Parti BBQ Bersama Blogger di Opal Kota Damansara

Blogger BBQ Poolside Party Promo

Dah lama rasanya tak bersantai di tepi kolam renang sambil menikmati hidangan BBQ yang lazat. Alhamdulillah pada Ahad yang lalu Naz dan keluarga berpeluang menyertai Parti BBQ Bersama Blogger di kolam renang Kondominium Opal Kota Damansara. Terima kasih kepada Dr. Sidney Kan atas undangan tersebut kerana telah mengembirakan putera puteri Naz berendam dalam kolam sampai kecut jari jemari.

Ballon in Pool
Cantik bila belon merah hitam terapung di dalam pool

Yang membuatkan parti ini lagi bertambah menarik adalah tajaan dari penaja-penaja yang telah diusahakan oleh Dr. Sidney Kan… lebih dari 10 penaja untuk Parti BBQ ini antaranya Zung The Photoz, Eastin Hotel, Bakarlah BBQ, GST Group, Shills, NY Steak Shack, Hei Sushi, Face Body Art by Fennie, Ellegant Jewellery Studio, Kelvin Gems dan Ballonbuzz USJ Taipan.

Walaupun hujan sekitar jam 4.00 petang tapi blogger-blogger seantero Malaya datang meredah hujan bagi menjayakan acara petang Ahad lalu. Yang menjadi perhatian adalah apabila Kifli Mally sampai dengan berpakaian Robe Merah membuat catwalk nya ke meja pendaftaran…. Apalagi bergema sorakkan dari geng-geng blogger lain.

Yang datang awal telah mula dengan aktiviti melukis muka yang di taja oleh Face-Body-Art-By-Fennie. Lihat sahaja si Miera Nadhirah dan anaknya yang telah siap dilukis…menarik kan kan kan

Miera Nadhirah & Daughter
Miera Nadhirah dan anaknya.
[ kredit foto fb Meira Nadhirah]

Selain dari itu ada juga aktiviti-aktiviti membuat rantai dan gelang hasil tajaan dari Ellegant Jewellery Studio dan Kelvin Gems. Lihat saja la apa anak dara Naz dah buat untuk dirinya…

Dania mereka rantai buat dirinya
Bersungguh sungguh menyiapkan rantai buat dirinya

Sebaik sahaja hujan teduh, Bakarlah BBQ pun terus membakar arang untuk menggrill bahan-bahan yang telah diperap antaranya daging lembu (perap lebih 12 jam), daging kambing, ayam,  udang, ikan kembung, ikan makeral dan sebagainya. Naz diberitahu bahan-bahan seafood yang fresh tersebut adalah tajaan GST Group.

Bakrlah BBQ  Rental
Bro Johan sambil cekak pinggang membakar daging yang sodap tu
Bakarlah BBQ Marinated Beef
Daging yang telah diperap selama 12 jam…memang sedap dan lembut…
Ikan di grill oleh Bakarlah
Sedap ikan kecik ni yang di taja oleh GTS Group
Bakarlah BBQ beraksi
Lihat saja gelagat travel blogger si Tatie ni….mungkin dah lapaq kot

Highlight untuk event pada hari tersebut adalah ‘Twilight shot’ dan ‘Black & White shot’ dari Zung The Photoz…kenapa? Lihat saja hasil yang telah disiapkan, menarik dan terserlah pesona individu tersebut….

Zung Collage
Zung in action…. ini ketika Zung mengambil gambar geng blogger
Zung The Twilight Shot
Hasilnya sungguh mengagumkan…
[ kredit foto https://www.facebook.com/pages/Zung-ninja-photographer/194792740602698 ]

Seperti kata Zung, setiap individu adalah cantik dalam cara mereka tersendiri dan Zung dapat menyerlahkan lagi kecantikan itu melalui teknik-teknik pengambarannya seperti ‘Twilight’ dan ‘Black & White’.

Memang seronok dapat bertemu dengan rakan-rakan blogger sebab kali nie tak le sesibuk seperti membuat food review atau cover event. Jadi dapatla catch-up dan berkenalan dengan suami/isteri rakan blogger yang lain. Paling menyeronokkan apabila melihat putera puteri Naz happy bermain dalam pool.

Kids having fun in pool
Happy berendam dalam pool…
Kisah Tatie  and  Hubby
Si Tatie datang dengan hubby dia….sporting tau

Sekali lagi terima kasih pada Dr. Sidney Kan kerana telah organised event ini dan terima kasih tak terhingga kepada penaja-penaja untuk Blogger BBQ Poolside Party ini.

#ZungThePhotoz #EastinHotel #Bakarlah #GSTgroup #shills #NYSteakShack #HeiSushi #FannieFaceArt #EJS #KelvinGems #balloonbuzzUSJtaipan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *