XES Christmas | Parti Glam Rock di Quill City Mall

XES Premium Quill City Mall

XES Christmas | Parti Glam Rock di Quill City Mall Bersempena perayaan Hari Christmas, XES telah meraikan keceriaan ini dengan satu sesi khas bersama rakan media dan blogger. Bertempat di XES Premium Quill City Mall Kuala Lumpur, rakan media dan blogger telah dijanjikan suatu atucara yang lain dari kebiasaan acara XES sebelum ini.

XES Christmas Party Glam Rock
Christmas Glam Rock Party buat rakan media dan blogger 


Kedai XES ini telah dihiasi dengan dekorasi Christmas dengan sentuhan Rock & Roll untuk memeriahkan lagi acara pada petang tersebut. Acara ini telah dianjurkan oleh Pengurus PR XES iaitu Miss Sabrina Quigley Chin.

Santarina Rock On
Lets Rock & Roll

Sebaik sahaja mendaftarkan diri, NaZ ditarik ke sudut bergambar bersama dua Santarina yang ceria dan manja. Apa lagi disemadikan dengan selfie la… selepas itu NaZ terus menjadi paparazzi untuk mengambil foto-foto buat penyeri coretan blog nanti.

Selfie with XES Santarina
Selfie dengan Santarina dulu…

XES Registration

Banyak juga kasut jenama lain yang telah ditambah di kedai ini seperti Scorpion, Neckermann, Bum Equipment, Barbie, Ben10 dan berbagai lagi. Semakin banyak pilihan untuk seisi keluarga…

XES Shoes Selection
Pelbagai pilihan jenama dan juga design yang menarik di XES

Antara acara yang telah dihidangkan ialah sesi memanjakan diri bagi gegurl… manicure dan padicure yang ditaja oleh Ladies World. Part ni NaZ hanya jadi penonton aje…tapi memang lain dari acara XES sebelum ini. Ramai rakan media dan blogger yang gegurl dah mula beratur untuk mendapatkan servis yang menarik dari Ladies World.

Spa Treatment Manicure & Padicure
Sesi manicure yang ditaja oleh Ladies World

Miss Charming Sabrina mengalu-alukan kedatangan kami ke acara tersebut dan mengumunkan aktiviti yang telah dirancang. Selain sesi memanjakan diri, ada juga aktiviti DIY untuk menghiasi sandal yang akan kami pilih nanti. Jadi kena la tunjukkan bakat dan skills yang terpendam.

Miss Charming Sabrina
Miss Charming… Sabrina Quigley Chin

XES DIY Sandals

Amer DIY session
Amer memulakan sesi DIY…
Our DIY Results
Antara hasil karya kreatif blogger-blogger….. kreatif sangat!

Seperti biasa, kami akan diberikan satu pilihan untuk mengambil samada kasut atau beg sebagai tanda mata dari XES. Tetapi pada hari tersebut, Miss Sabrina telah mengejutkan kami dengan tawaran yang sangat menarik iaitu “beli satu barang dapat 2 barang percuma”. Miss Sabrina dah jadi Miss Santarina!

Joyful Moments
Mood gembira jelas terpapar…
My XES Christmas Gifts
Hadiah buat diriku

Terus berpusu-pusu mendapatkan pilihan hati untuk dijadikan samada hadiah untuk yang tersayang ataupun buat diri sendiri. Lihat sahaja abang Cipot kita ni, beriya-iya mencuba kasut baru yang bergaya tu. Kat sebelah tu beg untuk orang rumah ke abang Cipot?

Cipot mencuba kasut pilihan hati
Abang Cipot ambil beg tangan wanita untuk sapa tu?

Apa pula yang dibuat oleh 3 blogger nie….mungkin membincangkan kehebatan kasut dan beg XES kot…

Blogger Feminin di XES
Kelihatan Kellie, Nisa Kay dan Ruby asik sangat menatap handphone tu…

Dah penat-penat memilih, terasa lapar la pula. Tersaji hidangan beraneka pilihan…sambil-sambil makan berselfie dengan blogger-blogger lain yang hadir seperti Shakiddo, Melastik Bintang, Budak Pacak, Ayu Rafikah, KP, Nisa Kay.

Blogger Terbilang di XES
Say ‘keju’….
Makan-makan pula di XES
Aum…. lapar sungguh setelah penat memilih kasut dan beg, tak gitu Ayu Rafikah

Ternyata acara tersebut merupakan acara pengakhiran tahun 2014 buat XES yang begitu menarik sekali. XES merupakan jenama yang mementingkan keselesaan dan mampu milik untuk seisi keluarga bagi pengunaan harian.

Blogger Photo with Sabrina
Sesi bergambar sebelum pulang bersama Sabrina
Thank you XES for the Gifts
Terima kasih daun keladi XES untuk hadiah-hadiah ini…

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi dan di mana untuk dapatkan kasut dan beg jenama XES, boleh layari www.xesshoes.com.my atau ke facebook XESshoes.

XES 2015 Slogan

Valuable, Durable & Remarkable Style

One thought on “XES Christmas | Parti Glam Rock di Quill City Mall

  1. Pingback: Event: XES Christmas Glam Rock Penutup Bagi 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *