Staycation Manhattan Business Hotel Damansara Perdana Selesa | Setelah hampir seminggu mengadap aktiviti-aktiviti anak sempena cuti sekolah, maka untuk mengakhiri cuti sekolah ini Naz bawa keluarga menginap di Manhattan Business Hotel Damansara Perdana. Kira staycation untuk merehatkan diri dan chill sambil makan-makan dengan keluarga. Sebelum ini Naz dah menginap di Manhattan Business Hotel TTDI, jadi kali ini kita cuba pulak cawangan pertama mereka. Hotel yang sudah menjangkau 4 tahun lebih ini sungguh selesa dan berhampiran dengan lokasi-lokasi menarik di sekitar Petaling Jaya.

Lokasi Strategik

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana ini terletak lokasi strategik Damansara Neo di simpang empat Damansara Perdana. Berhampiran dengan The Curve, Ikea Damansara, Kidzania, Damansara Performing Arts Centre, Empire Damansara, Empire City dan beberapa lagi lokasi menarik. Sesetengah lokasi ini hanya 10 minit berjalan kaki sahaja. Kalau datang dengan MRT, boleh berhenti di stesen Mutiara Damansara dan turun di Gate C dan ambil perkhidmatan Grab dalam anggaran bayaran antara RM5 – RM7 sahaja.

Manhattan Business Hotel Damnasara Perdana ini boleh diakses melalui Lebuhraya Damanansara Puchong, Penchala Link dan Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) melalui Kota Damansara/Persiaran Surian. Pada masa akan datang, Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) akan siap dan betul-betul bermula di hadapan hotel ini sepanjang 20.1 km ke Puncak Perdana U10, Shah Alam.
Hotel ini diilhamkan oleh sekumpulan rakan-rakan yang menyedari betapa pentingnya perkhidmatan penginapan pada harga berpatutan buat business traveler mahupun keluarga. Disebabkan lokasi hotel ini berada di persekitaran lokasi pejabat, maka ia menjadi pilihan untuk menginap oleh pekerja dari luar Damansara Perdana/Petaling Jaya.

Konsep hotel ini diambil sempena bandaraya Manhattan kerana pengasas hotel ini sukakan kota metropolitan itu. Lobi hotel ini kecil dengan dekorasi bercirikan Ninth Street Espresso, sebuah café terkenal di bandar Manhattan. Penggunaan kayu berwarna gelap dan set perabot kulit ala lounge ini memberikan rasa eksklusif dan tampak menarik. Di belakang kaunter lobi ini pula adalah café yang menghidangkan sarapan pagi untuk tetamu hotel dan juga untuk pelanggan luar. Suasana yang dingin, nyaman dan berlatar belakang lagu yang menyenangkan memberikan rasa ketenteraman dan mood untuk berkarya. Café ini juga sesuai untuk perjumpaan atau perbincangan santai kerana mempunyai ruang sofa dan meja sambil menikmati hidangan kopi yang menarik di sini.

Hotel ini mempunyai 5 lantai dan memuatkan 54 bilik dengan 5 pilihan bilik iaitu Single Room, Deluxe Queen, Double Twin, Deluxe King dan Super Deluxe King. Setiap tingkat diberikan tema mengikut lokasi terkenal di bandar Manhattan…
Konsep hotel ini sangat minimalis dengan menawarkan kemudahan dan perkhidmatan asas pada harga yang berpatutan dan sungguh ekonomi bagi business traveler atau mahupun keluarga. Hotel ini telah beroperasi 4 tahun lebih dan baru-baru ini telah memenangi anugerah “Best Business Hotel” di Prestigious Developer Awards 2018 oleh Property Insight.

Bilik 305 – Wall Street

Kebetulan sebelum ini di Manhattan Business Hotel TTDI, Naz dapat bilik di lantai 6 bertema Wall Street dan kali ini Naz dapat juga lantai bertema Wall Street tapi di tingkat 3. Bilik ini mempunyai sebuah katil bersaiz Queen dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, TV LCD, wifi kelajuan tinggi, cerek elektrik, pengering rambut, kopi/teh/air mineral, safe box dan pintu elektronik untuk keselamatan.
Walaupun dah 4 tahun beroperasi, tilam katil ini masih lembut dan selesa serta bantal yang gebu. Memang best staycation bila tilam nya lembut dan dapat melabuhkan badan yang penat sambil menonton filem di kaca tv. Pemandangan di luar dari bilik ini hanya hutan batu dengan reka bentuk bangunan yang unik dan menarik.
Untuk setiap penginapan yang ditempah akan diberikan dengan sarapan pagi simple yang ala-ala western sesuai untuk mengalas perut. Terdapat 4 pilihan dan free flow kopi/teh/jus serta roti potong. Jika perlukan tambahan sarapan pagi untuk ahli keluarga anda, hanya RM12 untuk setiap set.
Kemudahan Lain Yang Berdekatan
Yang best di sini jika lapar, ada Domino’s Pizza betul-betul sebelah hotel ini. Selain itu terdapat kedai seberneka Circle K 24-jam, kedai mamak di belakang hotel. Kalau nak makan sedap lagi, boleh ke seberang jalan di Empire Damansara. Terdapat pelbagai jenis restoran dari makanan tempatan hingga lah ke luar negara. Jika ingin meluncur di atas ais boleh ke Empire City atau ke eCurve. Jika nak anak-anak belajar mencari duit melalui pekerjaan, boleh lah ke Kidzania.

Jika anda tinggal lebih dari sehari, jangan risau… ada perkhidmatan dobi D.I.Y di Lower Ground Neo Damansara ini.

Bila di tanya pada pengurus hotel ini tentang apa lagi yang ada pada hotel ini, En. Joshua memberitahu mereka telah mengambil keseluruhan lantai di atas Domino’s Pizza dan dalam proses pengubahsuaian untuk menjadikan bilik tambahan kepada hotel ini. Kali ini mereka akan membuat interconnecting room bagi memenuhi keperluan keluarga yang memerlukan ruang yang lebih besar lagi. Dijangkan akan dapat menambah antar 30 – 40 bilik lagi. Siap nanti boleh la Naz dan keluarga bersama rakan-rakan ber staycation lagi di sini.

Jadi bagi yang inginkan hotel untuk staycation keluarga ataupun penginapan untuk urusan kerja, Naz rekomen anda memilih Manhattan Business Hotel Damansara Perdana. Jika ingin membuat tempahan, Naz cadangkan anda terus ke laman web mereka di www.manhattanbusinesshotel.com.my kerana anda boleh menempah dan mendapat diskaun 20% untuk bilik anda. Tambahan pula, hotel ini mempunyai corporate rate untuk syarikat dan anda boleh menghubungi mereka di talian +603-7731 9828 untuk bertanyakan tentang perkara ini.
Untuk keterangan lanjut tentang Manhattan Business Hotel Damansara Perdana ini, anda boleh ikuti mereka di info di bawah ini:
Laman Web : www.manhattanbusinesshotel.com.my
Facebook : www.facebook.com/Manhattan_Business_Hotel
Instagram : www.instagram.com/manhattan_business_hotel
Telefon/Fax : +603-7731 9828 / +603-7731 8910










