Panasonic Dan Media Prima Persembahkan Ketupat Rendang Brownies Coklat │ Panasonic bersama-sama dengan Media Prima mempersembahkan ‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘, iaitu sebuah drama menyentuh hati yang menghubungkan emosi kelompok penonton sasaran dan juga merupakan rancangan yang amat sesuai bagi merapatkan hubungan seisi keluarga.”

Drama bersiri ini dibintangi artis-artis Malaysia kegemaran ramai termasuk pelakon popular Rita Rudaini dan Rashidi Ishak, berserta pelakon veteran seperti Khatijah Tan dan Meor Hashim Manaf. Turut terlibat adalah bakat-makat muda yang terdiri daripada Khayrisyah Kamal and Habeil Lutfillah. Drama bersiri ini menampilkan pelbagai integrasi produk yang menggambarkan Panasonic sebagai sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
Sinopsis -‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat’
Sudah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tidak menyambut Hari Raya bersama-sama di kampung halaman mereka. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim Manaf) jelas sekali merindui cucu kesayangan mereka dan kian beria-ia meluangkan masa bersama-sama mereka. Tahun ini tiada bezanya buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) sibuk bekerja. Apabila Zaid menelefon untuk memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung, Wan berpakat dengan Tok Wan untuk pergi ke bandar dan memberikan kejutan buat Zaid.
Walaupun Wan merasai dirinya seperti tidak diundang oleh Elyna, dia tidak berputus asa dan memutuskan untuk menggunakan senjata rahsia beliau – hidangan rendang yang enak, dimasak dengan penuh kasih sayang bagi memenangi hati keluarganya.
‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat’ akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap Khamis jam 6.00pm dari 25 Mei – 15 Jun 2017. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan dari 3-6 Julai 2017, Isnin hingga Khamis pada jam 5.35pm.
Panasonic Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Media Prima Berhad untuk memperkukuhkan kehadiran dan kedudukannya di pasaran bagi segmen produk elektrik pengguna. Kerjasama dengan syarikat media bersepadu yang terkemuka di negara ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penembusan produk Panasonic ke seluruh isi rumah dengan lebih meluas di Malaysia.

Encik Cheng Chee Chung, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkata, “Jenama Panasonic sudahpun terkenal dengan produk elektrik yang berkualiti tinggi di kalangan isi rumah Malaysia dengan kehadiran syarikat di pasaran ini sejak lebih 40 tahun lepas. Selama ini, kami komited untuk memperkayakan kehidupan pelanggan kami dengan menyediakan produk bermutu, tahan lama dan mampu memenuhi gaya hidup yang sentiasa berubah dan menjadikan setiap akitiviti keluarga lebih bermakna. Kerjasama kami dengan Media Prima Berhad adalah suatu platform yang penting untuk mendekati lebih ramai keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.”

Mengulas tentang inisiatif Panasonic untuk mengukuhkan hubungan dengan para pengguna Melayu sempena kedatangan musim Ramadan dan Raya ini, Puan Nini Yusof, Pengarah Pemasaran dan Strategi bagi Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan Media Prima Berhad berkata, “Perkongsian ini adalah bukti kedudukan Media Prima Berhad sebagai sebuah konglomerat media terbesar dengan keupayaan untuk mencapai penonton yang luas merentasi pelbagai platform. Lebih daripada itu, kami juga menawarkan sumber kreatif untuk menghasilkan kandungan yang sangat menarik serta relevan kepada penonton Melayu.
Selain daripada siri ‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat’, Panasonic turut mendekati pengguna menerusi pelbagai saluran yang melibatkan kandungan berjenama, tren Transit Aliran Ringan (LRT) berjenama Panasonic dan interaksi melalui pelbagai platform di bawah Media Prima Berhad seperti The New Straits Times Press, Big Tree, stesen radio dan tonton.

Bagi memanfaatkan lagi daya tarikan barisan pelakon drama bersiri tersebut, Panasonic melantik Rita Rudaini dan Khatijah Tan sebagai duta rasmi promosi ‘Sehati Beraya’ yang berlangsung dari 16 Mei – 30 Jun 2017. Melalui tawaran ini, pelanggan boleh membuat sambutan Hari Raya mereka lebih bermakna dengan promosi bundle Panasonic ‘Kombo Sehati’, Pembelian-dengan-Pembelian dan hadiah percuma untuk pembelian produk-produk terpilih Panasonic.

Ketahui lebih lanjut tentang promosi ‘Sehati Beraya’ dengan:
- Melayari laman web Panasonic di panasonic.com.my;
- Memanggil Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-7953 7600; atau
- Kunjungi mana-mana Pengedar Sah Panasonic.
Mengenai Panasonic Malaysia
Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, pendingin hawa, kualiti udara dalaman, perniagaan solar, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem penyelesaian, telekomunikasi, kesihatan & penjagaan kecantikan, bateri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-7953 7600.
Mengenai Media Prima
Media Prima Berhad (Media Prima) merupakan sebuah kumpulan media bersepadu penuh yang terbesar di Malaysia.
Dengan himpunan lengkap syarikat-syarikat pelbagai platform termasuk Televisyen, Percetakan, Radio, Pengiklanan Luar, Kandungan dan Media Digital, Media Prima, yang juga tersenarai di Papan Utama di Bursa Malaysia, juga merupakan antara 100 syarikat awam terbesar di Malaysia berpandukan hasil.
Bukan hanya memiliki kepentingan ekuiti dalam empat stesen televisyen percuma terbesar di Malaysia, iaitu TV3, 8TV, ntv7 dan TV9, Kumpulan juga menguasai lebih dari 98 peratus ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), syarikat penerbitan akhbar terbesar Malaysia, yang memiliki tiga akhbar kebangsaan iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
Melalui anak syarikat media digitalnya, Media Prima Digital merangkumi inovasi teknikal, penyelesaian digital dan strategi kreatif. Ia menawarkan perundingan digital holistik yang merangkumi penyelesaian kreatif, perkhidmatan platform pelbagai, kepakaran e-dagang dan juga terlibat dalam pembangunan dan inkubasi aplikasi mudah alih dan permainan. Sementara itu, Media Prima Labs, sebuah unit di bawah Media Prima Digital, akan memanjangkan harta intelek Kumpulan yang unik ke pasaran permainan digital dan inovasi teknologi yang meluas.
tonton merupakan video portal # 1 di Malaysia yang menawarkan secara percuma kandungan yang disokong pengiklanan (AVOD), dengan lebih daripada 5.6 juta pengguna berdaftar dan pertumbuhan sebanyak 22,000 pengguna setiap minggu. Visinya untuk menjadi SVOD # 1 dan syarikat yang mempunyai kandungan terbaik untuk rakyat Malaysia, dimana misinya adalah untuk menjadi laman video dalam talian no. 1, yang mempunyai perkhidmatan harus-milik bagi setiap rumah penduduk dan isirumah di Malaysia, serta boleh diakses di mana-mana dan bagi mencegah cetak rompak.
Sementara itu, Media Prima CJ O Shopping Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat media dagang yang menjalankan perniagaan beli-belah di rumah di Malaysia yang dikenali sebagai CJ WOW SHOP melalui pelbagai platform termasuk televisyen, perdagangan elektronik serta mudah-alih.
Bagi platform radio pula, Kumpulan diwakili oleh empat stesen radio tempatan popular, iaitu Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM. Media Prima juga merupakan peneraju industri dalam Pengiklanan Luar, diwakili oleh Big Tree Outdoor Sdn. Bhd., The Right Channel Sdn. Bhd., Kurnia Outdoor Sdn. Bhd., Gotcha and UPD Sdn. Bhd.
Di samping itu, Kumpulan juga memiliki syarikat produksi Primeworks Studios Sdn Bhd. Hari ini, ianya sebuah syarikat produksi terbesar di Malaysia, yang menghasilkan kandungan untuk TV sejak 1984, serta filem-filem untuk tayangan perdana sejak 1994.