Julie’s Hershey’s Berkolaborasi | Hasilkan 6 Variasi Biskut Mungkin semua sudah kenal atau merasa biskut sandwich Julie’s terutama perisa kacang mentega ataupun keju, kini Julie’s melangkah setapak lagi dengan satu kolaborasi besar bersama coklat Hershey’s dari Amerika Syarikat.

Pada Oktober 2014, The Hershey Company (Hershey’s) telah memilih pengusaha biskut terkemuka di Malaysia iaitu Perfect Food Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (Julie’s) untuk bekerjasama dalam menghasilkan product terbaru mereka. “Kami amat teruja dengan kerjasama terbaru bersama Hershey” kata Encik Martin Ang, Pengarah Perfect Food Manufacturing. “Kedua-dua jenama ini telah dibina atas cita-cita dan nilai yang sama dan saya percaya ia adalah asas yang mementeraikan kerjasama kami”.
“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Perfect Food Manufacturing, pakar yang terbukti dalam biskut premium untuk meluaskan lagi jenama Hershey’s ikonik dalam kategori pembakaran”, kata Emie Savo, Pengarah Perlesenan Global di The Hershey Company. Selaras dengan kerjasama ini, kini kilang pengeluaran coklat Hershey’s sudah bertapak di kawasan seluas 700,000 ekar di Zon Perdagangan Bebas Senai, Johor dan dijangka bermula operasi pada awal 2015.

6 Variasi Biskut
Ke enam-enam variasi biskut Julie’s Hershey’s ini mengandungi serbuk koko Hershey’s yang kaya dengan pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Bersesuaian dengan tagline mereka “smiles in every bite”, menampakkan keriangan pada wajah setiap orang yang menikmati keenakan biskut keluaran terbaru Julie’s Hershey’s ini. Yang paling penting biskut Julie’s Hershey’s ini adalah HALAL dan boleh di makan tanpa was-was.






Kesemua variasi biskut Julie’s Hershey’s boleh di dapati di semua hypermarket dan pasaraya utama di seluruh Malaysia dan akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat ke Asia dan negara-negara Asean pada 2015.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan maklumat terkini di:-
Laman Web: www.julies.com.my
Facebook: www.facebook.com/JuliesBiscuits
Email: enquiry@julies.com.my