Susu Kultur VITAGEN Raikan Ulangtahun Ke-40 │ VITAGEN, minuman susu kultur pertama dan No. 1 Malaysia, sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. VITAGEN menyambut ulang tahun ke-40 nya tahun ini dengan mengadakan aktiviti sepanjang tahun dengan kempen baru ‘‘ (Sistem penghadaman yang lebih baik bermula dengan VITAGEN). Kempen ini adalah inisiatif lanjutan VITAGEN yang bermula sejak 2014 lagi dalam usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan penghadaman.

Jenama minuman susu kultur ikonik ini telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan keluarga Naz seharian selama 12 tahun dan rakyat Malaysia selama 40 tahun. VITAGEN mengandungi berbilion-bilion bakteria baik di dalam kultur Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang hidup dan aktif. Formulasi ini membantu penyerapan nutrien daripada makanan dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. Minuman susu kultur ini bukan untuk kanak-kanak bahkan orang dewasa juga boleh turut menikmatinya.

VITAGEN meningkatkan usahanya untuk mempromosikan kesihatan sistem penghadaman yang baik kepada rakyat Malaysia menerusi kempen-kempen dan aktiviti yang berterusan. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan sistem penghadaman yang baik serta membentuk gaya hidup sihat.

Tahukah Anda?
Kesihatan sistem penghadaman yang baik dilihat semakin penting memandangkan rakyat Malaysia kini berdepan dengan masalah kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup tidak aktif, tekanan dan peningkatan pengambilan makanan segera yang mungkin mengandungi rendah serat dan kurang bakteria baik.

Kajian menunjukkan bahawa kesihatan sistem penghadaman berkait rapat dengan obesiti. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai populasi paling gemuk di rantau ini1. Jumlah golongan dewasa yang mempunyai berat berlebihan meningkat sebanyak 30%2. Sementara rakyat Malaysia yang obes mewakili sehingga 17.7% populasi keseluruhannya3. Kombinasi ini bermakna hampir separuh daripada populasi negara kini sama ada mempunyai berat berlebihan atau obes.
Penyakit melibatkan sistem penghadaman atau usus disenaraikan di antara 10 sebab utama seseorang dimasukkan ke hospital (9.14%)4 dan kematian (3.81%)5 di hospital-hospital swasta. Kanser kolorektum pula disenarai sebagai kanser paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia6 dengan 12.1%.
Banyak penyakit seperti tekanan yang kelihatan seperti tiada kaitan dengan sistem penghadaman manusia, sebenarnya disebabkan oleh masalah usus. Memahami bagaimana usus berfungsi dan menjaganya adalah penting untuk kesejahteraan hidup secara keseluruhannya.
Kempen Susu Kultur VITAGEN
Kempen VITAGEN sempena ulang tahun ke-40 jelas menunjukkan hubungan positif di antara kesihatan sistem penghadaman yang baik dengan kesihatan keseluruhan menerusi tiga (3) aspek penting iaitu tahap imunisasi lebih baik, fikiran semakin jelas / kepekaan mental yang lebih tajam dan mood yang lebih seimbang.

VITAGEN Malaysia telah mengatur pelbagai rancangan yang menarik dengan pelbagai acara dan aktiviti yang akan dilaksanakan dan disokong oleh penyelidikan yang mengesahkan bahawa kesihatan sistem penghadaman dapat menambah baik kesihatan secara keseluruhannya.

VITAGEN telah menjuarai penjagaan sistem penghadaman sejak 40 tahun lalu melalui program sekolahnya yang popular, serta kerjasama dengan Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia (DHM) dan Persatuan Pemakanan Malaysia, di samping menaja pelbagai acara sukan, hiburan dan banyak lagi.

“Untuk berhubung dengan generasi muda pada era digital ini, VITAGEN kini beralih kepada strategi yang menerapkan lebih unsur multimedia interaktif yang akan dibawa menjelajah ke seluruh negara bersama aktiviti-aktiviti yang akan mengajak orang ramai untuk meneroka sistem penghadaman manusia. Sebagai pakar kesihatan sistem penghadaman, VITAGEN percaya kesihatan yang baik bermula dari dalam,” jelas Encik Poh Eng Lip, selaku Pengurus Besar VITAGEN

Untuk maklumat lanjut mengenai VITAGEN dan kempen “A Better Gut Begins with VITAGEN”, sila layari Laman Web VITAGEN [klik sini] atau Facebook Page VITAGEN [klik sini]

[1] “Global, regional, and national prevalence of overweight and obesity in adults during 1980 – 2013,” Global Burden of Disease, The Lancet
[2] 2015 National Health and Morbidity Survey, Malaysia
[3] 2015 National Health and Morbidity Survey, Malaysia
[4] Health Facts 2016, Ministry Of Health Malaysia,Planning Division, Health Informatics Centre
[5] Health Facts 2016, Ministry Of Health Malaysia,Planning Division, Health Informatics Centre
[6] The Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011, which was published by National Cancer Institute on it’s website www.nci.moh.gov.my in October, 2016.