaitu Teh Daun Durian Belanda, Pati Buah dan Ekstrak Daun Graviola Gold (GG) dan Jus Minuman Durian Belanda.

Produk berasaskan Durian Belanda

ADRAA dalam bahasa Arab dan juga Greek bermaksud DARA atau PERAWAN. Nama ini diambil sempena nama cucu sulung beliau. Ia juga menganggap nama itu cukup sinonim dengan pohon Durian Belanda yang masih ‘DARA’ dari segi penggunaan dan pengeluaran yang menggunakan teknologi tinggi.

Meningkatkan Imunisasi Badan
Khasiat 1 Durian Belanda
Khasiat 2 Durian Belanda
Khasiat 3 Durian Belanda

Melihat kepada gaya hidup masyarakat yang serba sibuk hari ini dan terlalu disogok dengan pelbagai jenis makanan yang diproses, serta pencemaran radikal bebas terhadap tubuh, maka agen antioksida yang tinggi diperlukan bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Usia yang meningkat juga memerlukan antioksida yang tinggi untuk terus kekal sihat. Dan kandungan antioksida yang tinggi ini terdapat dalam pohon ajaib iaitu Durian Belanda atau nama saintifiknya Graviola atau Annona Muricata. Pohon ajaib ini turut dikenali dengan nama Sirsak (Indonesia), Nangka Belanda (Sabah).

“Ini merupakan hadiah saya buat para peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya. Didorong oleh kasih sayang dan sokongan pelanggan serta peminat, saya sentiasa berusaha untuk mencapai pertumbuhan berterusan untuk memenangi reputasi sebagai sumber herbal yang terkemuka di Malaysia. Saya berjanji sentiasa memajukan perkhidmatan kami, mempelbagaikan rangkaian produk, dan menyediakan kemudahan terbaik untuk melayani pelanggan,” ujar Datuk Rosyam Nor.

Adraa by Rosyam adalah pemakanan tambahan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna di samping rawatan sedia ada.

“Selain dari ladang saya yang dianugerahkan sijil MyGAP, kilang yang menghasilkan produk ini juga bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) serta mengikut piawaian antarabangsa. Malah setiap produk kami mempunyai sijil HALAL.

“Dengan standard dan kualiti yang terjaga, saya yakin produk Adraa by Rosyam akan terus mendapat kepercayaan orang ramai,” katanya.

Sebagai informasi, Teh Daun Durian Belanda mendapat kelulusan KKM sejak setahun lalu manakala Pati Buah dan Ekstrak Daun GG disenaraikan di bawah klasifikasi makanan. Para pelanggan juga boleh mencuba Jus Minuman Durian Belanda yang tinggi dengan peratusan kandungan buah.

Teh Daun Durian Belanda

Sekotak Teh Daun Durian Belanda yang terdiri dari 100% daun Durian Belanda mengandungi 20 sachets dijual dengan harga RM85, Pati Buah dan Ekstrak Daun GG yang dibotolkan dengan isian 500 ml dijual dengan harga RM168, sementara jus minuman Durian Belanda dengan isian 350 ml berharga sekitar RM5.

Graviola Gold

Pendapatan Tambahan dengan Adraa by Rosyam

Pada majlis ini, Datuk Rosyam Nor telah memberi preview tentang produk Adraa by Rosyam serta menyampaikan watikah perlantikan kepada stokis-stokis Adraa seluruh Malaysia.

Pelan Pemasaran yang mantap

Segala pelan pemasaran telah disediakan dari capaian media sosial, video, papan-papan iklan, bunting dan bermacam-macam lagi untuk memudahkan para stokis dan ejen untuk menjual produk Adraa ini. Bagi yang berminat untuk menjadi ejen, boleh menghubungi stokis-stokis di kawasan anda untuk keterangan lanjut. Senarai stokis boleh di dapati di www.rosyam.com

Untuk info tentang produk, promosi dan juga aktiviti Adraa by Rosyam, anda boleh mengikuti laman web dan media sosial mereka di :

Laman Web: www.rosyam.com

Instagram: www.instagram.com/adraabyrosyam

Facebook: www.facebook.com/adraabyrosyam

One thought on “Adraa by Rosyam Produk Berasaskan Durian Belanda Dilancarkan

  1. Boleh kah seseorang Yang mengalami polycystic kidney mengambil product Pati buah Durian Belanda? Dan bagaimanakah produk tersebut boleh membantu menstabilkan kandungan Gula di dalam Badan seseorang walhal produk itu mengandungi gula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *