Skin Idea Merealisasikan Impian Setiap Wanita

Skin Idea Merealisasikan Impian Setiap Wanita

Skin Idea Merealisasikan Impian Setiap Wanita │  Pada 9 Mei yang lalu, Naz berkesempatan memenuhi undangan pihak Nutra Rich Sdn. Bhd. bagi majlis pelancaran produk kecantikan terbaru mereka. Majlis ini telah diadakan di Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh para jemputan, barisan selebriti tempatan dan juga pihak media.

Produk Skin Idea

Majlis ini telah dihoskan oleh Shah Iskandar dan Vee yang begitu selamba dan penuh komikal membuatkan para jemputan tak kering gusi.

Vee & Shah Iskandar selaku hos malam pelancaran Skin Idea
Vee & Shah Iskandar selaku hos malam pelancaran Skin Idea

Acara dimulakan dengan ucapan Ketua Pegawai Operasi, Nutra Rich Sdn. Bhd. iaitu Dato Seri Udani Mohd Noor. Beliau telah berkecimpung dalam dunia produk berasaskan kecantikan ini sudah lebih 7 tahun dan telah banyak melalui peristiwa hitam dan jatuh dalam perniagaan. Namun beliau tidak patah semangat dan kini bangkit dengan mengusahakan perniagaan produk berasaskan kecantikan di bawah label Nutra Rich Sdn. Bhd. yang dinamakan Skin Idea. Buat permulaan ini, Skin Idea mengeluarkan 2 produk iaitu Pressed Serum dan Chewable Beauty Candy.

Dato Seri Udani Mohd Noor
Dato Seri Udani Mohd Noor, selaku CEO Nutra Rich Sdn Bhd menyampaikan ucapan beliau…

Produk ini telah dilancarkan dengan meriahnya oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Produk ini telah dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan terkini serta telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan untuk jangka masa yang lama bagi memastikan ia bebas dari bahan kimia serta bahan terlarang. Produk ini dijamin selamat untuk digunakan dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia serta status Halal.

YAB Dato' Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
YAB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
Barisan selebriti tempatan juga memeriahkan majlis pelancaran ini...
Barisan selebriti tempatan juga memeriahkan majlis pelancaran ini…dari kiri Mimi Lana, Nazeera Sardi, Gambit Saifullah, para VIP, Isa Khan, Dayana Roza, Adiba Yunus.

Produk Skin Idea

 

Skin Idea Pressed Serum
Skin Idea Pressed Serum
  • Skin Idea Pressed Serum

Produk ini merupakan serum dan juga ejen hibrid pelembab yang padat dengan 60% ekstrak Chaga Mushroom dan adalah BEBAS dari paraben, wangian dan minyak mineral.

Cara penggunaannya juga mudah, pastikan muka dan leher anda dibersihkan terlebih dahulu dan sapukan toner. Kemudian hanya perlu gunakan sedikit sahaja serum tersebut dan ratakan dimuka dan leher.

Hasilnya dapat dilihat seawal 14 hari penggunaannya, di mana kulit anda akan bertambah cerah, lebih lembab, bertambah anjal dan mengurangkan jerawat, jeragat atau tona tidak sekata.

Didatangkan dalam saiz 15ml dengan harga RM55 (RRP RM50), bagi pengunaan 2-3 minggu. Untuk hasil yang lebih baik, dicadangkan mengambil bersama Skin Idea Chewable Beauty Candy.

Skin Idea Chewable Beauty Candy
Skin Idea Chewable Beauty Candy
  • Skin Idea Chewable Beauty Candy

Candy atau gula-gula ini mengandungi gabungan L-Glutathione, Vitamin C, Astaxanthin dan Hydrolized Fish Collagen yang mempunyai rasa strawberi dan hanya perlu kunyah. Ia cepat larut dan boleh kelihatan hasilnya seawall 3 minggu pengambilannya. Selain memberi kebaikan dan pencerahan kepada kulit, ia juga bertindak untuk memberikan tenaga supaya anda lebih energetik, memberi tidur yang nyenyak, perbaiki organ hati, mengurangkan kolesterol dan lain-lain lagi.

Didatangkan dalam 60 tablet sebotol dengan harga RM140 (RRP RM100), bagi pengunaan 3-4 minggu.

Pihak Nutra Rich Sdn. Bhd. juga sedang menjalinkan kerjasama dengan pihak Sime Darby Plantation dan beberapa university tempatan untuk mengeluarkan beberapa lagi produk baru yang akan dilancarkan dalam masa yang terdekat ini.

 

Sebaik sahaja selesai acara perasmian, jamuan dimulakan dan dihiburkan dengan persembahan artis-artis tanahair. Dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Masin (Maharaja Lawak) yang kelakar sehinggakan ada yang ketawa terbahak-bahak sambil makan.

Kumpulan Masin (Maharaja Lawak) turut menjayakan acara malam itu
Kumpulan Masin (Maharaja Lawak) turut menjayakan acara malam itu

Highlight pada malam itu merupakan penampilan Dayang Nurfaizah dengan menyampaikan 2 buah lagu cukup mengasyikan.

Apa pun majlis pelancaran produk Skin Idea sungguh meriah dan harapan Seri Udani produk Skin Idea menjadi produk yang dapat membantu wanita untuk tampil cantik, menawan dan penuh berkeyakinan sesuai dengan cogankata mereka ‘Beauty Awaits You!’

Anda boleh mengikuti Skin Idea melalui laman media sosial mereka, Facebook Skin Idea [klik sini] dan Laman Web Skin Idea [klik sini]

 

 

2 thoughts on “Skin Idea Merealisasikan Impian Setiap Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *