Ayam Brand Menambah Rasa Dan Warisan Dalam Menu Bulan Ramadan dan Hari Raya Anda

Resepi ‘Kami Prihatin, Kami Adalah Sekeluarga’ Ayam Brand™

Ayam Brand™ Menambah Rasa Dan Warisan Dalam Menu Bulan Ramadan dan Hari Raya Anda │  Terkenal dengan rangkaian produknya yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet, Ayam Brand™ akan memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya keluarga anda kali ini dengan tema “Kami Prihatin, Kami Adalah Sekeluarga” (We Care, We Are Family), sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-125.

Sebagai satu jenama yang fokus dengan nilai-nilai kekeluargaan, rasa, kesihatan dan kemudahan, Ayam Brand™ telah menghasilkan 15 pilihan resepi yang sihat, lazat dan mudah untuk anda menceriakan ahli keluarga serta rakan-rakan pada musim perayaan ini.

Resepi yang Dihasilkan untuk Kesihatan Dengan Santan dan Ikan

Sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya kali ini akan meneroka kebaikan semula jadi santan serta sensasi rasa yang baru dengan Santan Kelapa Ayam Brand ™ yang bebas bahan pengewat, pewarna, perasa tambahan atau ‘Mono Sodium Glutamate’ (MSG). Lemak tepu di dalam santan majoritinya ialah asid laurik, satu rantaian sederhana asid lemak (medium chain fatty acid, MCFA) yang bersifat antimikrobial, antikulat serta anti protozoal yang mampu melindungi tubuh daripada jangkitan dan virus. Kajian menunjukkan bahawa santan dapat melambatkan proses peningkatan usia ke atas otak serta hati dengan memperlahankan aspek degeneratif penyakit-penyakit kronik seperti Alzheimer dan jantung.

Resepi Kami Prihatin, Kami Adalah Sekeluarga

Ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 merupakan pilihan yan terbaik ketika berpuasa dan musim perayaan. Asid lemak Omega-3 terbukti berupaya mengurangkan risiko kematian secara mengejut akibat masalah euritmik jantung, serta dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit jantung koronari dengan signifikan. Omega 3 nyata bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah arthritis rheumatoid dan kemurungan.

100 Peratus Omega 3

Omega 3 juga penting dalam pertumbuhan otak dan penglihatan kanak-kanak. Ayam Brand™ menawarkan rangkaian produk ikan yang luas, merangkumi ikan tuna, sardin dan tenggiri dengan pelbagai perisa.

Resepi Ayam Brand™ yang Terbaik untuk Bersahur dan Berbuka Puasa  

Kekalkan tenaga anda sepanjang hari pada bulan puasa dengan minuman ‘Shake-Up’ Santan Kelapa Ayam Brand™ ketika bersahur. Minuman yang sihat ini mengandungi gabungan rolled oats, santan, kacang almond dan pisang untuk memberi rasa kenyang dan mengekalkan tenaga sehinggalah waktu berbuka. Ia juga mempunyai kelebihan merendahkan tahap kolesterol[1].

Berbukalah dengan hidangan kegemaran seperti Roti Jala. Padankannya dengan Kari Tuna dan tidak perlu bersesak-sesak di bazar Ramadan. Sangat mudah untuk disediakan di rumah, hidangan tradidional ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Roti Jala dengan Kari Tuna
Roti Jala dengan Kari Tuna

Hidangkan Sajian Hebat Anda pada Hari Raya Ini

Cabar deria rasa ahli keluarga dan tetamu anda dengan ‘Mi Kuah Santan’ bersama kepedasan Ayam Brand™ ‘Fire Hot Chili’. Ia pasti dapat merangsangkan lidah anda dengan sup yang pedas dan berkrim, membuatkan semua orang terus menambah.

Mi Kuah Santan
Mi Kuah Santan

Masukkan juga sentuhan eksotik hidangan Hari Raya anda dengan ‘Thai Basil Chili Sardines’ yang dipadankan bersama nasi, roti naan atau chapatti.

Pada Hari Raya, serunding mesti ada. Tambahkan Ayam Brand™ ‘Flakes Spicy Tuna in Olive Oil’ untuk lebih rasa dan aroma. Memang padan dengan lontong, lemang atau ketupat.

Serunding Kelapa untuk Hari Raya
Serunding Kelapa

Resepi-resepi lain Ayam Brand™ yang sihat, mudah dan sedap pada Ramadan serta Hari Raya ini termasuklah Kari Ikan Tenggiri [klik sini], ‘Spicy Tuna Coconut Quiches’ [klik sini], Mee Hoon Pelangi Tuna [klik sini], Mee Wantan dengan Tenggiri Garing Berkrim, Kerabu Tuna [klik sini], Cucur Tuna, Roti John, Sardin Sambal Tomato [klik sini], ‘Healthy Green Smoothie’ dan ‘Mango Coconut Smoothie’.

Mee Hoon Pelangi Tuna
Mee Hoon Pelangi Tuna

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web:  [www.ayambrand.com.my].

[1] Cholesterol: Top foods to improve your numbers, < http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/cholesterol/art-20045192>

 

Mengenai Ayam Brand
Ayam Brand merupakan sebuah jenama barangan pengguna isi rumah yang telah berada di Malaysia dan Asia sejak 120 tahun lalu dan ia amat dikenali dengan pilihan meluas makanan tin berkualiti dan menyihatkan.

Ayam Brand telah dinobatkan sebagai salah satu 10 jenama FMCG paling digemari di Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2013, 2014 dan 2015 FMCG paling digemari di Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2013, 2014 dan 2015 dalam Kajian Kesan Jenama Kantar Worldpanel.

Pada 2009, Ayam Brand telah diberikan Anugerah Brand Laureate 2008-2009” (Jenama Terbaik Dunia di Asia Pasifik

Selama dua tahun berturut-turut iaitu 2006 dan 2007, Ayam Brand tekah disenarikan sebagai jenama terbaik Asia bagi kategori makan dalam tin dalam kajian kepenggunaan 1000 jenama terbaik Asia Synovate Research yang ditaja oleh Media Magazine Hong Kong. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *