Avon Eve Duet 2 Haruman Dalam 1

Avon Eve Duet 2 Haruman Dalam 1 |  Tahun lepas Avon telah mengeluarkan Viva La Vita menampilkan Nelydia Senrose sebagai wajah haruman tersebut. Tahun baru ini, Avon memperkenalkan haruman Eve Duet, 2 haruman dalam 1 botol yang akan dilancarkan pada 1 Mac 2018.

dari kiri Florent di Moreno, May Chin, Datin Elaine Daily & Alia Bastaman
dari kiri: Florent di Moreno, May Chin, Datin Elaine Daily & Alia Bastaman semasa majlis pelancaran Eve Duet…

Apa yang menarik tentang wangian Eve Duet ini ialah menampilkan 2 wangian dalam 1 botol yang boleh dipakai secara berasingan atau dengan campuran kedua-duanya sekali dan menghasilkan haruman yang baru. Sesuai dengan wanita masa kini yang mempunyai pelbagai peranan samada sebagai seorang isteri, ibu, tenaga kerja mahupun apa sahaja bidang dan lapangan, haruman Eve Duet mampu menyerlahkan personaliti serta keanggunan seorang wanita tersebut.

Avon Eve Duet

Ciptaan bersama master perfumer dari IFF, Jean-Marc Chaillan, dua haruman Eve Duet yang kekal lama ini berkongsi satu nota utama yang mencetus harmoni apabila dipakai bersama – bunga teratai Amazon eksotik yang hanya mekar selama 3 hari dalam setahun. Bunga teratai ini berubah warna dan aroma dari fajar ke senja, dan ini menjadi simbolik kepada setiap watak serta sisi wanita yang berbeza serta menjadi asas terpenting dalam penciptaan Eve Duet. Saksikan video menarik ini (video kredit Botanic Gardens of South Australia):

Tak Avon lah kan kalau haruman ini tiada personaliti yang terkenal menjadi wajah haruman Eve Duet. Bagi mencermin kepelbagaian sisi Eve Duet, Avon turut memperkenalkan pelakon, Eva Mendes sebagai wajah Eve Duet. Eva merupakan seorang selebriti antarabangsa yang berbakat dan terkenal kerana memegang pelbagai watak yang dimiliki seorang wanita moden.

Eva Mendes - Wajah Eve Duet

Selain menjadi pelakon, beliau merupakan ibu kepada dua cahaya mata, pereka fesyen dan usahawan berjaya, Eva memancarkan personalitinya yang pintar, berani dan riang, menceriakan setiap yang mendampinginya.

Eve Duet – Radiant & Sensual

Gandingan dua haruman dalam satu botol yang ikonik. Dua haruman direka secara harmoni untuk dipakai berasingan atau digabung bersama bagi mencipta kombinasi haruman tanpa batasan. Daripada nota segar bungaan dan buah-buahan hinggalah ke haruman flora sensual memikat, Eve Duet membawamu merentasi pengembaraan eksperimentasi haruman nan indah, menyelami setiap keistimewaan dan keunikan seorang wanita.

Radiant – Sparkling, Floral, Fruity

Putik Epal berseri, Teratai Merah Jambu segar & Kayuan Blonde hangat
Putik Epal berseri, Teratai Merah Jambu segar & Kayuan Blonde hangat

Nota atas: Kesegaran Clementine berjus dan Putik Epal. Sentuhan Putik Beri Biru lembut menambah tarikan menawan.
Nota tengah: Adunan Bunga Teratai Merah Jambu yang menyerlah bersama Pati Melur Semulajadi bermutu dan Peony mewah yang mekar dengan jelitanya.
Nota dasar: Kemewahan Ambar Keemasan menyerlah keanggunan. Kayuan Blonde hangat diliputi Kesturi Kulit mempesona melengkapi haruman ini.

Sensual – Addictive, Woody, Floral

Lada Merah Jambu beraroma, Teratai Putih eksotik &
Lada Merah Jambu beraroma, Teratai Putih eksotik & Patchouli Heart LMR elegan

Nota atas: Bergamot Twist menggiurkan dan Plum Ungu Liar. Aroma Lada Merah Jambu menambah aura misteri.
Nota tengah: Teratai Putih eksotik yang mekar penuh keasyikan, diselubungi jambangan Melur Kembang Malam dan Mawar Merah menambah keghairahan.
Nota dasar: Impresi haruman diakhiri dengan Kesturi Praline Mewah. Sari Patchouli Heart LMR hipnotik dan Kayuan Koko bergabung menjadi tarikan magnetik yang memukau.

Pakailah ia berasingan, atau 2 semburan Sensual campur 1 semburan Radiant, atau anda bebas menggunakan kreativiti anda bagi menghasilkan haruman baru yang mencerminkan personalti dirimu yang unik dengan Avon Eve Duet.

Florent di Marino - perfumer
Selfie bersama Florent di Marino, perfumer IFF

Avon Eve Duet Eau de Parfum bakal dipasarkan bermula 1 Mac 2018. Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.avon.my

 


AVON, sebuah syarikat untuk wanita, adalah syarikat jualan langsung terulung dalam kecantikan dengan pendapatan tahunan sebanyak US$10 billion. Sebagai salah satu syarikat jualan langsung terbesar, Avon memasarkan barangannya melalui lebih 6 juta Wakil Avon yang aktif di seluruh dunia. Barangan AVON boleh didapati di 100 buah negara, dan merangkumi koleksi kosmetik, jagaan kulit, haruman dan fesyen serta barangan hiasan rumah melalui jenama terkenalnya seperti AVON Color, Simply Pretty, Anew, Skin-So-Soft, Rangkaian haruman, Avon Naturals, Avon Intimates, Avon Jewellery dan Avon Wellness. Untuk keterangan lanjut mengenai AVON dan barangannya, sila layari laman web rasmi Avon di  www.avon.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *