6 Langkah Mudah untuk Membina Rutin Penjagaan Kulit Muka Lelaki | Penjagaan kulit bukan untuk kaum hawa sahaja. Penjagaan kulit muka adalah penting buat para lelaki terutamanya untuk memastikan kulit sihat. Dalam panduan ini, kami akan menunjukkan bagaimana untuk menghilangkan kerumitan dan kekeliruan penjagaan kulit muka lelaki dengan 6 langkah praktikal.

Keperluan Asas Penjagaan Kulit Lelaki
Dengan pelbagai pilihan di pasaran untuk produk penjagaan kulit muka lelaki mungkin mengundang rasa gelisah ketika membeli-belah, lagi-lagi jika mereka tidak tahu di mana untuk bermula. Realitinya, anda tidak perlu 100 produk untuk memiliki kulit muka yang sihat sepanjang tahun.
Apa yang anda perlukan hanyalah produk-produk asas yang mampu menangani masalah berikut:
- Misai, janggut atau jambang
- Minyak berlebihan
- Tanda-tanda penuaan kulit
- Perlindungan daripada cahaya matahari
Jika anda tidak tahu bagaimana atau di mana untuk bermula, jangan risau! Kami di sini untuk membantu anda. Berikut merupakan 6 perubahan penting yang anda boleh lakukan untuk mulakan rutin penjagaan kulit muka yang baik.

1. Gunakan Produk yang Bersesuaian Dengan Muka
Kebanyakan isu kulit lelaki berkait dengan misai, janggut atau jambang. Ini termasuk apa yang digunakan untuk mencukur dan bagaimana kulit muka dijaga selepas dicukur. Daripada menggunakan sabun buku, gunalah produk yang lebih lembut dan kurang kasar.
Penggunaan sabun buku adalah kasar untuk kulit muka kita. Ini kerana sabun buku berkemungkinan tinggi mengandungi bahan-bahan seperti wangian atau detergen kasar yang berpotensi untuk menghilangkan minyak semulajadi yang diperlukan untuk memastikan keseimbangan kulit muka kita. Oleh itu, disarankan untuk mencari produk yang mengandungi bahan yang menyegarkan seperti oren, sitrus, dan minyak limau gedang.
Tambahan pula, selepas bercukur gunakanlah produk yang bebas alkohol. Terdapat pelbagai jenis toner di pasaran yang bebas alkohol dan datang dalam bentuk semburan kabus untuk penggunaan yang senang. Toner bantu memberi hidrat tanpa kerengsaan selepas bercukur. Gel aloe vera juga boleh digunakan untuk meredakan dan mencegahkan kerengsaan sambil melembapkan kulit.
2. Basuh dan Cuci Muka Mengikut Jenis Kulit.
Menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda boleh menyebabkan perubahan dalam wajah dan rasa kulit muka anda. Berikut merupakan petua-petua penting ketika membasuh muka:
- Secara umumnya, elakkan sabun-sabun biasa yang kasar dan yang mampu menghilangkan minyak semulajadi kulit anda. Sebaliknya, pilihlah pencuci muka lembut yang telah diuji pakar dermatologi serta bebas sulfat.
- Bagi kulit yang lebih kering, pilihlah produk yang mempunyai bahan-bahan yang akan bantu melembutkan dan melembapkan kulit seperti aloe vera dan chamomile.
- Sekiranya jenis kulit anda lebih berminyak, pilihlah bahan yang akan membuat kulit anda rasa segar seperti oren dan limau gendang.
- Jadikanlah mencuci muka sebagai rutin pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam, sama seperti menggosok gigi.
- Pastikan anda mencuci muka selepas senaman untuk mencegah jerawat. Pengamalan rutin mencuci muka seharusnya menjadi kepentingan. Pencuci muka yang sesuai dan toner yang bebas alkohol akan membantu kulit anda menjadi lebih sihat.
