Joy Trip JB Dengan Hyundai Starex Royale ADIKFIRA

Joy Trip JB Dengan Hyundai Starex Royale ADIKFIRA │  Pada Sabtu lepas, Naz dan 9 lagi rakan blogger dari Kuala Lumpur telah ke Johor Bahru untuk satu event. Pada mulanya kami merancang untuk pergi secara konvoi 3 kereta tetapi setelah dikira-kira, perbelanjaan jadi tidak ekonomi. Dan bila kereta berasingan, mengikut pengalaman akan berlaku kelewatan dan sebagainya. Maka kami sepakat untuk menyewa kenderaan yang boleh memuatkan 10 orang. Maka kenderaan MPV menjadi sasaran kami. Jadi bermula la mencari kenderaan sewa yang paling ekonomi untuk sewa satu hari. Cari punya cari maka dapat la 3 sebut harga dan kami pun mulakan sesi membandingkan harga.

Hyundai Starex Royale ADIKFIRA

Banding punya banding, maka sebut harga dari ADIKFIRA yang dipilih kerana harga yang cukup berpatutan dan terma dan syaratnya agak mudah. Nanti dulu, Naz share kan dulu kenderaan yang kami pilih sebelum bagi maklumat lanjut tentang harga dan sebagainya.

Starex ADIKFIRA

Kenderaan yang dipilih dan boleh memuatkan kami 10 orang adalah Hyundai Starex Royale. Starex ini boleh memuatkan antara 10 hingga 12 penumpang dalam sesuatu masa. Kali ini Naz kena jadi pilot Starex, sebab ramai yang kurang arif memandu kenderaan sebesar ini….. bagi Naz ia kurang lebih seperti memandu Mitsubishi Triton mahupun Toyota Vellfire.

Hyundai Starex Royale - Ruang Pemandu

 

Dari segi kuasa, kenderaan ini memang ada pick-up walaupun bawa abang-abang dan kakak-kakak sado. Kadang-kadang tak perasan dah tertekan lebih dari 110km/jam disebabkan kenderaan stabil dan tak rasa berat. Ia menggunakan minyak diesel dan untuk perjalanan 650km kami mengisi sebanyak RM182 (bersamaan 91 liter). Itu pun ada separuh lagi baki yang tinggal.

Ruang Hadapan

Ruang pemandu yang selesa

Pada bahagian interior nya terdapat empat baris tempat duduk yang mana baris pertama untuk pemandu dan penumpang hadapan. Manakala 3 baris belakang boleh memuatkan antara 9 ke 10 penumpang. Geng yang ikut semua kategori sihat-sihat belaka dan kata mereka memang selesa. Lihat aje la gaya lakonan tidur mereka ini untuk dimuatkan dalam blog post ini…. tapi sepanjang perjalanan macam-macam cerita dikongsi dari gossip hingga ke cerita seram UIA (itu Ayu Rafikah la tukang karut dia).

Ruang Penumpang

Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem hiburan seperti radio, pemain CD dan juga pemain DVD dengan skrin paparan 7 inci di tempat penumpang. Walaupun radio dipasang, tapi diminta diperlahankan sebab nak dengar cerita-cerita blogger ini….muzik sebagai bunyi latar belakang aje la.

LCD diruang penumpang

Ternyata Naz sebagai pemandu rasa selesa dan confident memandu kenderaan sewa ADIKFIRA ini kerana ia dijaga dan diselengara dengan baik.

Jadi bagi anda yang bercadang untuk menyewa kenderaan Hyundai Starex Royale ini, Naz kongsikan sebut harga dari ADIKFIRA:

  • Auto gear dan minyak diesel (tangki penuh RM120.00± – 700km)
  • RM20.00 sejam (minima 5 jam)
  • RM225.00 separuh hari (12 jam)
  • RM450.00 sehari (24 jam)
  • RM2,800.00 seminggu (7hari)
  • RM200.00 Service VVIP ‘Drop & Pickup only + Driver

Sekiranya berminat, boleh hubungi terus:

  • Fira 017-3136065
  • Zikri 017-9595907

*Untuk sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Putrajaya, Lembah Klang.

*Kenderaan perlu diambil. Cas sebanyak RM30-50 jika perlu dihantar ke kawasan lokasi tertentu.

Selain dari Hyundai Starex Royale, mereka juga ada sebuah Suzuki APV.

Rombangan CikLily ke JB

Apa yang boleh Naz simpulkan #RombonganCikLilyPutihKeJB dengan Hyundai Starex Royale memang dipenuhi dengan keseronokan, gossip, cerita seram, cerita sofa tingkat 2,  kejadian JPO dan yang paling penting client happy!

 

#RombonganCikLilyPutihKeJB #joydmy #joydesignstudio #jb #onedaytrip #keretasewa #hyundaistarexroyale #nazlannasirdotcom

Leave a Reply