Review GT Mobile GT-888

GT Mobile Logo

Review GT Mobile GT-888 |  GT Mobile Pte Ltd adalah sebuah syarikat berteknologi tinggi khusus dalam bidang R & D, pembuatan, jualan dan servis telefon bimbit. GT Mobile merupakan anak syarikat kepada GT Group, sebuah syarikat Singapura pertama yang mengeluarkan jenama telefon pintarnya sendiri.

GT Mobile GT-888 model
GT-888 model high-end dari GT Mobile

Buat masa ini GT Mobile telah menghasilkan 3 model telefon pintar iaitu GT-888, GT-886 dan GT-883. Untuk kali ini, Naz akan membuat review model GT-888 yang merupakan produk yang high-end dari GT Mobile.

 

Unboxing GT Mobile GT-888

GT-888 datang dengan kotak putih segi empat sama. Terdapat riben putih dan apabila ditarik ia terbuka seperti laci.

Unboxed GT-888
Kotak putih yang kemas menempatkan GT-888

Kelihatan telefon pintar GT-888 yang dibungkus. Di dalam kotak tersebut terdapat:-

  • 1 x telefon pintar GT-888
  • 1 x bateri
  • 1 x charger dan kabel
  • 1 x screen protector
  • 1 x casing silicon
  • 1 x earphone
  • 1 x manual ringkas

Unboxed GT-888 inside box

Peranti dan aksesori GT-888

Spesifikasi GT Mobile GT-888

GT-888 didatangkan dengan skrin 5.5 inci kaca Arc 2.5D yang diperbuat dari Gorilla Glass 3. Ditampilkan dengan teknologi IPS terkini yang memberikan resolusi tinggi, jelas dan warna yang konsisten dari segala sudut. Telefon pintar ini mempunyai kerangka besi, berketebalan 8.6mm dan berat 186gm.

GT-888 Gorilla Glass 3
Skrin 5.5 inci kaca Arc 2.5D, Gorilla Glass 3

Model ini dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek MT6735P teras quad 1.0GHz yang sesuai untuk paparan lancar bagi permainan video atau pelbagai tugas. Mempunyai pilihan memori 1GB atau 2GB RAM, dengan storan dalaman 16GB dan storan sokongan microSD sehingga 64GB. Namun sistem operasinya hanya Android 5.1 Lollipop bersama bateri dalaman sebesar 2550 mAh.

Quad Core Processor
Cip pemprosesan MediaTek MT6735P teras quad 1.0GHz

Dari segi keupayaan kamera pula, ia didatangkan dengan 8MP generasi ke-4 OV8865 kamera utama, yang mampu mengambil gambar yang jelas dan cantik di waktu malam walau pada cahaya yang rendah. Manakala keupayaan kamera hadapan adalah 5MP (OV5648). Resolusi video pula pada 1080px, 2K dan 4K.

Fungsi 8MP OV8865
Fungsi 8MP OV8865 sesuai untuk mengambil foto pada waktu malam

Yang menariknya, ia mempunyai fungsi pengecasan pantas terbina dari Texas Instrument membolehkan telefon pintar ini dicas sekitar 35% dalam masa 15 minit. Ia juga mempunyai 2 slot SIM 4G yang tersedia dengan saiz mikro SIM. Fungsi HotKnot memberikan kemudahan perkongsian foto, muzik dan fail dengan hanya perlu menyentuh skrin antara dua peranti seperti fungsi NFC yang terdapat pada peranti lain.

Fungsi Perkongsian HotKnot
Fungsi Perkongsian HotKnot

GT-888 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Silky White dan Metal Grey yang mana boleh didapati pada harga bermula SG$368 untuk 1GB dan SG$398 untuk 2GB.

 

Tentang GT Mobile

GT Mobile Pte Ltd adalah sebuah syarikat berteknologi tinggi khusus dalam bidang R & D, pembuatan, jualan dan servis telefon bimbit.

Sejajar dengan komitmen berterusan kami dalam inovasi teknologi dan kemajuan, pasukan R&D dan reka bentuk kami terdiri daripada kakitangan yang sangat berpengalaman dari pelbagai bidang, dan kilang pengeluaran kami adalah terkini dan paling maju di pasaran. Walaupun kami merupakan pengeluar baru dalam pasaran telefon mudah alih, beberapa model telefon mudah alih kami sudah mendapat permintaan yang tinggi dari seluruh Asia Tenggara.

Sehingga kini, GT Mobile telah menjalinkan lebih 50 perkongsian global dengan pembekal, pengedar dan peniaga. Selaras dengan wawasan kami untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik, kami menyediakan pasukan yang berpengalaman dan terlatih, 24/7, set perkhidmatan yang komprehensif dan penyelesaian selepas jualan di seluruh negara.

Sebagai sebuah syarikat Singapura pertama yang mengeluarkan jenama telefon pintarnya sendiri, GT Mobile mempunyai visi untuk menyumbang kepada Singapura supaya lebih dekat dengan visinya untuk menjadi bandar pintar dan menggalakkan transaksi tanpa tunai dan kemudahan platform untuk peniaga dan individu di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *