Wiko View Telefon Bajet Dengan Skrin FullView

Wiko View Telefon Bajet Dengan Skrin FullView |  Lagi cerita pasal Wiko… Naz telah hadir pada pelancaran model terbaru Wiko pada September 2017 yang lalu. Kini dapat la merasa menggunakan Wiko View yang mempunyai skrin paparan penuh (FullView) dengan nisbah 18:9 dengan resolusi 720p HD+ yang bersaiz 5.7 inci. Apa yang menarik tentang telefon pintar ini, jom ikut review Naz…

wiko View wide screen

Wiko View telah berada di pasaran Malaysia pada Oktober 2017 yang lalu pada harga RM899. Kalau ikutkan ini lah antara model telefon pintar skrin FullView yang termurah di pasaran.

Spesifikasi

Wiko View ini dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 425 bersama 3 GB RAM dan 32GB memori dalaman. Manakala baterinya pula hanya 2,900 mAh. Pada bahagian kamera pula, dibekalkan dengan 13 megapixel kamera utama serta 16 megapixel kamera hadapan bersama selfie flash.

Versi Android :  Android 7.1 (Nougat)
Pemproses :  Qualcomm Snapdragon 425 Quad-core
Paparan :  Skrin IPS 5.7 Inci
:  Resolusi 1440 x 720 pixels (HD+)
Memori :  32GB memori dalaman dan boleh dibesarkan sehingga 128GB memori luara microSD.
Saiz & Berat :  151.5 x 73.1 x 8.7 mm | 160g
Ciri-Ciri :  Bluetooth, Wi-Fi
:  Pengimbas Cap Jari
:  Sokongan Dual-SIM
Warna :  Hitam, Merah Ceri dan Deep Bleen

Warna Wiko View

Seperti biasa, Naz suka menguji bahagian kamera telefon bajet seperti Wiko View ini. Dari segi warna memang menarik dan sangat terang.

Wiko View - Zoom Test 01

Wiko View - Zoom Test

Pada sesi latihan bolasepak Little League anak Naz di padang UM, Naz telah mencuba mengambil video dengan fungsi zoom pada jarak 50 meter dari objek.

Selain dari itu, fungsi video juga tidak kurang hebat dengan penggunaan “Time Lapse”. Terdapat 5 masa yang boleh dipilih daripada X5 X10 X60 X180 X300. Mikrofon telefon ini juga mampu untuk merakamkan suara dengan agak jelas tanpa sebarang bantuan mic tambahan.

Selain itu, Naz juga bermain games di telefon Wiko View ini seperti Block Craft 3D, Temple Run 2, FIFA Mobile dan Spotlight: Room Escape.

Screenshot_20180324-140228

Dengan pemprosesan Snapdragon 425 ini tidak ada sebarang gangguan yang Naz hadapi ketika bermain games tersebut. nota, telefon ini hanya dimuatkan dengan aplikasi permainan sahaja.

Selain daripada itu, ciri keselamatan yang ada pada telefon ini seperti imbasan cap jari untuk membuka telefon ini. Ia juga mempunyai slot dua simkad.

Untuk telefon bajet seperti Wiko View ini berbaloi untuk anda yang inginkan telefon asas dengan skrin FullView beserta ciri keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *