e-infaQ Aplikasi Amal Jariah Anda

Aplikasi e-infaQ

e-infaQ Aplikasi Amal Jariah Anda |  Kini anda boleh berinfaq (membelanjakan harta ke jalan Allah) hanya dihujung jari anda dengan menggunakan aplikasi e-infaQ. Aplikasi ini telah dibina dan dimajukan oleh INFAQ Channel Sdn Bhd sejak November 2016, dengan objektif utama ingin membantu masyarakat diluar sana membuat amal dengan mudah dan cepat. Aplikasi ini akan menghubungkan badan-badan kebajikan, individu, mahupun organisasi yang memerlukan bantuan, tidak kira dari segi kewangan, manfaat yang diperolehi dari wakaf dan kemudahan asas.

Aplikasi e-infaQ Laman Utama
Aplikasi e-infaQ – Infaq, Waqaf dan Zakat

Idea tercetus untuk membina aplikasi e-infaQ bermula sejak 6 tahun lalu, apabila 3 usahawan muda iaitu En. Tajudin Idris, En. Mohd Izzairi Yamin dan En. Khairol Anam Muhamad Sarif mendapati ada permasalahan dalam pengagihan bantuan kepada badan-badan kebajikan. Antara yang dikenalpasti adalah seperti:

  • Kekurangan saluran pengagihan yang menyebabkan kelewatan bantuan diberi.
  • Muncul individu/organisasi yang mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka.
  • Muncul agensi-agensi yang tidak tahu kesahihan mereka.
  • Kesukaran untuk mengagihkan bantuan kepada individu yang memerlukan.
  • Kurangnya kesedaran tentang jenis-jenis bantuan yang boleh diberikan.
  • Ketelusan dalam pengagihan bantuan yang diterima kepada yang memerlukan.

 

Oleh yang demikian, INFAQ Channel Sdn Bhd telah mengambil langkah mula untuk membangunkan platform aplikasi e-infaQ ini yang mengenengahkan tiga (3) kaedah utama iaitu:

  1. Infaq – memudahkan dan mempercepatkan pengumpulan dana dan anda menentukan pusat atau badan kebajikan yang akan menerimanya.
  2. Wakaf – membeli kitab Tafsir Ibnu Kathir dari e-infaQ dan diwakafkan kepada pusat atau badan kebajikan yang anda tentukan.
  3. Zakat – projek kerjasama yang akan datang dalam membantu dan memudahkan proses pungutan dan pemberian zakat kepada badan-badan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

 

INFAQ Channel Sdn Bhd akan mengenalpasti, menyaring dan mengesahkan status badan-badan kebajikan, individu-individu dan organisasi yang layak untuk ditempatkan dalam senarai penerima infaq, wakaf dan zakat tersebut. Setakat ini terdapat 20 badan kebajikan yang tersenarai dan mereka mensasarkan untuk mendapatkan antara 500 ke 1000 badan kebajikan dalam tahun 2017 ini.

 

Pelancaran e-infaQ

Satu majlis pelancaran aplikasi e-infaQ ini telah diadakan di Kuala Lumpur kepada pihak media. Pada majlis tersebut, Saudara Amin Idris telah diberi satu slot perkongsian bertajuk ‘Ber INFAQ ke jalan Allah’.

 

Perkongsian bersama Amin Idris
Perkongsian Saudara Amin Idris bertajuk “Ber INFAQ ke jalan Allah”

Perbezaan utama dan kekuatan aplikasi ini adalah konsep telus dan saksama. Ia amat dititik beratkan kerana ia melibatkan amanah dari pihak luar. Oleh yang demikian, aplikasi ini akan mempamerkan transaksi secara langsung (live transaction) untuk setiap pengeluaran mahupun kemasukan wang ke dalam aplikasi ini melalui laman web e-infaQ di www.einfaq.com . Semua transaksi akan direkodkan secara automatic dan akan di audit setiap suku tahunan dan data ini akan diterbitkan di laman web e-infaQ.

Ahli lembaga pengarah INFAQ Channel Sdn Bhd bersama aplikasi
Ahli lembaga pengarah INFAQ Channel Sdn Bhd bersama aplikasi e-infaQ

“e-infaQ amat berhati-hati dalam menempatkan individu ataupun organisasi yang ingin memohon dana menggunakan aplikasi kami. Kami telah menemui satu proses mekanisma dalam memastikan kesemua pihak yang terlibat dalam memohon bantuan menggunakan aplikasi kami adalah sahih dan tiada unsur-unsur penipuan. Para pengguna aplikasi ini tidak harus khuatir dengan pihak yang terlibat dalan e-infaQ kerana pasukan kami telah menjalankan penilaian pasaran (market assessment) sebelum mereka dibenarkan menggunakan platform ini” tegas En. Tajudin Idris, Ketua Pegawai Eksekutif, INFAQ Channel Sdn Bhd.

 

Penggunaan Aplikasi e-infaQ

Aplikasi ini boleh dimuat turun di ‘Google Play’ untuk penguna Android dan ‘Apps Store’ untuk penguna iOS, dengan mencari kata kunci ‘einfaQ’.

Muat Turun Aplikasi e-infaQ
Muat Turun Aplikasi e-infaQ

Ikuti video demo cara-cara penggunaan aplikasi ini:

Antara paparan aplikasi ini:

Menu UtamaInformasi SyarikatLaman Utama

 

 

 

 

 

 

 

Senarai badan kebajikanWakaf Kitab TafsirPenerangan Kitab Tafsir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adalah besar harapan INFAQ Channel Sdn Bhd untuk menjadikan aplikasi ini sebagai medium utama dalam menggalakkan orang ramai membelanjakan harta ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

 

Tentang INFAQ Channel Sdn Bhd

Membantu institusi dan pertubuhan kebajikan dan dakwah dalam mendapatkan dana. Menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang infaq tanpa sempadan bagi membantu individu dan institusi yang memerlukan bantuan. Memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan berinfaQ dalam kehidupan seharian.

EINFAQ CHANNEL SDN BHD (1176521-V)

20B, Faber Plaza, Jalan Desa Jaya,

Taman Desa, Jalan Kelang Lama,

58100 Kuala Lumpur.

+603 7983 0605

 

Untuk info lanjut mengenai aplikasi e-infaQ atau INFAQ Channel Sdn Bhd, anda boleh ikuti di sosial media berikut:

fb: https://www.facebook.com/einfaq

ig: https://www.instagram.com/e_infaq

tw: https://twitter.com/einfaq_channel

email: einfaq@gmail.com

web: http://www.einfaq.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *