Tempah Bilik The Royale Chulan Damansara Dengan GT Dollar

The Royale Chulan Damansara

Tempah Bilik The Royale Chulan Damansara Dengan GT Dollar |  Baru-baru ini pelancaran GT Dollar Malaysia telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan di Sime Darby Convention Centre. GT Dollar ini ialah sebuah aplikasi mudah alih sehenti e-dagang yang membolehkan kita membeli barang atau perkhidmatan tanpa wang tunai. Pada pelancaran tersebut, Naz dah berjaya mengumpul GT Dollar (diskaun) dan GT Cash (e-wallet) untuk digunakan.

The Royale Chulan Damansara Hotel
The Royale Chulan Damansara Hotel

Jadi pada 29 Januari yang lalu, Naz telah membawa keluarga bermalam di The Royale Chulan Damansara. Naz tak perlu menggunakan sesen pun untuk menempah bilik di hotel tersebut. Di sini Naz nak kongsikan bagaimana Naz menempah bilik hotel dengan menggunakan aplikasi GT Dollar.

Naz berjaya menempah sebuah bilik ‘Double Premiere’ pada harga RM422.65 untuk satu malam. Naz kongsikan gambar-gambar yang di ambil sewaktu kami check-in di The Royale Chulan Damansara.

The Royale Chulan Damansara Room
Inilah dia bilik kami di 918
02 TRCD
Double Premiere Room, sungguh luas dan selesa
03 TRCD
Katil King size yang empuk dan bantal yang lembut
04 TRCD
Anak bujang dah rasmikan dulu katil ni…bertuah punya anak!
05 TRCD
Antara barangan dari mini bar bilik ini…
06 TRCD
Ruang bilik air yang kemas dan teratur…seronok mata memandang….alangkah best kalau kat rumah macam ni.
07 TRCD
Yang terdapat dalam almari…
08 TRCD
Antara hiasan dalaman yang lain…

Komen Naz tentang penginapan di The Royale Chulan Damansara hotel ini memang sungguh best dari segi kebersihan biliknya, peralatan elektrik, hiasan dalaman dan juga toiletries nya. Sarapan pagi tak boleh komen sebab penginapan kali ini tanpa sarapan pagi.

 

Bestkan!!! so pada yang sudah ada aplikasi GT Dollar, ada boleh lancarkan aplikasi tersebut dan pada yang belum ada boleh download di ‘Google Play

Ok sebelum tu, ada sedikit ingatan bagi orang yang betul-betul teliti. Sila abaikan tarikh dan masa yang berlainan itu kerana screenshoot ini dibuat pada hari yang berlainan. Ok kita mulakan sekarang.

 

Langkah 1 – Menu Utama

Step 01 - Main menu
Langkah 1 – Menu Utama

Di menu utama ini, sila klik pada ‘Explore’.

 

Langkah 2 – Pilih Hotel

Step 02 - Explore Shopping item
langkah 2 – Buat Pilihan Hotel

Sila klik pada ikon hotel.

 

Langkah 3 – Buat Carian Hotel

Step 03 - Search for preferred hotel
Langkah 3 – Buat carian nama hotel yang diingini

Anda boleh scroll hingga jumpa hotel yang anda inginkan atau terus buat carian nama hotel yang anda mahu.

 

Langkah 4 – Buat Pilihan Hotel

Step 04 - Select hotel
Langkah 4 – Klik hotel pilihan tersebut

Sila klik pada hotel tersebut dan pilih jenis bilik yang ditawarkan.

 

Langkah 5 – Buat Pilihan Bilik

Step 05 - Select room type
Langkah 5 – Membuat seleksi bilik yang diingini

Sila pilih jenis bilik yang diingini dan tekan ikon trolley (cart) untuk menandakan anda telah membuat seleksi.

 

Langkah 6 – Masukkan Maklumat

Step 06 - Fill in details
Langkah 6 – Isikan maklumat anda

Sila masukkan maklumat seperti nama anda, tarikh check-in dan check-out, nombor telefon dan alamat anda. Hanya satu bilik untuk satu booking, kerana tiada pilihan diberi untuk menambah jumlah bilik.

 

Langkah 7 – Buat Tempahan

Step 07 - Place order
Langkah 7 – Klik butang buat pembayaran

Sila scroll sehingga ke bawah dan pastikan jumlah yang perlu dibayar. Terdapat diskaun yang akan ditolak dari akaun GT Dollar anda. Dan selebihnya akan ditolak dari e-wallet anda.

 

Apabila semua ok, anda boleh klik pada ‘Place Order’. Anda akan menerima satu pengesahan di dalam folder ‘Chat’ anda. Anda boleh memeriksa pengesahan tersebut atau terus ke Langkah 10 – Bayaran.

 

Langkah 8 – Periksa Mesej Pengesahan Tempahan

Step 08 - Receive order confirmation
Langkah 8 – Terima pengesahan tempahan

Anda perlu ke Menu Utama kembali dan klik pada menu ‘Chat’ dan klik pada mesej chat yang diterima ‘Order Created’.

 

Langkah 9 –  Periksa Maklumat Tempahan

Step 09 - Check order details
Langkah 9 – Periksa maklumat tempahan

Di sini anda perlu pastikan maklumat tempahan adalah betul dan ada maklumat hotel seperti confirmation number, tarikh check-in dan check-out, harga dan sebagainya.

Scroll hingga ke bawah dan anda akan lihat “Cancel Order’ dan ‘Payment’. Sila klik pada ‘Payment

Step 09 - Make payment
Klik pada ‘Payment’

 

Langkah 10 – Pembayaran

Step 10 - Confirm payment
Langkah 10 – Sahkan pembayaran

Pada halaman ini, maklumat akaun anda akan dipaparkan dan bayaran yang perlu dibuat. Anda kena pastikan tab ‘e-wallet’ and telah aktif untuk pembayaran mengunakan GT Cash anda. Sila klik ‘Confirm Payment’.

 

Langkah 11 – Pengesahan PIN

Step 11 - Security PIN
Langkah 11 – Masukkan 6-digit PIN keselamatan

Anda akan dipaparkan 6 kotak untuk anda masukkan PIN keselamatan. Setelah anda masukkan, satu pengesahan pembayaran akan di hantar ke folder ‘Chat’ anda.

Jika anda tidak set lagi PIN keselamatan ini, anda harus pergi ke Menu Utama, klik pada ‘Settings‘ dan kemudian pilih ‘Payment Management‘.

 

Langkah 12 – Periksa Mesej Pengesahan Pembayaran

Step 12 - Receive payment confirmation
Terima mesej pengesahan pembayaran

Anda perlu ke Menu Utama kembali dan klik pada menu ‘Chat’ dan klik pada mesej chat yang diterima ‘Order Paid’.

 

Langkah 13 – Pengesahan Pembayaran

tep 12 - Check order details
Langkah 12 – Periksa maklumat tempahan yang telah di bayar

Di sini anda siberikan maklumat tempahan hotel seperti confirmation number , tarikh check-in dan check-out, harga dan sebagainya.

Step 13 - Check order details2
Langkah seterusnya, perlu menelefon pihak hotel

Anda PERLU menelefon pihak hotel pada hari berikutnya, bahagian Reservation untuk memastikan pihak hotel sudah menerima tempahan berikut. Ini adalah kerana tempahan anda di buat oleh pihak agensi kepada pihak hotel.

 

Itu sahaja dan anda boleh menikmati kenikmatan beristirehat di hotel pilihan anda. Ini adalah pemandangan luar dari bilik Naz….

View from Room 918
Pemandangan luar dari bilik 918 The Royale Chulan Damansara

 

Next round, dah ada request nak try Sunway Resort Hotel pulak….

 

12 thoughts on “Tempah Bilik The Royale Chulan Damansara Dengan GT Dollar

    1. yang balance tu saya bayar pakai GT Cash. Kalau GT Cash ummizarra tak cukup, kena top up dulu then baru boleh bayar guna GT Cash.

      Untuk top up:
      1. klik kat GT Cash dan klik top up
      2. masukkan amount yang nak ditambah
      3. pilih kad kredit; visa, mastercard, union pay atau Hot Wallet

      buat masa ni, top up hanya melalui kredit kad sahaja.

      harap membantu.

    1. buat masa ini, setahu saya hanya boleh top up menggunakan kad kredit; visa, mastercard, union pay atau Hot Wallet. Terbaru boleh guna Wechat Pay! Untuk debit card masih belum boleh lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *