Steak Premium Sedap Bawah Harga Pasaran di Stiq Wangsa Maju | Masihkah kau ingat… bukan nak nyanyi lagu Kopratasa tapi Naz nak rujuk kepada food review yang Naz buat tahun lalu iaitu KAWD Sajikan Daging Premium Sedap Pada Harga Mampu Bayar . Bila tengok tagline dia agak hampir sama dengan Stiq Wangsa Maju nie iaitu “Steak Premium Bawah Harga Pasaran” kan. Ini adalah kerana mereka merupakan rangkaian restoran di bawah Food Branding Idea Solution, menawarkan hidangan premium dengan harga mampu milik. Jom ikuti review Naz tentang Stiq Wangsa Maju nie pula.
Stiq Wangsa Maju ini mula beroperasi pada Oktober 2017 di Seksyen 2 Wangsa Maju. Kalau anda tahu di mana Kaw Kaw Burger, Stiq hanya di sebelah mereka. Berkonsepkan streetfood, Stiq menyajikan daging premium yang kebiasaannya di menu restoran mewah ataupun hotel. Yang lagi menariknya, steak premium sedap ini dijual bawah harga pasaran antara 30% hingga 40%. Bila ditanya boleh ke survive, dengan selamba boss Stiq jawab “kita ambil untung sikit aje la”.

Restoran Stiq ini merupakan full fledge kitchen, yang telah menelan belanja lebih daripada RM80,000 untuk kitchen nya sahaja. Mereka juga menggunakan teknik masakan SousVide (boleh baca teknik masakan ini di artikel lalu KAWD) yang biasanya hanya diamalkan di restoran-restoran mewah dan hotel. Hasil dari teknik masakan ini, anda akan dapat rasa daging steak yang lembut, juicy dan berperisa.

Untuk review kali ini, kami telah disajikan dengan 7 hidangan dari 8 hidangan yang ada dalam menu. Cuma 1 menu tak dapat dirasai ialah Wagyu Stiploin kerana stok daging baru tidak sampai lagi…..kempunan.
Untuk setiap hidangan ini, ia didatangkan bersama baked potato yang dihiasi dengan sour cream dan hirisan daging garing; salad yang terdiri dari sayur salad dan tomato ceri; dan bawang Holland yang dikaramelkan. Salad tu kalau ada sedikit dressing pasti menaikkan lagi rasa. Oh ya, setiap hidangan steak yang di order, anda akan mendapat satu minuman tin bergas percuma.
Sajian pertama yang sampai adalah Bone Ribs…daging rusuk yang lembut ini memang sungguh juicy dan lembut. Tengok aje la reaksi MahaMahu dan Cik Lily Putih semasa menikmati Bone Ribs…kecoh kan.

Disusuli pula dengan Grass Fed Stiploin yang jika dimakan dagingnya sahaja pun cukup sedap tanpa sebarang sos. Terlioq sungguh!

Tak cukup, Lamb Shank dijamu lagi. Memang rasa dia padu dengan kombinasi sos yang power. Kelembutan daging dia tak payah dikhuatari, memang lembut dan mudah dicarik-carik daging dari tulangnya.

Bagi pengemar ayam jangan risau, mereka ada Half-Baby Chicken dengan sos black pepper. Terdapat 3 lagi sos pilihan iaitu Peri-peri, Kimchi dan Barbeque.

Elok hampir selesai hidangan ini, datang pula Lamb Stiq dan Beef Stiq yang merupakan signature dish di sini. Korang pasti sukakan daging yang diselaputi sos istimewa (sos yang diformulasikan secara sendiri) ini. Mak mertua lalu belakang bukit pasti tak perasan…..wa cakap lu.


Menu terakhir yang keluar dari dapur adalah Kambing Lambak yang dimasak dengan sos kicap manis. Daging yang ala-ala terbakar itu dicicah dengan sos yang dibekalkan memang meletup rasanya.

Kerana takutkan kami semua lapar lagi, Chef telah memesan beberapa burger dari kedai sebelah (Kaw Kaw Burger). Nin dia Chicken Permaisuri burger dan Baconiser burger.


Apa yang Naz boleh katakan, korang kena datang sendiri ke Stiq Wangsa Maju dan rasai sendiri kehebatan steak premium mereka. Pada Naz memang berbaloi makan steak premium sedap pada harga di bawah RM50 (kecuali Wagyu Striploin) sepinggan. Tengok aje la reaksi geng #kakimakan nie haaa

Yang pastinya, Naz akan kembali bersama keluarga untuk merasai Wagyu Striploin (marble 6/7) bila available nanti. Stiq Wangsa Maju ini beroperasi setiap hari dari jam 6.00 petang sehingga pukul 1.00 pagi. Tak rasa maka tak tahu, dah rasa nak selalu.
Jom follow media sosial Stiq untuk iIkuti promosi dan maklumat lanjut dari mereka…
Facebook: www.facebook.com/stiqofficial
Instagram: www.instagram.com/stiqofficial
Alamat: Stiq , Jalan 4//27A , Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur (bersebelah Kaw Kaw burger Wangsa Maju)
No Telefon: +6 012 345 2844
Kini….semua orang boleh makan steak premium sedap tanpa perlu berbelanja beribu-ribu ringgit. Nantikan projek dari Food Branding Idea Solution di masa akan datang…
very good pricing, considering the meat portion and quality is great! I’ve just tried it recently and it’s awesome!
Same taste experience here….waiting for the wagyu beef to roll in