Nasi Pak Man Sajikan Hidangan Sedap Pantai Timur

Nasi Pak Man Sajikan Hidangan Sedap Pantai Timur │  Bertempat di 49G, Jalan Sepah Puteri /1B, Kota Damansara (selepas masuk Tol Kota Damansara, 500 meter di sebelah kanan) terletaknya Restoran Nasi Pak Man ini. Restoran yang menyajikan hidangan Pantai Timur yang sedap dengan harga berpatutan.

Restoran Nasi Pak Man Kota Damansara

Restoran Nasi Pak Man ini telah beroperasi sejak November 2016 lagi. Hanya menyajikan 13 menu utama dengan 7 menu tambahan (add-on). Dan setakat ini, program tv Jalan-Jalan Cari Makan (TV3) dan Ho Chak (8TV) sudah pun ke sini membuat liputan makanan kedai ini. So tandanya makanan di sini memang sedap. Jom kita tengok apa yang telah Naz dan rakan-rakan nikmati di Restoran Nasi Pak Man ini.

JJCM & Ho Chak
Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dan Ho Chak dah mencuba hidangan di sini…
Ruang kedai yang bersih dan selesa
Ruang kedai yang bersih dan selesa…

Bila sebut hidangan sedap Pantai Timur, yang bermain di fikiran selalunya Nasi Kerabu, Nasi Dagang, dan Laksam. Naz mencuba Nasi Kerabu Kosong (RM4.80) dengan tambahan Daging Bakar (RM4.80). Nasi Kerabu dia dihidangkan dengan sayuran segar, keropok ikan, sambal yang pedas sedap, kuah dan telur masin (tak sempat direbus) dan dengan tambahan daging bakar. Memang enak dan sepinggan ni memang rasa tak cukup.

Hidangan sedap Pantai Timur yang sesuai untuk seisi keluarga
Hidangan sedap Pantai Timur yang sesuai untuk seisi keluarga

Hidangan Sedap Pantai Timur

Nasi Kerabu dengan Daging Bakar
Nasi Kerabu (RM4.80) dengan Daging Bakar (RM4.80)… sedap dan enak.

Laksam (RM6.80) nya pula cukup lemak pada kuahnya dan pada Naz kurang cili kisar/giling untuk memedaskan kuah lemak tersebut. Lagi sedap kalau ada belacan bakar untuk dinikmati dengan Laksam ini. Terkecur mulut ni bila terbayang Laksam ni.

Laksam
Laksam (RM6.80) yang sedap pada kuahnya yang cukup lemak dan rasa….

Lain-lain menu yang dihidangkan tak dapat nak rasa sebab dah kenyang dengan Nasi Kerabu dan Laksam. Rata-rata rakan blogger yang hadir mengatakan rasa hidangan yang lain seperti Nasi Dagang, Nasi Pak Man, Nasi Berlauk semuanya berasa dan sedap.

Nasi Dagang
Anda boleh pilih Nasi Dagang Ikan (RM7.50) atau Nasi Dagang Ayam (RM8.50)…
Nasi Pak Man
Nasi Pak Man ini sedap dimakan panas-panas dengan kuah kerutub dan ayam goreng…
Nasi Berlauk
Nasi Berlauk yang simple tapi sedap…

Kami juga merasai Roti Tik Tak dan Roti Goldees sebagai pencuci mulut. Roti yang lembut dengan telur separuh masak dan jem kaya buatan sendiri memang lazat berkrim disukai ramai. Bagi yang tak nak makanan heavy, roti-roti ini memang sesuai sangat.

Roti Tik Tak
Roti Tik Tak (RM5.00) yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja…
Roti Goldees
Roti Goldees yang lembut dan manis dengan jem kaya buatan sendiri memang enak di makan dengan secawan nescafe…

Restoran Nasi Pak Man ini beroperasi dari hari Selasa hingga hari Ahad, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam. Hari Isnin merupakan hari cuti mereka. Jadi kalau ada tersesat di Kota Damansara atau sedang mencari hidangan Pantai Timur yang sedap, singgah aje lah di Restoran Nasi Pak Man ini.

Semua happy sebab perut dah kenyang
Semua happy sebab perut dah kenyang

Boleh dapatkan promosi terkini Restoran Nasi Pak Man di facebook Nasi Pak Man dan juga Insta Nasi Pak Man.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *