Resepi Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball

Resepi Ramadan - Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball

Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball │  Menu ke-3 kembali dengan nasi, maklum la kan nasi tu makanan rugi kita rakyat Malaysia. Naz dah cuba resepi Sos Ayam Cendawan dengan Angel Hair Kimball pada cuti hujung minggu lepas. Makan pula dengan cili hijau jeruk, perrghhhh menyelerakan sehingga bertambah la. Ok, berbalik kepada menu ke-3 ini iaitu Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball.

KIMBALL_SpicyTomatoFriedRice
Kekalkan tahap tenaga anda sepanjang hari dengan hidangan tradisional Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball masa berpuasa.

Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan:

3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiubKimball-sos-tomato
1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil
5 batang kacang panjang, dihiris halus
5 biji cili burung, dihiris nipis
3 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
5 cawan nasi
2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
5-6 daun limau purut, disiat halus
3 sudu besar bawang goreng

Untuk hiasan:

3 sudu besar minyak
4-5 biji telur
2-3 sudu besar sos karamel pekat
1 biji timun, dihiris
2-3 sudu besar bawang goreng
4-5 limau nipis, dipotong baji

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi.
  2. Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api.
  3. Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.

Nantikan menu ke-4 bagi yang sukakan roti….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *