Kuala Lumpur Convention Centre Lokasi Terbaik Majlis Anda

Kuala Lumpur Convention Centre Lokasi Terbaik Majlis Anda |  Baru-baru ini Naz kena hijacked dengan member semasa waktu lunch, tahu-tahu dibawanya ke Kuala Lumpur Convention Centre. Tak sure ada launching apa, rupa-rupanya sempena pengenalan pakej terbaru 2018 dari Kuala Lumpur Convention Centre dan juga update tekini project expansi mereka yang bakal memberikan tambahan ruang 9,000 meter persegi untuk memenuhi tempahan untuk pelbagai jenis majlis atau pameran bertaraf antarabangsa.

Kuala Lumpur Convention Centre

Sempena majlis pengenalan ini, kami disajikan dengan 8 hidangan istimewa Cina (8 course special Chinese banquet) yang juga merupakan menu yang boleh dipilih untuk majlis anda dan juga sempena sambutan Tahun Baru Cina 2018 nanti.

Mr. Alan Pryor, General Manager of Kuala Lumpur Convention Centre
Mr. Alan Pryor, General Manager of Kuala Lumpur Convention Centre

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari En. Alan Pyor, Pengurus Besar Kuala Lumpur Convention Centre. En. Alan telah menjanjikan hanya yang terbaik dari mereka dan ada beberapa berita baik yang akan disampaikan sepanjang jamuan makan tengahari ini.

Chef Hisham Jaafar, selaku Executive Chef dan Chef Andrew Lee, Chinese Master Chef
Chef Hisham Jaafar, selaku Executive Chef dan Chef Andrew Lee, Chinese Master Chef menceritakan hidangan istimewa Chinese Banquet

Kemudian Chef Hisham Jaafar, selaku Executive Chef dan Chef Andrew Lee, Chinese Master Chef menceritakan hidangan istimewa yang akan dipersembahkan. Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan hidangan ini bagi jamuan Tahun Baru Cina 2018 dan juga sebagai hidangan bagi majlis makan malam akhir tahun.

Special Chinese Banquet Menu

Untuk tawaran 8 hidangan menarik ini berharga RM1,600++ untuk 1 meja 10 pax (harga biasa RM1,930++). Tawaran istimewa ini hanya untuk masa terhad dan berakhir 30 November 2017.

pecial Chinese Banquet Menu

Mari kita tengok hidangan yang menarik ini…

01 Five Happiness Combination Platter
Five Happiness Combination Platter
02 Seafood chowder with silken beancurd and enoki mushroom
Seafood chowder with silken beancurd and enoki mushroom
 Roasted sesame chicken with five spice salt
Roasted sesame chicken with five spice salt
Deep-fried fish fillet with turmeric and ginger sauce-Portuguese style
Deep-fried fish fillet with turmeric and ginger sauce-“Portuguese” style
Stir-fried prawn with shrimp paste enhanced with curry spice – Kum Heong style
Stir-fried prawn with shrimp paste enhanced with curry spice – Kum Heong style

Braised San Ken beancurd dumpling with Bailing mushroom and broccoli floret
Braised San Ken beancurd dumpling with “Bailing” mushroom and broccoli floret [ foto kredit www.dikbee.com ]
Wok-fried rice with shredded cuttlefish and silver anchovies
Wok-fried rice with shredded cuttlefish and silver anchovies [ foto kredit www.dikbee.com ]
Chilled honeydew melon with pearl sago
Chilled honeydew melon with pearl sago [ foto kredit www.dikbee.com ]
Double Happiness

Makan malam Tahun Baru Cina tidak sah jika tidak disertakan dengan hidangan Yee Sang! Untuk memeriahkan lagi jamuan makan besar ini, Kuala Lumpur Convention Centre turut menawarkan hidangan Yee Sang sebagai tambahan kepada jamuan makan malam itu nanti. Harga untuk set Yee Sang ini bermula dari RM188++ untuk platter Ikan Salmon bagi 10 orang.

Double Happiness
Promosi Double Happiness
Yee Sang
Set Yee Sang bermula pada harga RM188++

Pakej Mesyuarat

Cik Angeline Van Den Broecke, Pengarah Jualan & Pemasaran telah mengumumkan pakej mesyuarat terbaru mereka. Pakej mesyuarat ini terdapat untuk 1 hari penuh dan juga untuk setengah hari. Harga semasa untuk pakej ini ialah RM253++ /pax termasuk 2 coffee break dan makan tengahari.

Selain dari itu, jika pelanggan menempah pakej mesyuarat ini sebelum 30 November 2017, mereka akan dapat harga istimewa iaitu RM200++ /pax walaupun mesyuarat mereka pada tahun 2018.

Pakej Mesyuarat
Pakej Mesyuarat
Pakej Mesyuarat2
Kemudahan dan kelengkapan mesyuarat yang ditawarkan…

9,000 Meter Persegi Ruang Tambahan

Cik Angeline juga telah memaklumkan projek pembangunan terkini Kuala Lumpur Convention Centre yang bakal membekalkan ruang pameran seluas 9,000 meter persegi yang terdiri daripada ruang 3 tingkat yang berhubung dengan bangunan kini. Ruang ini bakal siap dan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2019.

New Expansion
Ruang tambahan yang bakal beroperasi pada Julai 2019

Ruang tambahan ini mempunyai rekaan bertaraf dunia. Ia boleh menampung pameran yang lebih besar secara serentak dan bertaraf antarabangsa dengan dilengkapi kemudahan yang canggih kerana ruang yang fleksibel dan pelbagai guna.

Ruang Bertaraf Antarabangsa
Ruang majlis atau pameran bertaraf Antarabangsa
Ruang tambahan 9000 m2
Ruang tambahan 9000 meter persegi di 3 aras…

Jika syarikat anda ingin mengadakan sebarang jenis majlis baik formal mahupun santai, Kuala Lumpur Convention Centre adalah jawapannya. Untuk tempahan majlis anda, boleh berhubung dengan:

Sales Team, Kuala Lumpur Convention Centre

Tel: +603 – 2333 2828
Fax: +603 – 2333 2882
Email: info@klccconventioncentre.com

Anda juga boleh mengikuti informasi terkini dan perkembangan mereka di:

Laman Web
www.klccconventioncentre.com

Facebook
www.facebook.com/klccconventioncentre

Telefon / Fax / Emel
+603 – 2333 2888  /   +603 – 2333 2800
info@klccconventioncentre.com

One thought on “Kuala Lumpur Convention Centre Lokasi Terbaik Majlis Anda

Leave a Reply