Mobile Legends: Adventure Didedahkan Plot Menarik Baru

Mobile Legends Adventure logo

Mobile Legends: Adventure Didedahkan Plot Menarik Baru | Permainan mudah alih yang paling popular masa ini, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), digemari peminat kerana permainan ini bukan sahaja intensif dan mencabar, tetapi juga mempunyai plot yang menarik dan pelbagai wira yang unik. Kini, peminat francais Mobile Legends akan mengenali wira-wira kegemaran mereka dan dunia Mobile Legends dengan lebih mendalam melalui sekuel yang dinanti-nantikan, Mobile Legends: Adventure.

Mobile Legends: Adventure akan dilancarkan pada 1 Ogos dengan acara dan ganjaran yang menarik untuk pemain, termasuk pelbagai wira epik 5-bintang.
Mobile Legends: Adventure akan dilancarkan pada 1 Ogos dengan acara dan ganjaran yang menarik untuk pemain, termasuk pelbagai wira epik 5-bintang.

Mobile Legends: Adventure, yang bakal dilancarkan pada 1 Ogos tidak sama seperti permain pertama MOONTON. Mobile Legends: Adventure direka bentuk untuk permainan yang lebih kasual, dalam bentuk permainan kad strategi RPG terbiar. Dalam pemainan baru ini, pemain dapat mengawal sebanyak lima wira pada satu masa dalam pertempuran posisi, dimana pemain perlu menyusun wira-wira dalam barisan yang strategik untuk menewaskan lawan mereka.

Pemain yang pra-mendaftar untuk mendapatkan permainan ini di Google Play mulai sekarang akan diberi ganjaran Skrol Summon Premium dan 100,000 mata pertempuran. Tambahan pula, sepanjang minggu pertama pelancaran permainan ini, pelbagai jenis aktiviti akan dimuatkan dalam talian dengan ganjaran yang menarik. Para pemain bakal mengumpul ganjaran berlian, peralatan, wira dan lain-lain lagi. Malah, dalam 10 hari pertama pelancaran,  pemain yang menyelesaikan tugas-tugas tertentu berpeluang untuk mendapatkan ganjaran besar iaitu Wira Epik Hylos 5-bintang.

Pemain juga harus menyertai acara perayaan pelancaran rasmi untuk mendapatkan Wira Epik 5-bintang Aurora atau pek hadiah pembelian dengan harga diskaun yang tidak dapat dibayangkan pada minggu pelancaran. Acara penyilangan epik antara Mobile Legends: Bang Bang dan Mobile Legends: Adventure akan dilanjutkan supaya pemain boleh mendapat ganjaran yang menarik dalam kedua-dua permainan.

Dalam 7 hari pertama selepas pelancaran Mobile Legends: Adventure, pemain yang bermain secara konsisten akan diberi Wira Epik Hylos 5-Bintang pada  hari ketujuh.
Dalam 7 hari pertama selepas pelancaran Mobile Legends: Adventure, pemain yang bermain secara konsisten akan diberi Wira Epik Hylos 5-Bintang pada  hari ketujuh.

Salah satu kelebihan format permainan kad strategi ini ialah kemampuan pemaju permainan ini untuk mendedahkan cerita yang lebih mendalam dan kohesif. Melalui cutscene, komik, dialog dan lain-lain, pengalaman permainan diperkaya dengan cerita yang menarik dan mencengkam. Sekuel ini berlangsung dalam alam Mobile Legends, the Land of Dawn, yang kini diancam kembali oleh Makmal 1718. Wira Miya, Tigreal, Layla, Lancelot dan lain-lain bakal mengambil perjalanan petualangan yang hebat, untuk membentuk pasukan terbaik bagi menyelamatkan Land of Dawn.

Cerita Mobile Legends: Adventure akan menceritakan bagaimana wira dari Land of Dawn berhadapan dengan Makmal 1718.
Cerita Mobile Legends: Adventure akan menceritakan bagaimana wira dari Land of Dawn berhadapan dengan Makmal 1718.

Walaupun plotnya sengit, permainan ini direka untuk permainan ringkas dalam tempoh masa yang singkat. Sistem auto-farming memberi pemain peluang memperolehi ganjaran walaupun pemain tidak aktif atau idle offline. Pemain turut tidak perlu risau tentang keupayaan Internet atau ruang penyimpanan peranti kerana permainan ini akan berjalan lancar dengan satu bar isyarat dan menggunakan ruang memori yang minimum.

Sekiranya anda bersedia menghadapi cabaran ini, sertailah pertempuran ini dan bersiap sedia untuk selamatkan the Land of Dawn. Layari halaman Facebook permainan ini di https://www.facebook.com/MobileLegendsAdventure/ untuk mengenali kemajuan sekuel permainan terbesar di dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *