Citarasa 7 Kampung Concorde Hotel Shah Alam │ Food review kali ini adalah untuk Bufet Ramadan di Concorde Hotel Shah Alam. Walaupun bidan terjun tetapi bersyukur dapat mencuba hidangan bufet di hotel ini. Setibanya di perkarangan Concorde Hotel, terdapat beberapa khemah besar beserta pekerja yang memakai t-shirt oren tengah sibuk membuat sesuatu. Apabila sampai dekat, rupanya upacara bergotong royong menyiapkan bubur lambuk untuk diberikan kepada orang ramai. Cerita pasal bubur lambuk ini bersambung di akhir entri nanti. Berbalik kepada cerita food review, tema untuk Bufet Ramadan hotel ini berkisarkan kepada ‘Citarasa 7 Kampung’ yang terdapat di negeri-negeri di Malaysia.


Bertempat di Melting Pot, terdapat lebih dari 100 jenis hidangan yang disediakan untuk bufet Ramadan tahun ini. Untuk Citarasa 7 Kampung yang disediakan adalah Daging Masak Hitam dari Kg. Teluk Kumbar (Penang), Kuzi Ayam dari Kg. Kempas (Johor), Gulai Lemak Belimbing Udang Galah dari Kg. Seri Menanti (Negeri Sembilan), Ayam Percik dari Kg. Pasir Mas (Kelantan), Sup Szechuan Pedas Masam dari Kg. Morten (Melaka), Ikan Talapia Masam Manis dari Kg. Sg. Sembilang (Selangor) dan Rendang Daging dari Kg. Tanjung Malim (Perak).







Selain daripada hidangan di atas, para tetamu juga boleh menikmati hidangan istimewa Concorde Hotel ini iaitu Sup Gearbox dan 3 rasa Bubur Lambuk Ayam, Daging dan Seafood yang bakal melengkapkan juadah berbuka puasa.


Naz tidak lepaskan peluang untuk merasakan ketiga-tiga bubur lambuk tersebut, termasuk lemang dan ketupat bersama serunding dan soto nasi. Cukup rempah ratusnya dan sungguh menyelerakan.


Untuk melengkapkan menu berbuka puasa ini, terdapat aneka pilihan pencuci mulut dari kuih muih Melayu dan juga pastri serta kek. Ada bubur pulut hitam, serawa durian dengan pulut dan bermacam-macam lagi. Untuk mengakhiri food review ini, Naz memilih segelas Nescafe Tarik bersama serawa durian dan pulut.


Harga Bufet Ramadan ini RM123.00 bersih (nett) untuk dewasa. Harga istimewa untuk 5 hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadan pada RM95.00 bersih (nett). Manakala harga untuk kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) adalah 50% dari harga dewasa. Bagi tempahan berkumpulan, untuk setiap 10 tempahan dewasa akan mendapat PERCUMA 1 (maksima 5 PERCUMA dalam satu bil). Baucar RM95.00 bersih (Early Bird), boleh dibeli sebelum 26 Mei 2017.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi pihak hotel di talian 03-5512 2200 ext. 2440, 2406 atau 2210, emel kepada vee@concorde.net atau lawati website kami di Concorde Hotel Shah Alam.
Bersambung cerita Bubur Lambuk tadi. Sudah menjadi tradisi pihak pengurusan dan para pekerja Concorde Hotel Shah Alam ini mengadakan gotong royong menyediakan bubur lambuk. Tahun 2017 merupakan tahun ke-13 pekerja hotel ini bergotong-royong menyiapkan dan mengagihkan bubur lambuk sebelum bulan Ramadan kepada orang ramai dan pelanggan korporat mereka.

Bermula seawal 7.00 pagi pada 4 Mei 2017, semua chef hotel ini dibantu oleh pihak pengurusan dan perkerja untuk menyediakan Bubur Lambuk tersebut. Sebanyak 300kg beras, 80kg daging dan ramuan dimasak dalam periuk besar secara rewang. Lebih kurang jam 12.00 tengah hari bermula sesi membungkus lebih kurang 8,000 bungkus Bubur Lambuk.


Pengagihan Bubur Lambuk kepada orang ramai bermula jam 4.00 petang dan ada yang sudah mula beratur seawall 2.00 petang untuk mengambil Bubur Lambuk tersebut. Pihak Concorde Hotel juga mengagihkan Bubur Lambuk tersebut kepada masjidmasjid berdekatan, rumah-rumah anak yatim serta kepada pelanggan korporat mereka. Kesemua 8,000 Bubur Lambuk tersebut berjaya diagihkan sebelum pukul 7.00 malam.