60,000 Penduduk Tanah Merah Kelantan Akan Menerima Baju Raya Jakel Percuma!

Baju Raya Jakel

60,000 Penduduk Tanah Merah Kelantan Akan Menerima Baju Raya Jakel Percuma! │  Adakah anda berasal dari Tanah Merah, Kelantan? Adakah anda pengundi Ahli Parlimen Tanah Merah iaitu YB Dato’ Haji Ikmal Hisham Abd Aziz? Jika jawapan anda YA untuk kedua-dua soalan di atas, ada berita baik untuk anda!

Majlis menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 Pasang Baju Raya
Majlis menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 Pasang Baju Raya antara Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd dan YB Dato’ Haji Ikmal Hisham Abd Aziz

YB Dato’ Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd telah menandatangani Penjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya untuk pengundi di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi kira-kira 60,000 penduduk di Parlimen Tanah Merah lebih ceria lagi apabila setiap keluarga akan menerima 60,000 pasang baju raya. YB Dato’ Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah telah berbesar hati ingin memberi sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa kali ini. Beliau berharap dengan sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah di samping dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.

YB Dato' Haji Ikmal Hisham Abd Aziz dan wakil dari Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd
Perjanjian sudah termetrai antara YB Dato’ Haji Ikmal Hisham Abd Aziz dan wakil dari Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd… Baju Raya Jakel untuk penduduk Parlimen Tanah Merah, Kelantan.

Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak dan saiz yang diinginkan. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barang masing-masing sebelum hari raya nanti.

Baju Melayu Jakel buat lelaki Melayu di Parlimen Tanah Merah...
Baju Melayu Jakel buat lelaki Melayu Parlimen Tanah Merah… [foto kredit blog Ayuarjuna]
Baju Kurung Jakel untuk wanita Melayu Parlimen Tanah Merah, Kelantan...
Baju Kurung Jakel untuk wanita Melayu Parlimen Tanah Merah, Kelantan… [foto kredit blog Ayuarjuna]
Baju kemeja untuk lelaki bukan Muslim...
Baju kemeja untuk lelaki bukan Muslim… [foto kredit blog Ayuarjuna]
Dalam pada itu, Jakel pada tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabric berkualiti tinggi untuk Aidilfitri tahun ini. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta-duta mereka untuk tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskander, Hairul Azreen, Hanis Zulaikha, Yusuf Iskandan dan 2 ikon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

Majlis memperkenalkan serta beramah mesra dengan duta-duta Raya Jakel tahun ini telah diadakan di Jakel Shah Alam pada 3 Mei yang lalu. Pelbagai hadiah istimewa telah dimenangi oleh pelanggan yang hadir pada hari tersebut.

Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebuah portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelahan Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih dari 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang Ramadan bermula Sabtu lalu hingga malam Raya.

2 thoughts on “60,000 Penduduk Tanah Merah Kelantan Akan Menerima Baju Raya Jakel Percuma!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *