Nasi Pak Man Sajikan Hidangan Sedap Pantai Timur │ Bertempat di 49G, Jalan Sepah Puteri /1B, Kota Damansara (selepas masuk Tol Kota Damansara, 500 meter di sebelah kanan) terletaknya Restoran Nasi Pak Man ini. Restoran yang menyajikan hidangan Pantai Timur yang sedap dengan harga berpatutan.

Restoran Nasi Pak Man ini telah beroperasi sejak November 2016 lagi. Hanya menyajikan 13 menu utama dengan 7 menu tambahan (add-on). Dan setakat ini, program tv Jalan-Jalan Cari Makan (TV3) dan Ho Chak (8TV) sudah pun ke sini membuat liputan makanan kedai ini. So tandanya makanan di sini memang sedap. Jom kita tengok apa yang telah Naz dan rakan-rakan nikmati di Restoran Nasi Pak Man ini.


Bila sebut hidangan sedap Pantai Timur, yang bermain di fikiran selalunya Nasi Kerabu, Nasi Dagang, dan Laksam. Naz mencuba Nasi Kerabu Kosong (RM4.80) dengan tambahan Daging Bakar (RM4.80). Nasi Kerabu dia dihidangkan dengan sayuran segar, keropok ikan, sambal yang pedas sedap, kuah dan telur masin (tak sempat direbus) dan dengan tambahan daging bakar. Memang enak dan sepinggan ni memang rasa tak cukup.



Laksam (RM6.80) nya pula cukup lemak pada kuahnya dan pada Naz kurang cili kisar/giling untuk memedaskan kuah lemak tersebut. Lagi sedap kalau ada belacan bakar untuk dinikmati dengan Laksam ini. Terkecur mulut ni bila terbayang Laksam ni.

Lain-lain menu yang dihidangkan tak dapat nak rasa sebab dah kenyang dengan Nasi Kerabu dan Laksam. Rata-rata rakan blogger yang hadir mengatakan rasa hidangan yang lain seperti Nasi Dagang, Nasi Pak Man, Nasi Berlauk semuanya berasa dan sedap.



Kami juga merasai Roti Tik Tak dan Roti Goldees sebagai pencuci mulut. Roti yang lembut dengan telur separuh masak dan jem kaya buatan sendiri memang lazat berkrim disukai ramai. Bagi yang tak nak makanan heavy, roti-roti ini memang sesuai sangat.


Restoran Nasi Pak Man ini beroperasi dari hari Selasa hingga hari Ahad, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam. Hari Isnin merupakan hari cuti mereka. Jadi kalau ada tersesat di Kota Damansara atau sedang mencari hidangan Pantai Timur yang sedap, singgah aje lah di Restoran Nasi Pak Man ini.

Boleh dapatkan promosi terkini Restoran Nasi Pak Man di facebook Nasi Pak Man dan juga Insta Nasi Pak Man.