Penginapan Ascott Sentral Kuala Lumpur Lengkap

Penginapan Ascott Sentral Kuala Lumpur Lengkap |  3 minggu lepas Naz dan keluarga menginap di Ascott Sentral Kuala Lumpur. Maklum la masih ada points GT Dollar so tempah aje la kan….thank you GT Dollar. Jom baca review Naz tentang Ascott Sental Kuala Lumpur ini.

Ascott Sentral KL

Bilik yang Naz dan keluarga duduki ialah Studio Executive yang berharga RM382 semalam (tempahan melalui GT Dollar). Kalau guna Trivago rate dia boleh dapat murah lagi la kot. Apa yang menariknya bilik di Ascott Sentral ini, ia sangat-sangat selesa dan sangat sesuai untuk kami sekeluarga…bagaikan rumah idaman kami.

Lokasi Ascott Sentral Kuala Lumpur

Terletak di dalam kawasan Kuala Lumpur Sentral, bersebelahan dengan bangunan pejabat Shell Malaysia. Boleh di akses dari Jalan Brickfield. Hanya 10 minit berjalan kaki ke Nu Sentral dan 15 minit ke stesen keretapi Kuala Lumpur Sentral.

Lokasi Ascott Sentral KL

Setiba di lobi Ascott, suasana sejuk nyaman dan bauan yang sungguh memikat jiwa terus menenangkan kami sekeluarga. Hanya 10 minit di kaunter dan kami telah diberikan kunci ke bilik kami. Bilik kami bernombor 1303!

1303

Sebaik sahaja sampai di bilik, kami terus terpesona dengan susun atur biliknya. Terdapat 1 ruang bilik tidur dengan katil bersaiz King, 1 ruang dapur, 1 ruang bilik mandi dan ruang makan. Keseluruhan saiz bilik ini ialah 40 meter persegi.

Ruang makan dan bilik tidur

Ruang rehat

Katil saiz King

Flat screen television with satellite & cable channels

Meja menulis

bilik mandi

wardrobe

Yang bestnya, anda boleh masak di sini sebab dapurnya dilengkapi dengan segala peralatan memasak dan juga pinggan mangkuk. Design dapur yang moden memang kemas dan praktikal, isteri Naz dah mula buat copy design dia untuk ganti dapur lama kot.

Ruang dapur

Dapur 1

Built-in electric oven

crockery

 

cutlery & utensils

Memang berbaloi menginap di sini dan harga yang Naz dapat ini siap dengan sarapan pagi untuk 2 orang di Meals Station. Jadi Naz tambah RM30 (RM15x2) untuk anak-anak Naz.

meals station

Bersarapan di Meals Station

Terdapat juga gym dan swimming pool tapi Naz tak sempat nak explore kerana nak siapkan kerja yang urgent di bilik.

Memang di Ascott Sentral Kuala Lumpur ini lengkap kemudahannya seperti berada di rumah sendiri. Naz bagi rating 4.5/5 star dan akan kembali lagi nanti.

Maklumat Ascott Sentral Kuala Lumpur:

Alamat: No. 211, Jalan Tun Sambanthan,KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur
No Tel.: +60 3 2727 9999
Email: enquiry.kualalumpur@the-ascott.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *