Staycation di Hotel Armada PJ Menyeronokkan | Selalunya Naz ke Hotel Armada PJ untuk food review di Utara Coffee House, tetapi pada 17 Mac yang lalu Naz dan keluarga dapat merasa menginap di hotel ini. Jangan tak tau, Hotel Armada ini telah mengubah suai ke semua 257 bilik mereka kepada hiasan moden dan elegan bagi kepuasan pelanggan mereka.

Hotel Armada PJ ini antara hotel yang terawal kawasan Petaling Jaya namun masih gah berdiri sehingga ke hari ini. Hotel 24 tingkat ini mempunyai 257 bilik yang telah diubahsuai sepenuhnya pada penghujung 2017 kepada hisasan moden dan elegan.
Bilik Baru Moden
Kami telah menginap di bilik 1511 iaitu bilik hujung yang sememangnya luas. Mempunyai 1 katil saiz Queen dan 1 katil saiz Single. Disebabkan kami berempat, satu lagi katil dapat dimuatkan untuk keselesaan tidur kami.


Setiap bilik dilengkapi dengan 40 inci TV LED dan WIFI percuma. Sebaik sahaja masuk, Naz sudah memasang PS3 untuk hiburan kami sekeluarga di dalam bilik.

Bilik mandi juga agak luas dan lengkap dengan keperluan toiletries yang secukupnya. Yang paling best adalah shower head dengan air yang deras.

Utara Coffee House
Utara Coffee House ini memang tidak asing lagi buat Naz sehinggakan sudah kenal sesetengah pekerja di situ. Maklum la selalu buat food review di situ. Kebetulan malam tersebut diadakan Makan Malam Barbeque, memang menarik la kan. Ada daging lembu, daging kambing, ikan, sotong dan bermacam lagi bahan-bahan untuk dibakar.


Memang sedap dan full house Utara Coffee House malam itu.


Selain dari Utara Coffee House untuk menikmati makanan dan minuman, terdapat juga:
- Shokudo sebuah deli di tingkat 1 yang menyediakan hidangan terbaik Jepun. Ia beroperasi dari jam 12.00 tengahari – 2.30 petang dan 6.00 petang – 11.00 malam setiap hari (kecuali Ahad & Cuti Umum)
- Kafe’ 52 dan Piano Lounge di mana ada boleh mendapatkan pelbagai jenis minuman dan juga snek minuman petang. Ia beroperasi dari jam 11.00 pagi sehingga 2.00 pagi setiap hari.
- The Merchant LIVE adalah tempat makan sambil berhibur. Ia merupakan bar hiburan hotel menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman. Merchant LIVE datang dengan tiga suite peribadi dengan hiburan karaoke di setiap suite. Selain karaoke, suite terbesar mereka iaitu Gold Suite juga mempunyai meja pool British dan mesin Darts Elektronik. Ia ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.
Setelah selesai makan, kami terus ke salah satu suite karaoke untuk berhibur seisi keluarga. Di sini lah banyak bakat-bakat terpendam ditonjolkan…. Walaupun semua lagu yang didendangkan lari pitchingnya, tetapi kami seisi keluarga terhibur.


Setelah penat berkaraoke, kami pulang ke bilik untuk merehatkan diri. Memang sedap melabuhkan badan di tilam yang mantap dan bantal yang empuk. Tidur lena sehingga keesokkan pagi.
Sarapan Seperti Raja
Sarapan merupakan hidangan terpenting untuk diambil dan di Utara Coffee House menyajikan pelbagai hidangan untuk para tetamu.


Sebelum kami check-out, kami sekali lagi menjamu selera Hi-Tea di Utara Coffee House dari jam 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang. Ada bermacam-macam hidangan dan kami benar-benar enjoy makanan di sini.


Bilik Seminar dan Dewan
Selain daripada itu, di Hotel Armada PJ juga mempunyai dewan pelbagai guna dan juga bilik seminar. Ballroom Atlanta yang menawan di tingkat 3 boleh menampung antara 350 hingga 500 tetamu untuk sesuatu majlis. Disokong dengan kemudahan terkini, dewan tersebut boleh digunakan untuk seminar, persidangan, perkahwinan dan makan malam tahunan. Di samping itu, terdapat enam bilik fungsi lain di tingkat yang sama – Arcadia I, II, III (antara 20-100 orang), Aseana dan Avenia (antara 10-15 orang) dan Arista (antara 20-50 orang), untuk tempat duduk susunan kelas.
Terletak di tingkat 1, The Latitude, sebuah dewan berbilang acara yang merupakan tambahan baru kepada bilik-bilik fungsi yang ada di tingkat 3. Latitude adalah tempat yang bergaya dan luas, terdiri daripada tiga suite yang menggabungkan kemudahan pelbagai fungsi untuk mesyuarat dan acara dalam persekitaran kontemporari yang memisahkan diri dari ruang pertemuan tradisional. Tiga suite mesyuarat bersebelahan, jadi dengan mudah boleh digabungkan atau dibahagikan mengikut keperluan. Seluruh ruang boleh menampung sehingga 250 tetamu.

Staycation di Hotel Armada PJ memang menyeronokkan dan Naz rekomen sangat jika anda ingin beristirehat di hotel ini. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh hubungi 03-7954 6888 atau lawati laman web www.armada.com.my