Manhattan Business Hotel TTDI Terbaik Untuk Penginapan Business Traveler | Keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan kita berhati-hati untuk berbelanja. Tetapi buat anda yang sering melakukan perjalanan untuk tujuan perniagaan mahupun kerja di Kuala Lumpur, tempat penginapan semestinya menjadi cabaran utama anda. Tetapi dengan adanya Manhattan Business Hotel TTDI, anda akan tidur lena dengan tawaran yang disediakan.
Anugerah “Best Business Hotel” oleh Property Insight
Di Manhattan Business Hotel TTDI, anda akan berasa selesa berada di butik hotel ini. Hotel ini diilhamkan oleh sekumpulan rakan-rakan yang menyedari betapa pentingnya perkhidmatan penginapan pada harga berpatutan buat business traveler mahupun keluarga. Idea ini tercetus apabila mereka melakukan perjalanan bagi tujuan kerja dan menyedari ia satu konsep yang perlu ada di Malaysia. Walaupun tidak menawarkan kemudahan mewah hotel resort, sebaliknya, Manhattan Business Hotel TTDI ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan dan persekitaran yang selesa dan bersih. Yang paling penting buat business traveler adalah bilik yang selesa, bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan. Tambahan pula harga yang sungguh berpatutan ini boleh diberikan dengan tiadanya kemudahan dan perkhidmatan yang anda tidak perlukan kerana kebanyakkan masa anda berada di luar hotel ini.
Hotel ini telah beroperasi selama setahun dan telah memenangi anugerah “Best Business Hotel” di Prestigious Developer Awards 2018 oleh Property Insight.
Naz dan keluarga telah menginap semalam di Manhattan Business Hotel TTDI baru-baru ini. Lokasinya terletak di Taman Tun Dr. Ismail, di bangunan Glomac bersebelahan dengan MRT TTDI. Ini merupakan kemudahan yang paling senang bagi yang ingin ke Kuala Lumpur tanpa perlu memandu dan mencari tempak letak kereta.
Bila tiba sahaja di lobi hotel ini terasa seperti berada di stesen keretapi Manhattan, dengan kaunter pendaftaran berlatar-belakangkan dinding tinggi, serta hiasan batu marmar berwarna coklat pada dinding dengan jam dinding bulat yang menyerupai stesen keretapi tersebut. Ini merupakan konsep atau tema untuk hotel ini yang mempunyai 58 buah bilik di 6 tingkat bangunan ini. Setiap tingkat diberikan tema mengikut kelas bilik yang disediakan…
Kami telah diberikan bilik 603 di tingkat 6. Sebaik keluar sahaja dari lif, kami dapati pintu masuk ke ruang bilik seolah-olah di dalam sebuah keretapi dengan pemandangan bandaraya Manhattan.
Bilik 603 – Wall Street
Bilik ini mempunyai sebuah katil bersaiz Queen dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, TV LCD, wifi kelajuan tinggi, peti ais mini, cerek elektrik, pengering rambut, kopi/teh/air mineral, safe box dan pintu elektronik untuk keselamatan.
Katil yang sangat lembut dan selesa serta bantal yang gebu, memang akan memberikan anda kenyenyakkan tidur setelah seharian mengendalikan urusan kerja di luar. Di tambah pula dengan dekorasi pemandangan ala-ala bandaraya Manhattan di luar tingkap menambah keceriaan di dalam bilik ini. Bagi Naz, sebagai business traveler bilik ini memang lengkap dengan keperluan asas yang Naz perlukan. Yang paling penting buat Naz adalah keselesaan katil dan batal untuk tidur yang nyenyak dan sempurna, supaya keesokkan hari terasa segar dan boleh bekerja dengan ceria.
Ruang kerja agak luas serta kemudah soket elektrik memudahkan untuk menyiapkan urusan kerja dengan menggunakan komputer. Jika perlukan hiburan, boleh menonton TV LCD yang mempunyai pelbagai saluran dari rancangan hiburan, filem, kartun, sukan dan juga saluran radio.
Naz agak particular bila bab toilet, walaupun agak kecil tetapi susun atur di dalam toilet ini memang sangat praktikal. Terdapat kemudahan seperti berus dan ubat gigi, pisau pencukur, sabun dan shampoo serta shower dengan air sejuk dan panas. Memang lama juga berada di bawah shower sebab air yang deras dan suam-suam panas dapat melegakan badan yang penat setelah seharian bekerja.
Oh ya, penginapan yang ditempah ini disediakan sekali dengan sarapan pagi yang simple sesuai untuk mengalas perut. Terdapat 4 pilihan dan free flow kopi/the/jus serta roti potong. Jika perlukan tambahan sarapan pagi untuk ahli keluarga anda, hanya RM10 untuk setiap set. Naz rasa memang elok sangat sebab sekiranya nak ke lokasi seterusnya, at least dah siap bersarapan dan mempunyai tenaga untuk memulakan hari anda kan.
Penginapan di Manhattan Business Hotel TTDI ini memang Naz rekomen buat anda yang inginkan penginapan yang selasa dan simple, samada untuk urusan kerja mahupun untuk masa santai anda, pada harga yang sangat berpatutan. Jika ingin membuat tempahan, Naz cadangkan anda terus ke laman web mereka di www.manhattanbusinesshotel.com.my [klik sini], kerena anda boleh menempah dan mendapat diskaun antara 20% – 25% untuk bilik anda. Tambahan pula, hotel ini mempunyai corporate rate untuk syarikat dan anda boleh menghubungi mereka di talian +603-7732 2226 untuk bertanyakan tentang perkara ini.
Untuk keterangan lanjut tentang Manhattan Business Hotel TTDI ini, anda boleh ikuti mereka di info di bawah ini;
Laman Web
www.manhattanbusinesshotel.com.my
Facebook
www.facebook.com/manhattanbusinessttdi
Instagram
www.instagram.com/manhattan_business_hotel_ttdi
Telefon/Fax
+603-7732 2226 / +603-7733 2232