Dah lama rasanya tak bersantai di tepi kolam renang sambil menikmati hidangan BBQ yang lazat. Alhamdulillah pada Ahad yang lalu Naz dan keluarga berpeluang menyertai Parti BBQ Bersama Blogger di kolam renang Kondominium Opal Kota Damansara. Terima kasih kepada Dr. Sidney Kan atas undangan tersebut kerana telah mengembirakan putera puteri Naz berendam dalam kolam sampai kecut jari jemari.

Yang membuatkan parti ini lagi bertambah menarik adalah tajaan dari penaja-penaja yang telah diusahakan oleh Dr. Sidney Kan… lebih dari 10 penaja untuk Parti BBQ ini antaranya Zung The Photoz, Eastin Hotel, Bakarlah BBQ, GST Group, Shills, NY Steak Shack, Hei Sushi, Face Body Art by Fennie, Ellegant Jewellery Studio, Kelvin Gems dan Ballonbuzz USJ Taipan.
Walaupun hujan sekitar jam 4.00 petang tapi blogger-blogger seantero Malaya datang meredah hujan bagi menjayakan acara petang Ahad lalu. Yang menjadi perhatian adalah apabila Kifli Mally sampai dengan berpakaian Robe Merah membuat catwalk nya ke meja pendaftaran…. Apalagi bergema sorakkan dari geng-geng blogger lain.
Yang datang awal telah mula dengan aktiviti melukis muka yang di taja oleh Face-Body-Art-By-Fennie. Lihat sahaja si Miera Nadhirah dan anaknya yang telah siap dilukis…menarik kan kan kan

[ kredit foto fb Meira Nadhirah]
Selain dari itu ada juga aktiviti-aktiviti membuat rantai dan gelang hasil tajaan dari Ellegant Jewellery Studio dan Kelvin Gems. Lihat saja la apa anak dara Naz dah buat untuk dirinya…

Sebaik sahaja hujan teduh, Bakarlah BBQ pun terus membakar arang untuk menggrill bahan-bahan yang telah diperap antaranya daging lembu (perap lebih 12 jam), daging kambing, ayam, udang, ikan kembung, ikan makeral dan sebagainya. Naz diberitahu bahan-bahan seafood yang fresh tersebut adalah tajaan GST Group.




Highlight untuk event pada hari tersebut adalah ‘Twilight shot’ dan ‘Black & White shot’ dari Zung The Photoz…kenapa? Lihat saja hasil yang telah disiapkan, menarik dan terserlah pesona individu tersebut….


[ kredit foto https://www.facebook.com/pages/Zung-ninja-photographer/194792740602698 ]
Seperti kata Zung, setiap individu adalah cantik dalam cara mereka tersendiri dan Zung dapat menyerlahkan lagi kecantikan itu melalui teknik-teknik pengambarannya seperti ‘Twilight’ dan ‘Black & White’.
Memang seronok dapat bertemu dengan rakan-rakan blogger sebab kali nie tak le sesibuk seperti membuat food review atau cover event. Jadi dapatla catch-up dan berkenalan dengan suami/isteri rakan blogger yang lain. Paling menyeronokkan apabila melihat putera puteri Naz happy bermain dalam pool.


Sekali lagi terima kasih pada Dr. Sidney Kan kerana telah organised event ini dan terima kasih tak terhingga kepada penaja-penaja untuk Blogger BBQ Poolside Party ini.
#ZungThePhotoz #EastinHotel #Bakarlah #GSTgroup #shills #NYSteakShack #HeiSushi #FannieFaceArt #EJS #KelvinGems #balloonbuzzUSJtaipan