3. Hidrat dan Lembapkan Kulit Anda Tiap Hari.
Walaupun bunga merupakan hadiah yang hebat untuk diterima tetapi tidak semestinya kita mahu muka berbau sepertinya. Pelembap muka yang wangi mungkin menghalang para lelaki daripada menghidratkan muka mereka dengan betul. Carilah pelembap muka yang mampu memberi hidrat yang secukupnya dan mempunyai sifat kelebihan seperti Faktor Perlindungan Matahari (SPF) dan antioksidan.
Sifat-sifat tersebut akan memastikan kulit anda lembut dan lembap sekaligus mengurangkan kedut dan garis halus yang ketara. Jika anda perlu lembapan yang lebih dalam rutin anda, carilah pelindung matahari yang bersifat melembapkan atau memakai pelembap muka waktu malam sebelum memakai pelindung matahari.
Krim waktu malam kebiasaannya mempunyai bahan yang lebih kaya dan emolien untuk meningkatkan tahap penghidratan terutamanya dalam persekitaran berhawa dingin yang lebih kering dan sejuk.
4. Memakai Mask Tiap Minggu.
Jenis kulit yang lebih berminyak mempunyai banyak kelebihan seperti penuaan dengan lebih baik. Kulit yang kering berpotensi untuk menampilkan garis halus dan kedut dengan lebih cepat. Walaupun ini mungkin benar, kebanyakan lelaki tidak semestinya mahu kelihatan berkilat tiap hari. Di saling menggunakan pencuci muka, toner dan pelembap muka yang betul, penggunaan mask muka tiap minggu juga merupakan satu keperluan.
Menggunakan mask sekali atau dua kali seminggu boleh membantu menghilangkan kekotoran yang terkumpul di kulit muka anda. Carilah bahan seperti bentonite clay yang terkenal dengan kemampuan untuk menghilangkan kotoran dan menyerap minyak berlebihan. Pemakaian mask tiap minggu dapat membantu mengawal pengeluaran minyak kulit anda. Anda boleh memakai mask selepas larian, selepas pulang dari bersenam atau ketika membayar bil atas talian.
5. Memakai Pelindung Matahari Sepanjang Tahun.
Melindungi kulit anda daripada dedahan matahari tanpa mengira cuaca merupakan satu langkah yang tidak patut diketepikan setiap hari, tanpa mengira cuaca. Anda tidak terlindung daripada cahaya matahari walaupun cuaca mendung atau ketika hujan. Jadi janganlah kedekut dengan penggunaan SPF 15 atau yang lebih tinggi tiap hari.
Dengan mengguna pelindung matahari yang efektif, anda bukan sahaja mengurangkan peluang untuk mengalami kesan kulit terbakar (sunburn) tetapi dengan mengelak radiasi UV, anda juga boleh mencegah tanda-tanda penuaan awal akibat dedahan kepada matahari dan terutamanya penyakit kulit. Sekiranya anda yang kuat berpeluh dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap, cubalah menukar SPF anda kepada yang kalis air dan jangan lupa sapukan semula setiap beberapa jam.
Sila lihat panduan SPF kami dimana kami bincangkan soalan yang sering ditanya dan mitos berkaitan dengan perlindungan matahari dan radiasi UV.
6. Amalkan Tabiat-Tabiat yang Lebih Sihat.
Panduan penjagaan kulit muka kami tidak akan lengkap sekiranya peranan pemakanan yang sihat dan senaman yang kerap tidak ditekankan. Ingat: pemakanan dalaman dan pemakanan luaran saling berkait.
Makan makanan kaya dengan antioksidan seperti vitamin A, C dan E akan membantu kulit anda kekal sihat. Sejajar dengan itu, minum air yang secukupnya bagi mencegah kulit anda dari kelihatan kering.
Apabila anda memberi nutrisi badan yang secukupnya secara dalaman, tubuh dan kulit anda akan berasa dan kelihatan lebih sihat dan keyakinan anda juga akan meningkat.