Wangian PAPAHUG dan MAMAKISS By Shidie Sahaq │ Sekarang ni banyak produk wangian yang dikeluarkan memenuhi pasaran dengan harga yang kompetitif. Produk wangian ini adalah perfume inspired yang dihasilkan dari perfume oil yang diimport dari France, Swiss dan Germany dan dibotolkan semula dengan jenama mereka sendiri. Itulah yang dilakukan oleh saudara Shidie Sahaq, pemilik Shidierich Global Enterprise yang mengeluarkan jenama wangian PAPAHUG dan MAMAKISS By Shidie Sahaq.

Baru-baru ini bertempat di Saloma Bistro and Restaurant, Jalan Ampang KL, telah diadakan majlis pelancaran wangian Fragrance of Heart by Shidie Sahaq yang menampilkan 3 produk mereka iaitu minyak wangi PAPAHUG dan MAMAKISS serta JIHABERS Spray.



Majlis pelancaran ini telah memperkenalkan duta produk mereka iaitu Lan Kristal dan Syura Badron yang turut tampil membuat persembahan dengan lagu Bola-Bola Api. Penggunaan duta dikalangan artis-artis tempatan ini selaras dengan percaturan pasaran semasa dalam mempromosikan produk wangian tersebut. Beberapa artis telah diberikan wangian ini secara percuma dan mereka turut membantu membuat liputan di akaun Instagram mereka. Selain dari Lan Kristal dan Syura Badron, artis-artis lain yang telah mencuba wangian ini adalah Azhar AF (bekas anggota Azhael), Taufik Ola Bola, Haziq Putra Band dan ramai lagi.

Pihak Shidierich Global Enterprise juga telah menaja beberapa program dan aktiviti yang melibatkan artis tempatan seperti senaja sepenuhnya pembikinan klip video single terbaru penyanyi Linda Eva berjudul Bulan Rindu, perlawanan persahabatan futsal dan badminton di antara team selebriti tempatan bersama organisasi korporat. Usaha penajaan ini sedikit sebanyak telah membantu dalam usaha mempromosikan wangian PAPAHUG dan MAMAKISS kepada orang ramai.

Wangian PAPAHUG dan MAMAKISS
Wangian PAPAHUG adalah untuk lelaki manakala MAMAKIS adalah untuk wanita. Kedua-dua wangian ini adalah dari EDP berkualiti yang mempunyai kepekatan sehingga 65% – 75% seperti minyak wangi yang terdapat di kompleks membeli belah. Dibotolkan dalam saiz yang kecil berisipadu 35ml supaya mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dari segi ketahanan bauannya, boleh melebihi 8 jam berdasarkan kepada maklum balas yang diterima dari pelanggan.

Antara wangian yang sedang hangat dipasaran adalah seperti:




Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai produk PAPAHUG dan MAMAKISS by ShidieSahaq ini, bolehlah berhubung dengan pihak syarikat Shidierich Global Enterprise di…
| Alamat Pejabat | : | 311, Blok 3 Jalan Tepian 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |
| Telefon | : | 019-2978724 / 016-9601297 |
| Emel | : | mamahugpapakiss@gmail.com |
Anda juga boleh ikuti mereka di laman media sosial berikut:
Website ShidieSahaq Perfume